1432 Tahun yang berlalu Rasullullah S.A.W mengigatkan kita...

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasullullah S.A.W telah bersabda: Akan tiba suatu zaman dimana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah DINAR (emas) dan DIRHAM (perak)untuk digunakan.....Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Jual Beli Simpan Emas merupakan suatu aktiviti yang mampu meningkatkan kekayaan yang kita miliki.Saya adalah DEALER Public Gold JOHOR BAHRU . Jika anda ingin membeli atau menjual emas Public Gold. Sila hubungi saya, HJ. MOHAMMAD NICK :019-7244777 @ eMail : mohdnick.gmail.com MEMBANTU DAN MENYIMPAN NILAI ESET KEKAYAAN SEBENAR…. SIMPANLAH EMAS..


Sunday, October 10, 2021

DAKWAH KAUM DAYAK DI SARAWAK SATU CABARAN

PENGENALAN:
“Wahai manusia! Sungguh Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku suku agar kamu saling kenal mengenal. Sungguh yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sungguh Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti. (Surah Al-Hujurat: 13)” Sarawak adalah negeri yang terbesar di Malaysia yang hampir menyamai 11 negeri di Semenanjung dengan keluasan 124,449.5 kilometer persegi. Ia terletak di sebelah Barat Pulau Borneo bersempadan dengan negeri Sabah, Negara Brunei dan wilayah Kalimantan, Indonesia. Berpusat di Kuching, wilayah pentadbiran di Sarawak dibahagikan kepada 11 bahagian iaitu Kuching, Sri Aman, Kota Samarahan, Sibu, Miri, Limbang, Sarikei, Kapit, Bintulu, Mukah dan Betong. Setiap bahagian ditadbir oleh seorang Residen. Sarawak juga terkenal dengan kepelbagaian etnik seperti Melayu, Cina, India, Bidayuh, Kenyah, Penan dan lain-lain yang meliputi 37 etnik secara keseluruhannya. Perkembangan ajaran Islam dalam kalangan masyarakat non-Muslim dari konteks Sarawak dilihat merupakan satu perkara yang postitif. Ini adalah hasil pendekatan yang dijalankan oleh pelbagai pihak yang terdiri daripada organisasi dakwah kerajaan dan juga organisasi dakwah bukan kerajaan. Di Sarawak, kerjasama antara organisasi dakwah kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri dilihat begitu baik dengan pelbagai aktiviti dan gerak kerja yang dilaksanakan bagi menarik golongan masyarakat non-Muslim untuk menerima Islam. Hasil dari sumbangan yang diberikan oleh organisasi dakwah samada yang kerajaan dan bukan kerajaan dan juga kerjasama yang baik di antara organisasi-organisasi dakwah yang terdapat di Sarawak telah meningkatkan jumlah masyarakat non-Muslim menerima Islam sebagai agama mereka. Menurut Majlis Islam Sarawak (MIS), menyatakan bahawa di Sarawak purata tahunan bagi masyarakat non-Muslim dari pelbagai etnik yang memeluk Islam sejak kebelakangan ini ialah seramai 1,500 orang (Utusan Borneo, 13 Mac 2012). Namun, cabaran dakwah Islamiah dan masalah gerakan dakwah di sana tidak boleh diketepikan supaya kelancarannya dapat diteruskan dan penambahbaikan dapat dilakukan. Islam telah berkembang dengan pesat ke seluruh dunia meskipun selepas kewafatan Nabi SAW. Di Sarawak Islam juga telah datang sama ada melalui usaha dakwah yang gigih sejak abad ke 14 selepas runtuhnya kerajaan Sriwijaya dan Majapahit pada abad ke 13 dan 14. Dikatakan Islam di Sarawak datang melalui Johor khususnya melalui pengislaman Raja Brunei Awang Alak Betetar (168-1402) yang bergelar Sultan Muhammad Shah pada tahun 1370M. Islam ternyata terus bertapak kukuh sehingga hari ini. Kedatangan James Brooke ke Sarawak pada tahun 1839 sehingga diangkat menjadi Rajah Sarawak pada tahun 1842 sedikit sebanyak merubah lanskap perkembangan agama Islam kerana Kristian mulai bertapak dan berkembang begitu pesat terutama terhadap kaum Dayak yang secara sedikit demi sedikit menganut pelbagai denominasi Kristian. Bermula dengan Anglican (1848), Roman Katolik (1881), Methodist (1900), Borneo Evangelical Mission (BEM) ataupun Sidang Injil Borneo (SIB) (1928), dan lain-lain. Pada tahun 1991 Sarawak Ecumenism Centre telah dibentuk sebagai suatu badan yang mengatur dan menyelaraskan aktiviti Missinaries di Sarawak. Ia menggabungkan mazhab-mazhab Anglican, Roman Katolik, Methodist, SDA, SIB dan The Salvation Army dibawah satu badan. Umat Islam di negeri Sarawak dianggarkan berjumlah 26% daripada seluruh penduduk Sarawak berbanding penduduk Kristian iaitu 43%, Buddha 20% dan lain-lain 11% berdasarkan bancian penduduk 2010. Justeru sebagai umat yang bukanlah penduduk majoriti di negeri ini, umat Islam perlu lebih kuat di dalam menghadapi cabaran penganut agama lain terutama di dalam memastikan keharmonian dan kesejahteraan ummah keseluruhannya tetap terpelihara. DEFINISI DAYAK
Dayak merangkumi tiga kumpulan etnik yang besar iaitu kaum Iban, Bidayuh dan orang Ulu. Berdasarkan bancian penduduk tahun 2010 kaum Iban adalah kaum Dayak terbesar iaitu seramai 738,700 orang atau 28.9% diikuti kaum Bidayuh seramai 204,800 atau 8% dan Orang Ulu seramai 144,400 atau 5.6%. IBAN (Dayak Laut / Sea Dayak)
Juga terdiri daripada sub etnik Kantu, Mualang, Semberuang, Bugau & Sebaru‘Iban Sebuyau tinggal di Lundu and Samarahan. Iban Remun tinggal di Serian. Iban Balaus berasal dari Sri Aman Ibans Saribas Betong, Saratok dan Sarikei . Iban Ulu Ai / Batang tinggal di Batang Ai Lubok Antu. Ibans Undup di Undup menggunakan dialek Ulu Aidan Balau Iban Rejang tinggal dari Sarikei ke Miri meliputi Sungai Rajang, Sibu, Kapit, Belaga, Kanowit, Song, Sarikei, Bintangor, Bintulu dan Miri. Berdasarkan tulisan Stephanie Morgan (1968), Orang Iban sebenarnya tergolong dalam kelompok Proto-Malay (Melayu-Proto) yang berasal dari Lembah Kapuas di Kalimantan Barat, Indonesia. Mereka berhijrah ke Sarawak kira-kira lima belas generasi yang lalu iaitu bermula pada pertengahan kurun ke-16 (1630-an). Pada mulanya mereka bermigrasi ke Bahagian Kedua, namun semasa zaman pemerintahan Regim Brooke mereka mula tersebar luas di seluruh negeri Sarawak hingga ke negeri Sabah. Kaum Iban adalah kaum yang mengamalkan banyak budaya yang menarik. Mereka hidup bermasyarakat dan mendiami rumah-rumah panjang. Diketuai oleh ketua kampung yang dipanggil Tuai Rumah. BIDAYUH atau Land Dayak Dipercayai berpindah dari Kalimantan Pulau Jawa dan Sumatera. Bidayuh juga tinggal di rumah panjang dan mempunyai struktur Baruk. Terdapat pecahan suku kaum iaitu Bekati', Binyadu, Jongkang, Ribun, Salako, Lara', Sanggau, Sara', Tringgus, Semandang, Ahé . Mereka juga berkomunikasi beberapa Dialek berbeza iaitu Bukar-Sadong, Singai-Jagoi, Biatah(Siburan, Padawan & Biatah), Bra'ang-Pinyawa, Sepug-Emperoh dan Gumbang. Kaum Bidayuh mendiami kawasan Ulu Padawan dan Rabak Mikabuh di Kuching, Bung Bratak, Dorod Singai dan Gunung Serembu di Bau, Bung Bagak dan Sedemak di Lundu. Sebahagian masyarakat lain mendiami Jagoi/ Singai (Bau), Biatah (Padawan), Bukar-Sadong (Serian), Bidayuh Baru (Tengah Padawan-Bau). Manakala sebahagian masyarakat Salako dan Lara (Lundu) berasal dari Gunung Gajing di Sungai Salakau River, Singkawang Kalbar. ORANG ULU Merujuk kepada beberapa kaum etnik Kayan, Kenyah, Kelabit, Kejaman, Lun Bawang, Bukitan dan beberapa sub-etnik lain. LAIN-LAIN SUKU KAUM Terdapat 28,000 suku KAUM KAYAN di Sarawak. Mendiami rumah panjang pendalaman utara di pertengahan Sungai Baram, utara Batang Rajang dan hilir Sungai Tubau. Terdapat 25,000 suku KAUM KENYAH mendiami hulu Belaga dan hulu Baram. Terdapat 6000 suku kaum Kelabit yang tinggal di Bario. Suku KAUM PENAN mendiami tengah pulau Borneo. Sub etnik Penan kaum Sebob/Chebob mendiami kawasan Sungai Tinjar, Long Loyang, Long Batan, Long Selapun, Long Pejawai and Long Subeng. Suku kaum Punan Bah atau Punan di Bintulu. Ia merangkumi pecahan etnik kecil seperti Punan Busang, Penihing, Sajau Hovongan, Uheng Kareho, Merah, Aput, Tubu, Bukat, Ukit, Habongkot dan Penyawung. Suku KAUM LUN BAWANG mendiami wilayah utara Sarawak khususnya di Limbang. Suku KAUM BISAYA juga turut tinggal di Limbang. PENGERTIAN DAKWAH Dalam pengertian keagamaan, dakwah memasukkan aktifitas tabligh (penyiaran), tatbiq (penerapan/pengamalan) dan tandhim (pengelolaan). Kata dakwah berasal dari bahasa Arab dalam bentuk masdar (infinitif) dari kata kerja da'â ( دعا ( yad'û (يدعو ( da'watan (دعوة ,(di mana kata dakwah ini sekarang sudah umum dipakai oleh pemakai Bahasa Indonesia, sehingga menambah perbendaharaan bahasa Indonesia (Munsyi, 1981: 11). Kata da'wah (دعوة ( secara harfiyah bisa diterjemahkan menjadi: "seruan, ajakan, panggilan, undangan, pembelaan, permohonan (do'a). Sedangkan secara terminologi, banyak pendapat tentang definisi dakwah, antara lain dakwah adalah mengajak umat manusia dengan hikmah kebijaksanaan untuk mengikuti petunjuk Allah dan RasulNya. Dakwah adalah semua aktifitas manusia muslim di dalam usaha merubah situasi dari yang buruk pada situasi yang sesuai dengan ketentuan Allah SWT dengan disertai kesadaran dan tanggung jawab baik terhadap dirinya sendiri, orang lain, dan terhadap Allah SWT. Keaneka ragaman pendapat para ahli seperti tersebut di atas meskipun terdapat kesamaan ataupun perbedaan-perbedaan namun bila dikaji dan disimpulkan bahwa dakwah adalah suatu usaha atau proses yang diselenggarakan dengan sadar dan terencana; usaha yang dilakukan adalah mengajak umat manusia ke jalan Allah, memperbaiki situasi yang lebih baik (dakwah bersifat pembinaan dan pengembangan); usaha tersebut dilakukan dalam rangka mencapai tujuan tertentu, yakni hidup bahagia sejahtera di dunia ataupun di akhirat. Berkaitan dengan strategi dakwah Islam, maka diperlukan pengenalan yang tepat dan akurat terhadap realitas hidup manusia yang secara aktual berlangsung dalam kehidupan dan mungkin realitas hidup antara satu masyarakat dengan masyarakat lain berbeda.
Di sini, juru dakwah dituntut memahami situasi dan kondisi masyarakat yang terus mengalami perubahan, baik secara kultural maupun sosial-keagamaan. Strategi dakwah semacam ini telah diperkenalkan dan dikembangkan oleh Rasulullah Muhammad SAW dalam menghadapi situasi dan kondisi masyarakat Arab saat itu. Strategi dakwah Rasulullah yang dimaksud antara lain menggalang kekuatan di kalangan keluarga dekat dan tokoh kunci yang sangat berpengaruh di masyarakat dengan jangkauan pemikiran yang sangat luas, melakukan hijrah ke Madinah untuk fath alMakkah dengan damai tanpa kekerasan, dan lain sebagainya. Kemudian, jika dikaitkan dengan era globalisasi saat ini, maka juru dakwah harus memahami perubahan transisional dari transaksi pada kekuatan magis dan ritual ke arah ketergantungan pada sains dan kepercayaan serta transisi dari suatu masyarakat yang tertutup, sakral dan tunggal ke arah keterbukaan, plural dan sekuler. Jadi, suatu strategi tidak bersifat universal. la sangat tergantung pada realitas hidup yang sedang dihadapi. Karena itu, strategi harus bersifat terbuka terhadap segala kemungkinan perubahan masyarakat yang menjadi sasaran dakwah. Berkaitan dengan perubahan masyarakat yang berlangsung di era globalisasi, maka perlu dikembangkan strategi dakwah Islam sebagai berikut. 1) Meletakkan paradigma tauhid dalam dakwah. Pada dasarnya dakwah merupakan usaha penyampaian risalah tauhid yang memperjuangkan nilai-nilai kemanusiaan yang universal (egaliter, keadilan dan kemerdekaan). Dakwah berusaha mengembangkan fitrah dan kehanifan manusia agar mampu memahami hakekat hidup yang berasal dari Allah dan akan kembali kepada-Nya. Dengan mengembangkan potensi atau fitrah dan kedhaifan manusia, maka dakwah tidak lain merupakan suatu proses memanusiakan manusia dalam proses transformasi sosio-kultural yang membentuk ekosistem kehidupan. Karena itu, tauhid merupakan kekuatan paradigmatis dalam teologi dakwah yang akan memperkuat strategi dakwah. 2) Perubahan masyarakat berimplikasi pada perubahan paradigmatik pemahaman agama. Dakwah sebagai gerakan transformasi sosial sering dihadapkan pada kendala-kendala kemapanan keberagamaan seolah-olah sudah merupakan standar keagamaan yang final sebagaimana agama Allah. Pemahaman agama yang terialu eksoteris dalam memahami gejala-gejala kehidupan dapat menghambat pemecahan masalah sosial yang dihadapi oleh para juru dakwah itu sendiri. Oleh karena itu, diperlukan pemikiran inovatif yang dapat mengubah kemapanan pemahaman agama dari pemahaman yang tertutup menuju pemahaman keagamaan yang terbuka. 3) Strategi yang imperatif dalam dakwah. Dakwah Islam berorientasi pada upaya amar ma'ruf dan nahi munkar. Dalam hal ini, dakwah tidak dipahami secara sempit sebagai kegiatan yang identik dengan pengajian umum atau memberikan ceramah di atas podium, lebih dari itu esensi dakwah sebetulnya adalah segala bentuk kegiatan yang mengandung unsur amar ma'ruf dan nahi munkar. Dalam QS. Ali Imran/3: 110, Allah berfirman yang Artinya: Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik (Q.S. Ali Imran/3: 110). Selanjutnya, strategi dakwah Islam sebaiknya dirancang untuk lebih memberikan tekanan pada usaha-usaha pemberdayaan umat, baik pemberdayaan ekonomi, politik, budaya, maupun pendidikan. Karena itu, strategi yang perlu dirumuskan dalam berdakwah perlu memperhatikan asas-asas sebagai berikut. i) Asas filosofis, asas ini erat hubungannya dengan perumusan tujuan-tujuan yang hendak dicapai dalam proses atau aktivitas dakwah. ii) Asas kemampuan dan keahlian (Achievemen and professional) da'i. iii) Asas sosiologis, asas ini membahas tentang persoalan-persoalan yang berhubungan dengan situasi dan kondisi masyarakat obyek dakwah. Misalnya situasi politik, ekonomi, keamanan, kehidupan beragama masyarakat dan lain sebagainya. iv) Asas psikologis, merupakan asas yang membahas tentang aspek kejiwaan manusia, untuk memahami karakter penerima dakwah agar aktivitas dakwah berjalan dengan baik. v) Asas efektif dan efisien, hal ini merupakan penerapan prinsip ekonomi dalam dakwah, yaitu pengeluaran sedikit untuk mendapatkan penghasilan yang semaksimal mungkin. Setidak-tidaknya seimbang antara tenaga, pikiran, waktu dan biaya dengan pencapaian hasilnya. Karena itu, dakwah masa depan perlu mengagendakan beberapa hal antara lain: a) Mendasarkan proses dakwah pada pemihakan terhadap kepentingan masyarakat. b) Mengintensifkan dialog dan menjaga ketertiban masyarakat, guna membangun kesadaran kritis untuk memperbaiki keadaan. c) Memfasilitasi masyarakat agar mampu memecahkan masalahnya sendiri serta mampu melakukan transformasi sosial yang mereka kehendaki. d) Menjadikan dakwah sebagai media pendidikan dan pengembangan potensi masyarakat, sehingga masyarakat akan terbebas dari kejahilan dan kedhaifan TUJUAN DAKWAH Tujuan program kegiatan dakwah dan penerangan agama tidak lain adalah untuk menumbuhkan pengertian, kesadaran, penghayatan dan pengalaman ajaran agama yang dibawakan oleh aparat dakwah atau penerang agama. Tujuan dakwah Islamiyah yaitu membentangkan jalan Allah di atas bumi agar dilalui umat manusia. Pengertian dakwah adalah untuk mempengaruhi cara merasa, berpikir, bersikap, dan bertindak manusia pada dataran individual dan sosiokultural dalam rangka terwujudnya ajaran Islam dalam semua segi kehidupan. Tujuan nya adalah memenuhi perintah Allah Swt dan melanjutkan tersiarnya syari'at Islam secara merata, mengubah sikap mental dan tingkah laku manusia yang kurang baik menjadi lebih baik atau meningkatkan kualitas iman dan Islam seseorang secara sadar dan timbul dari kemauannya sendiri tanpa merasa terpaksa oleh apa dan siapa pun. Salah satu tugas pokok dari Rasulullah adalah membawa amanah suci berupa menyempurnakan akhlak yang mulia bagi manusia. Dan akhlak yang dimaksudkan ini tidak lain adalah al-Qur'an itu sendiri sebab hanya kepada al-Qur'an-lah setiap pribadi muslim itu akan berpedoman. Atas dasar ini tujuan dakwah secara luas, dengan sendirinya adalah menegakkan ajaran Islam kepada setiap insan baik individu maupun masyarakat, sehingga ajaran tersebut mampu mendorong suatu perbuatan sesuai dengan ajaran tersebut . Secara umum tujuan dakwah dalam al-Qur'an adalah: 1. Agar manusia mendapat ampunan dan menghindarkan azab dari Allah. ‘ Dan sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka (kepada iman) agar Engkau mengampuni mereka’ ... (QS Nuh: 7). 2. Untuk menyembah Allah dan tidak menyekutukan-Nya Artinya: Orang-orang yang telah kami berikan kitab kepada mereka, bergembira dengan kitab yang telah diturunkan kepadamu, dan di antara golongan-golongan Yahudi yang bersekutu ada yang mengingkari sebagiannya. Katakanlah: "Sesungguhnya aku hanya diperintah untuk menyembah Allah dan tidak mempersekutukan sesuatu dengan Dia. Hanya kepada-Nya aku seru (manusia) dan hanya kepada-Nya aku kembali". (QS. ar Ra'd: 36) Untuk menegakkan agama dan tidak terpecah-belah. Artinya: Dia telah mensyariatkan bagi kamu tentang agama yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa Jang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa, dan Isa, yaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu seru mereka kepadanya..." (QS Asy Syura: 13) Mengajak dan menuntun ke jalan yang lurus. ( Artinya: Dan sesungguhnya kamu benar-benar menyeru mereka ke jalan yang lurus. (QS. al-Mukminun: 73) Untuk menghilangkan pagar penghalang sampainya ayat-ayat Allah ke dalam lubuk hati masyarakat. Artinya: Dan janganlah sekali-kali mereka dapat menghalangimu dari (menyampaikan) ayat-ayat Allah, sesudah ayat-ayat itu diturunkan kepadamu, dan serulah mereka kepada (jalan) Tuhanmu, dan janganlah sekali-kali kamu termasuk orangorang yang mempersekutukan Tuhan. (QS. al-Qashshas: 87) STRATEGI Strategi merupakan istilah yang sering diidentikkan dengan "taktik" yang secara bahasa dapat diartikan sebagai "corcerning the movement of organisms in respons to external stimulus" (suatu yang terkait dengan gerakan organisme dalam menjawab stimulus dari luar). Sementara itu, secara konseptual strategi dapat dipahami sebagai suatu garis besar haluan dalam bertindak untuk mencapai sasaran yang telah ditentukan. Strategi juga bisa dipahami sebagai segala cara dan daya untuk menghadapi sasaran tertentu dalam kondisi tertentu agar memperoleh hasil yang diharapkan secara maksimal. Dengan demikian, strategi dakwah dapat diartikan sebagai proses menentukan cara dan daya upaya untuk menghadapi sasaran dakwah dalam situasi dan kondisi tertentu guna mencapai tujuan dakwah secara optimal. Dengan kata lain strategi dakwah adalah siasat, taktik atau manuver yang ditempuh dalam rangka mencapai tujuan dakwah. Strategi pada mulanya berasal dari peristiwa peperangan, yaitu sebagai suatu siasat untuk mengalahkan musuh. Namun pada akhirnya strategi berkembang untuk semua kegiatan organisasi, termasuk keperluan ekonomi, sosial, budaya, dan agama. Strategi ini dalam segala hal digunakan untuk mencapai tujuan yang telah ditetapkan. Tujuan tidak akan mudah dicapai tanpa strategi, karena pada dasarnya segala tindakan atau perbuatan itu tidak terlepas dari strategi. Adapun tentang taktik, sebenarnya merupakan cara yang digunakan, dan merupakan bagian dari strategi. Strategi yang disusun, dikonsentrasikan, dan dikonsepsikan dengan baik dapat membuahkan pelaksanaan yang disebut strategis. Untuk mencapai strategi yang strategis harus memperhatikan apa yang disebut SWOT sebagai berikut: 1. Strength (kekuatan), yakni memperhitungkan kekuatan yang dimiliki yang biasanya menyangkut manusianya, dananya, beberapa piranti yang dimiliki. 2. Weakness (kelemahan), yakni memperhitungkan kelemahankelemahan yang dimilikinya, yang menyangkut aspek-aspek sebagaimana dimiliki sebagai kekuatan, misalnya kualitas manusianya, dananya, dan sebagainya. 3. Opportunity (peluang), yakni seberapa besar peluang yang mungkin tersedia di luar, hingga peluang yang sangat kecil sekalipun dapat diterobos. 4. Threats (ancaman), yakni memperhitungkan kemungkinan adanya ancaman dari luar. Islam adalah agama dakwah. Oleh karena itu, agama Islam harus disebarkan kepada seluruh umat manusia. Dengan demikian agama Islam bagi umat Islam bukan hanya untuk diamalkan sebagai kewajiban melaksanakan semua ajaran Islam dalam kehidupan sehari-hari, melainkan mereka juga harus menyampaikan semua ajaran Islam atau mendakwahkan kebenaran ajaran Islam terhadap orang lain. Islam dan dakwah adalah dua hal yang tidak bisa dipisahkan. Islam tidak mungkin akan berkembang tanpa adanya usaha dakwah. Semakin gencar upaya dakwah dilaksanakan semakin bersinarlah syi’ar agama Islam, semakin kendor upaya dakwah Islam semakin reduplah cahaya Islam dalam kehidupan masyarakat. Dakwah Islam pada dasarnya sudah wujud semenjak 14 abad yang lalu yaitu pada zaman Nabi Muhammad SAW. Ia merupakan suatu upaya pada penyebaran agama Islam untuk diterima dalam sebuah masyarakat. Istilah dakwah dalam kehidupan seluruh umat Islam di dunia ini telah menjadi amanah yang wajib untuk dilaksanakan kepada seluruh umat manusia yang lainnya. Dakwah Islam meliputi wilayah yang luas dalam semua aspek kehidupan. Dakwah memiliki ragam bentuk, metode, media, pesan, perilaku, dan mitra dakwah. Dakwah adalah denyut nadi Islam.
Kita sendiri tidak terlepas dari kegiatan dakwah baik sebagai pendakwah maupun mitra dakwah. Oleh sebab itu sangat wajar jika Islam memerintahkan umatnya untuk menjadi pengingat dan pengajak ke arah kebaikan dan pencegah kemungkaran. Sehingga Islam harus tersebar luas dan penyampaian kebenaran tersebut merupakan tanggungjawab umat Islam secara keseluruhan, sesuai dengan misi sebagai “Rahmatan Lil Alamin” membawa kedamaian dan ketenteraman dalam kehidupan sekaligus sebagai pengantar menuju kebahagiaan dunia dan akhirat. Namun, usaha dakwah bukanlah suatu kerja yang mudah untuk dilaksanakan karena jika sudah berada di jalan dakwah maka siapapun yang berada di atasnya pasti akan mudah terjatuh jika tidak benar-benar ikhlas melaksanakannya. Usaha dakwah Islam sekarang menjadi amat sukar karena kondisi umat Islam pada waktu kini amat menyedihkan. Hal ini di dukung atas faktor tingkat kefahaman masyarakat terhadap agama Islam begitu lemah sehingga agama ini dianggap tidak ubahnya sekedar tradisi nenek moyang secara turun- temurun, bahkan yang paling kritis sekali adalah masyarakat keliru ketika ingin membedakan antara agama dan adat tradisi. Oleh karena itu, diperlukan sebuah strategi dalam upaya dakwah agar dakwah tersampaikan dengan baik dan diterima oleh masyarakat. Strategi menjadi sebuah keharusan dalam memajukan sebuah organisasi, tantanan strategi yang tepat dan lengkap akan mengarahkan kepada suatu pencapaian tujuan yang diinginkan. Pada hakikatnya strategi adalah perencanaan dan manajemen untuk mencapai suatu tujuan. Akan tetapi, untuk mencapai tujuan tersebut, strategi tidak berfungsi sebagai peta jalan yang hanya menunjukkan arah saja, melainkan harus mampu menunjukkan bagaimana praktik operasionalnya. Jika dikaitkan dengan proses dakwah, strategi mempunyai peranan yang sangat penting bagi pergerakan dakwah, jika strategi yang diterapkan dalam berdakwah baik, maka aktivitas dakwah akan tersusun secara sistematis dan teratur, strategi tersebut disebut dengan strategi dakwah. Strategi dakwah yang baik akan memunculkan sebuah organisasi dakwah yang sistematis sekaligus mampu membawa perubahan kaidah-kaidah baru dalam aktivitas dakwah. Melihat kondisi masyarakat pada zaman yang semakin modern, penulis berpandangan bahwa metode dakwah haruslah diubah sesuai kondisi masyarakat dari zaman ke zaman supaya mudah diterima oleh masyarakat secara umumnya. Oleh karena itu, peran sebuah organisasi memainkan peran penting dalam proses dakwah ini guna membangunkan kesadaran di kalangan umat Islam untuk mengubah tingkat kefahaman terhadap Islam. Dengan demikian, wujud sekelompok individu yang mempunyai tingkat kesadaran tentang pentingnya upaya dakwah dilakukan secara teamwork sekaligus mewujudkan sebuah organisasi. Pendirian organisasi yang berorientasikan pada agama Islam perlu dilakukan untuk mencapai tujuan.
PERKEMBANGAN PENGISLAMAN KAUM DAYAK DI SARAWAK. Pengislaman kaum Dayak di negeri Sarawak secara aggresif bermula sejak awal tahun-tahun 1970an khususnya melalui usaha dakwah yang digerakkan oleh para pendakwah dari Pertubuhan-pertubuhan NGO Muslim. Natijahnya beberapa buah perkampungan kaum Dayak telah dibangunkan di seluruh negeri yang asalnya tidak beragama sama ada Animisme atau Pagan. Di antaranya termasuklah di sekitar Bahagian Serian, Simunjan, Sri Aman, Bintangor, Sibu, Mukah Bintulu Miri dan Limbang malah sehingga jauh ke hulu Rajang seperti di Long Busang. Sebahagian masyarakat yang telah memeluk Islam masih lagi kekal menganut agama Islam, namun terdapat juga sebahagian lain tidak lagi mengamalkan cara hidup Islam. Sehingga kini terdapat 335 buah perkampungan saudara kita di seluruh negeri Sarawak. Namun usaha gigih para pendakwah yang tidak pernah mengenal putus asa dan kecewa, memastikan sinar Islam terus menyala dan hidup sekalipun mendapat saingan daripada pihak-pihak missionari Kristian. Memasuki millenium baru, gerak kerja dakwah mengalami transfomasi dengan corak kehidupan manusia begitu terpengaruh dengan era digital dan ledakan maklumat yang boleh diperolehi di hujung jari. Kaum Dayak terutama generasi muda semakin mendapat pelbagai ilmu dan maklumat sehingga akhirnya memudahkan mereka mengenali dan mempelajari Islam. Dakwah ini menyebabkan ramai generasi muda kaum Dayak ini mendapat hidayah dan tertarik dengan agama Islam dan akhirnya memeluk agama Islam. Begitu juga melalui asimilasi kaum Dayak dengan orang-orang Melayu yang beragama Islam telah banyak menyumbang kepada tertariknya mereka kepada agama Islam. Ini terutamanya melalui perkahwinan dengan orang Melayu. Berdasarkan trend pengislaman sejak tahun 1980an, pengislaman melalui perkahwinan adalah antara faktor yang terbesar pengislaman di seluruh negeri Sarawak. Penghijrahan kaum Dayak terutamanya ke negeri-negeri di Semenanjung Malaysia juga turut menyumbang kepada peningkatan bilangan kaum Dayak yang memeluk agama Islam. Selain faktor perkahwinan, faktor lain yang membawa kepada peningkatan kaum Dayak yang memeluk agama Islam adalah melalui pemahaman kendiri melalui kajian dan pembacaan. Ini melahirkan ramai kaum Dayak muslim yang berkualiti dan anak-anak muda yang mempunyai pendidikan aliran agama.
Meskipun demikian, peningkatan kaum Dayak yang memeluk Islam di Semenanjung sedikit sebanyak menggusarkan masyarakat Dayak bukan Islam di Sarawak. Bukan sedikit kes-kes mereka yang memeluk Islam yang meninggal dunia di sana, apabila dibawa kembali ke Sarawak mengejutkan kaum keluarga apabila didapati telah beragama Islam. Namun alhamdulillah, dengan kebijaksanaan agensi dan badan Dakwah di negeri Sarawak banyak kes telah dapat diselesaikan dengan bijak dan harmoni. Kini, arus pengislaman pengislaman kaum Dayak sama ada di Semenanjung, Sabah mahupun di Sarawak sendiri terus berlaku dan dijangkakan semakin meningkat dari tahun ke tahun. DAKWAH DI MALAYSIA Perjalanan usaha dakwah di Malaysia secara umumnya memperlihatkan perkembangan yang positif terutamanya dengan kemunculan pelbagai institusi dan persatuan dakwah yang dilihat konsisten dalam merancakkan perjuangan dakwah Islam di Malaysia. Namun begitu, fokus utama sebahagian besar gerakan dakwah ini dilihat lebih terarah kepada dakwah terhadap umat Islam dan kurang memberi tumpuan secara khusus terhadap aktiviti dakwah terhadap golongan non Muslim. Hal ini bukanlah suatu yang aneh memandangkan komposisi umat Islam di Malaysia sekitar 60%. Maka sudah pastilah tumpuan Cabaran Dakwah Terhadap Golongan Non Muslim Di Malaysia yang lebih utama akan diberikan kepada kelompok majoriti berbanding minoriti. Namun dalam masa yang sama, usaha dakwah kepada non Muslim juga seharusnya dijadikan sebagai agenda utama supaya seruan dakwah Islam ini tidak terhad hanya kepada mereka yang beragama Islam sahaja bahkan mampu dipanjangkan kepada golongan non Muslim dalam usaha memastikan agar anugerah Islam itu berjaya sampai kepada sekalian manusia tanpa mengira apa jua latarbelakang dan kedudukan mereka. Mad’u atau sasaran penerima dakwah itu dapat dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu mad’u ijabah dan mad’u dakwah. Mad’u ijabah merujuk kepada golongan Muslim yang telah menerima seruan dakwah Islam dan mengamalkan segala aturan-aturan yang terkandung di dalamnya. Mad’u dakwah pula merujuk kepada golongan non Muslim yang masih berada dalam kekufuran dan kesesatan yang menyimpang daripada ajaran Islam sama ada disebabkan penolakan mereka terhadap Islam atau pun kerana seruan dakwah Islam masih lagi belum disampaikan kepada mereka. Usaha dakwah terhadap kedua-dua kumpulan ini sebenarnya mempunyai nilai keutamaan yang sama di sisi Islam dan perlu digerakkan secara efektif oleh para pendakwah. Namun dalam menentukan intipati dakwah, kumpulan mad’u ijabah lebih sesuai diperkenalkan dengan konsep dakwah Islahiyyah iaitu seruan untuk menambahbaik dan meningkatkan kualiti hidup mereka sebagai seorang Muslim selaras dengan panduan syarak. Mad’u dakwah pula perlu diperkenalkan dengan konsep dakwah Islamiyyah iaitu seruan untuk mengenali dan memahami asas-asas utama dalam Islam serta menjernihkan segala kekeliruan dan salah faham mereka terhadap ajaran Islam ini. DAKWAH ISLAMIAH DI SARAWAK Secara asasnya permulaan dakwah Islamiah di Sarawak adalah berkait rapat dengan kedatangan Islam ke alam Melayu. Tarikh sebenar kedatangan Islam di Sarawak adalah suatu persoalan yang rumit dan perkara yang tidak dapat dipastikan dengan tepat kerana. Secara khususnya, kedatangan Islam di Sarawak dikatakan mempunyai kaitan yang rapat dengan kehadiran Islam di Brunei. Ini berdasarkan kepada pengaruh Kesultanan Brunei yang begitu kuat dalam mengembangkan syariat Islam di Sarawak di samping Sarawak merupakan sebahagian jajahan wilayah Brunei sebelum kehadiran penjajah Eropah. Dakwah Islamiah pada zaman sebelum merdeka sedikit terganggu akibat dari keadaan yang kurang stabil dalam Sarawak hasil dari masalah pentadbiran dan pemberontakan yang meletus pada separuh pertama kurun yang ke 19 Masihi yang telah membuka ruang kepada penjajah British, James Brooke untuk masuk campur urusan pemerintahan di Sarawak sekaligus mengecilkan penguasaan golongan Sharif.
Walaupun begitu, terdapat perkembangan positif bagi dakwah Islamiah di Sarawak pada zaman penjajahan iaitu penubuhan Majlis Islam Sarawak (MIS) yang lahir daripada idea Majlis Syuyukh al-Islam. Idea penubuhan MIS ini telah dicetuskan oleh Datu Imam Abang Haji Morshidi dan pada masa itu dikenali sebagai Majlis Islam dan Adat Istiadat Melayu Sarawak yang ditubuhkan pada 17 Disember 1954 di bawah Oridinance Majlis Islam Incorporation (Laporan Majlis Islam Sarawak 1983: 1). Di Sarawak juga terdapat organisasi-organisasi dakwah bukan kerajaan yang turut bersama mendokong dan menyokong usaha dakwah. Organisasi dakwah bukan kerajaan di Sarawak terbahagi kepada dua iaitu organisasi dakwah ynag berpusat di Semenanjung seperti Angkatan Belia Islam Malaysia Negeri Sarawak (ABIMNS), Persatuan Kebajikan Islam Malaysia Negeri Sarawak (PERKIMNS) dan Jemaah Islah Malaysia Negeri Sarawak (JIMNS). Manakala, pusat organisasi di Sarawak adalah Harakah Islamiah (HIKMAH) dan Persatuan Kebajikan Islam Sarawak (PERKIS). Dalam mengatur fungsi organisasi-organisasi dakwah bukan kerajaan ini, Majlis Perundingan Islam Sarawak ditubuhkan bagi menyelaraskan fungsi-fungsi setiap organisasi. Maka melalui majlis tersebut diputuskan fungsi setiap pertubuhan dakwah tersebut, Harakah Islamiah (HIKMAH) berfungsi menjalankan dakwah di pedalaman, Persatuan Kebajikan Islam Sarawak (PERKIS) menjalankan dakwah kepada masyarakat awam, Persatuan Kebajikan Islam Malaysia Bahagian Sarawak (PERKIMNS) diberi tanggungjawab menjalankan dakwah di kalangan kaum wanita dan Angkatan Belia Islam Malaysia Negeri Sarawak (ABIMNS) untuk program-program dakwah di kalangan belia. Penyelarasan ini penting bertujuan agar tidak berlaku pertindihan fungsi dan aktiviti yang boleh memberi kerugian kepada dakwah Islamiah di Sarawak (Abang Johari 1993). DAKWAH TERHADAP NON MUSLIM Para sarjana Muslim secara dasarnya tidak memperincikan suatu terminologi yang khusus mengenai pentakrifan sebenar golongan non Muslim. Namun secara umumnya, mereka boleh didefinisikan sebagai mereka yang tidak menyembah dan mentauhidkan Allah serta tidak menerima dan mengakui kedudukan Rasulullah SAW sebagai utusan Allah yang terakhir. Hal ini kerana penentuan kedudukan seseorang sebagai Muslim sangat berkait rapat dengan dua elemen ini. Seruan untuk berdakwah kepada non Muslim bukanlah perkara baru bahkan telahpun bermula sejak zaman Rasulullah s.a.w di Makkah hinggalah baginda berhijrah ke Madinah. Seruan di Makkah lebih menekankan persoalan akidah sebagai tunjang jati diri seorang Muslim. Namun masih wujud umat Islam yang terleka dengan kepentingan menyampaikan mesej dakwah kepada non Muslim walaupun sebenarnya golongan ini merupakan sasaran yang lebih utama untuk didakwahkan kerana tuntutan dakwah yang paling tinggi ialah menyeru ke arah mentauhidkan Allah serta melepaskan diri daripada belenggu syirik dan kekufuran. Hal ini kerana kemungkaran dan kezaliman yang paling besar menurut Islam adalah kufur dan syirik kepada Allah. Meskipun mereka melakukan pelbagai amal kebaikan dan kebajikan namun dosa kekufuran tersebut bakal menenggelamkan segala ganjaran baik atas kebajikan tersebut. Maka, suatu langkah yang proaktif seharusnya diambil bagi memastikan golongan bukan Islam lebih cenderung untuk memahami Islam dengan kefahaman yang sebenar walaupun belum bersedia untuk menganutinya. Secara asasnya, Islam memberikan kebebasan kepada setiap warga non Muslim untuk menganut dan mengamalkan ajaran mereka tanpa sebarang paksaan untuk menukarnya kepada Islam sebagaimana firman Allah dalam al-Quran: “Tiada paksaan dalam agama. Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang batil”. Surah al-Baqarah 2:256 Menurut Ibn Kathir (1997), tiada keperluan untuk memaksa golongan non Muslim kepada Islam kerana agama ini telah disampaikan dalam keadaan yang terang dan jelas sehingga tidak memerlukan kepada sebarang bentuk kekerasan terhadap seseorang untuk menganuti agama ini. Umat Islam hanya diperintahkan untuk menyeru mereka secara baik dan berhemah tanpa perlu kepada sebarang bentuk provokasi dan penghinaan.
Mereka dibiarkan untuk bebas menentukan jalan keagamaan mereka sendiri dalam kehidupan. Rasulullah SAW juga sewaktu menghantar memorandum perjanjian kepada penduduk Najran yang beragama Kristian telah melunaskan hak kebebasan tersebut menerusi pemberian jaminan perlindungan terhadap agama, harta serta rumah ibadah mereka (Hamidullah, 1969). Tindakan yang sama juga telah dilakukan oleh Umar al-Khattab sewaktu mengeluarkan satu jaminan keamanan kepada penduduk Aelia setelah tentera Islam berjaya menguasai bandar tersebut daripada tentera Romawi. Dalam jaminan tersebut, beliau telah menyatakan bahawa: Maksudnya: Aku (Umar) memberikan satu jaminan keamanan untuk diri dan harta-harta mereka, serta gereja-gereja dan salib-salib mereka, kepada yang sakit mahupun sihat (tiada pengecualian) serta seluruh komuniti agamanya agar kaum Muslimin tidak mendiami (mengambil alih) dan memusnahkan gereja mereka. Diri mereka, tanah kediaman, salib-salib serta harta milikan mereka tidak akan dicerobohi mahupun dirampas. Penduduk tidak akan dipaksa dalam beragama mahupun dianiaya. Jaminan yang dikeluarkan oleh Umar ini merupakan cerminan kefahaman beliau terhadap ajaran Rasulullah SAW. Pengeluaran jaminan ini dilihat penting dalam menghakis kepercayaan bahawa kelompok yang memerintah mempunyai kuasa yang besar untuk menguasai kehidupan bangsa lain dengan mengetepikan peruntukan hak yang sewajarnya dilunaskan kepada mereka. Tahap pengamalan toleransi yang tinggi ini turut diakui oleh sarjana Barat sendiri antaranya Robertson yang menyatakan kekaguman beliau atas tindakan umat Islam yang mampu menghimpunkan perasaan cemburu (al-ghirah) terhadap agama Islam bersama perasaan tolak ansur (al-tasamuh) terhadap pengamalan agama penganut lain tanpa sebarang sekatan.
Hal ini memperlihatkan bahawa asas dalam dakwah Islam itu bukanlah berbentuk pemaksaan dan kekerasan sebaliknya sebagai suatu bimbingan yang memerlukan yang diharapkan mampu melunakkan hati golongan non Muslim untuk mendekati Islam dengan kerelaan hati mereka sendiri. Dalam hal ini, Allah telah menunjukkan jalan terbaik kepada umat Islam tentang pendekatan dakwah yang berkesan sebagaimana firmanNya yg bermaksud: “Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik serta berbahaslah dengan mereka menggunakan cara terbaik”. Surah al-Nahl 16:125. Dakwah secara berhikmah ialah meneliti dan memahami situasi dan realiti semasa sasaran dakwah serta mampu mevariasikan pendekatan dakwah ke atas mereka mengikut kesesuaian dengan penjelasan dan kefahaman yang tidak membebankan juga tidak dibina atas semangat dan keghairahan yang melampau sehingga terkeluar daripada ruang lingkup hikmah itu sendiri. Nasihat yang baik pula adalah melalui seruan secara lemah-lembut yang mampu meresap ke dalam hati manusia bukannya melalui ancaman, tegahan mahupun mengaibkan mereka atas kesalahan yang dilakukan disebabkan oleh kejahilan mereka. Elemen hikmah ini perlu diterapkan dalam proses dakwah kepada non Muslim bagi memandu para pendakwah dalam menerapkan metodologi yang terbaik dan berkesan kepada golongan sasaran dakwah tersebut. Nasihat yang baik serta penonjolan akhlak yang mulia pula penting dalam membina ikatan kemanusiaan yang kukuh sesama mereka dalam usaha mendekatkan lagi perasaan dan minat golongan non Muslim ini terhadap Islam. Berdasarkan ayat tersebut juga, ketiga-tiga pendekatan dakwah tersebut walaupun dinyatakan secara berturut-turut, namun sebenarnya perlu disesuaikan dengan mengikut keadaan sasaran dakwah iaitu: 1- Golongan intelektual yang perlu diberikan hujah dan fakta yang berasas dan benar serta mampu menjentik akal mereka untuk berfikir tentang kebenaran hujah tersebut kerana mereka memiliki tahap pemikiran dan analisis yang tinggi. Pendekatan ini dinamakan secara ketelitian dan kebijaksanaan (احلكمة.) 2- Golongan awam dengan kadar pemikirannya bersifat sederhana yang perlu didedahkan dengan prinsip agama secara umum seperti nilai akhlak dan moral sama ada menerusi perkataan mahupun kelakuan. Pendekatan ini dinamakan nasihat yang baik (احلسن املوعظة. ) 3- Golongan antagonis yang mana kebanyakan hujah mereka lebih bersifat sebagai mencabar tanpa menginginkan nilai kebenaran tersebut. Golongan ini perlu ditanggapi secara perdebatan yang mampu mematahkan argumentasi mereka serta mengukuhkan lagi kedudukan kebenaran Islam menggunakan cara yang yang paling tepat dan sesuai. Pendekatan ini dinamakan perdebatan (اجلدال.) Berdasarkan keterangan ini maka dapat dirumuskan bahawa tugasan dakwah itu sebenarnya perlu dilengkapi dengan pelbagai maklumat dan pendekatan yang bersesuaian bagi memastikan keberhasilan dan keberkesanan kaedah yang digunakan. Ini kerana subjek dakwah tersebut adalah manusia maka sifat dakwah juga perlu bersifat manusiawi dengan adanya unsur emosi, intelek, agama, budaya dan tradisi yang perlu digarap dan diambil kira bersama. Kegagalan mengharmonikan ke semua aspek tersebut bakal menghasilkan suatu pendekatan dakwah yang bersifat jumud serta kurang relevan dengan realiti semasa.
CABARAN SEMASA DAKWAH NON MUSLIM Malaysia sebenarnya masih mampu berbangga kerana berjaya menyatukan pelbagai bangsa dan agama untuk sama-sama bernaung dalam satu negara. Namun, suasana harmoni ini tidak memadai sekiranya kita hanya mampu membiarkan sahaja saudara-saudara non Muslim kita terus hidup dalam kejahilan dan salah faham mereka terhadap Islam tanpa kita sendiri berusaha mengambil langkah untuk sekurang-kurang membuatkan mereka mempunyai kefahaman yang jelas mengenai Islam. Walaupun peruntukan Perlembagaan Persekutuan lebih cenderung menyebelahi kita dalam usaha penyebaran agama di samping kewujudan pelbagai institusi dan organisasi bagi memartabatkan Islam, namun masih terdapat beberapa cabaran semasa yang perlu diambil perhatian terutamanya membabitkan persoalan dakwah terhadap bukan Muslim di negara ini supaya kita tidak hanya terbuai berada dalam zon yang selesa tanpa cuba mengenal pasti realiti sebenar yang sedang mewarnai kehidupan bermasyarakat kita di Malaysia ini. PERSEPSI ETNIK DAN AGAMA Pengaruh sesuatu etnik yang mendominasi agama tertentu sememangnya wujud. Berdasarkan statistik penganut agama di Malaysia pada tahun 2010, tiga daripada empat agama utama di Malaysia memperlihatkan dominasi kaum tertentu melebihi 90% iaitu agama Islam (Melayu : 90.1%), agama Buddha (Cina : 97.8% dan agama Hindu (India : 98.7%). Agama Kristian pula lebih menonjol di Sabah dan Sarawak dengan memperlihatkan dominasi kaum Bumiputera Lain seperti Iban dan Kadasan-Dusun menyumbang kepada 64.7% daripada jumlah penganut Kristian di Malaysia . Maka tidak hairanlah apabila kebanyakan golongan non Muslim sebenarnya masih keliru terhadap agama Islam dan bangsa Melayu sebagaimana kita juga gagal membezakan antara agama Buddha dan Cina atau Hindu dan India. Doktrin Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu masih kuat bertapak dalam pemikiran sebahagian besar golongan non Muslim di Malaysia sehingga mereka yang masuk Islam dikatakan sebagai ‘masuk Melayu’. Persepsi ini antaranya mungkin disumbangkan oleh takrifan Melayu dalam Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan itu sendiri yang telah menetapkan Melayu itu sebagai mereka yang beragama Islam. Perbezaan yang ketara antara ajaran Islam dengan agama-agama lain membabitkan persoalan ketuhanan, pemakanan dan pergaulan telah menyumbang kepada streotaip negatif yang bersifat cauvinis dalam kalangan mereka. Isu-isu seperti menukar nama dan keturunan, amalan berpakaian, budaya kehidupan dan pengekalan hubungan dengan keluarga asal masih menghantui golongan non Muslim. Selain itu, imej dan persepsi negatif yang sering disandarkan kepada bangsa Melayu seperti pemalas, perasuah, berebut kuasa dan tidak pandai berdikari menyebabkan segala kelemahan tersebut disifatkan sebagai cerminan daripada ajaran Islam. Sebahagian mereka menimbulkan kebimbangan mengenai kemungkinan berlakunya proses asimilasi mereka ke dalam budaya masyarakat Melayu sehingga menyebabkan mereka bakal kehilangan identiti asal bangsa mereka. Kekurangan rujukan agama dalam bahasa lain selain Melayu dan Arab juga seakan-akan membantutkan usaha mereka untuk mendekati ajaran Islam di samping kekurangan penonjolan pendakwah Muslim selain bangsa bukan Melayu telah mengukuhkan lagi persepsi mereka ini. Di samping itu, pengaruh politik perkauman dilihat turut memainkan peranan secara tidak langsung kerana tindak tanduk parti-parti tertentu dilihat turut dikaitkan dengan agama yang sinonim dengan kaum tersebut. Meskipun wujud parti politik yang menonjolkan elemen keagamaan dan ideologi namun pengaruh dan imej perkauman dilihat masih kuat dan kukuh mencengkam identiti parti tersebut. Perkara-perkara ini walaupun dianggap sebagai isu terpencil, namun sedikit sebanyak telah mula berakar umbi dan mempengaruhi pemahaman golongan non Muslim serta mengukuhkan lagi keraguan mereka mengenai konsep keterbukaan Islam. PENGABAIAN ELEMEN BUDAYA MASYARAKAT
Budaya merupakan elemen yang sangat berkait rapat dengan entiti sesuatu bangsa kerana merangkumi konsep yang luas termasuk cara hidup, cara berfikir, kepercayaan, adat resam, bahasa, teknologi dan tradisi. Pengabaian terhadap pengaruh budaya dalam sesuatu bangsa biasanya boleh mendatangkan implikasi yang negatif. Malah tidak hairan apabila masih wujud pendakwah Muslim yang masih terkeliru dalam membezakan antara budaya sesuatu bangsa dengan ritual dan kepercayaan agama mereka. Mereka menilai semua budaya selain daripada budaya warisan turun temurun masyarakat Melayu Muslim sebagai mewakili agama dan kepercayaan dominan dalam kaum tersebut sedangkan adat dan kebudayaan bangsa lain juga boleh terus diamalkan sekiranya mematuhi prinsip-prinsip Islam. Kelemahan dan kejumudan dalam memahami budaya sesuatu kaum sebenarnya boleh memberikan persepsi yang negatif terhadap Islam yang boleh ditohmah sebagai agama yang bersifat eksklusif serta menutup ruang untuk bertoleransi sedangkan Allah telah mengiktiraf perbezaan kaum dan etnik ini supaya manusia boleh saling mengenali dan mempelajari elemen positif dalam budaya masing-masing. Maka, adalah kurang wajar seseorang itu dipaksa untuk meninggalkan budaya bangsanya hanya kerana telah memeluk Islam tanpa dinilai terlebih dahulu aspek-aspek dalam kebudayaan tersebut menurut Islam. Ini dapat diperhatikan apabila masih wujud pendakwah yang melarang sambutan satu-satu kaum atau bangsa seperti sambutan Tahun Baru Cina, Gawai Dayak atau Gawai Keamatan secara mutlak tanpa memberikan sebarang ruang untuk bertoleransi sedangkan, Tahun Baru Cina, Gawai Dayak atau Gawai Keamatan bukanlah termasuk dalam kategori perayaan keagamaan walaupun terdapat beberapa unsur kecil yang bercanggah dengan Islam kerana ia merupakan hasil tokok tambah oleh generasi terkemudian. Justeru, menjadi tanggungjawab para pendakwah untuk memahami perjalanan kebudayaan sesuatu bangsa sebagai langkah awal untuk membuka hati mereka menerima ajaran Islam. Begitu juga dalam aspek corak pemakaian yang melambangkan budaya sesuatu bangsa yang tidak perlu dipertikaikan selagi mana bukan menonjolkan elemen dan identiti yang khusus kepada agama tertentu. Keterbukaan terhadap aspek kebudayaan sesuatu kaum ini bakal memperlihatkan ruang toleransi yang disediakan oleh Islam merentasi sempadan perkauman serta mampu menghakis persepsi bahawa Islam hanya dimonopoli oleh kaum tertentu sahaja. PENGLIBATAN UMAT ISLAM DALAM DAKWAH Di Malaysia Kebanyakan pendakwah Muslim dilihat kurang menekankan usaha dakwah terhadap golongan non Muslim ini. Pelbagai faktor dapat dikenal pasti sebagai penyumbang kepada keadaan ini antaranya pergaulan merentasi sempadan agama dan bangsa yang jarang diamalkan terutamanya melibatkan mereka yang mempunyai latar belakang pendidikan agama semenjak kecil kerana dibiasakan dengan persekitaran sesama agama dan bangsa yang sama. Ini menyumbang kepada pelebaran jurang sesama mereka serta menyebabkan wujudnya kejanggalan apabila perlu berurusan dan berinteraksi dengan golongan non Muslim ini. Selain itu, isu agama dan perkauman yang dilihat begitu sensitif mutakhir ini telah mewujudkan sikap berhati-hati dalam kalangan mereka kerana setiap isu yang ingin diketengahkan perlu dicermati terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang tindakan yang mungkin boleh dikenakan kepada mereka. Hal ini menyebabkan mereka berasa lebih selamat dan selesa untuk berbahas mengenai persoalan agama dan kaum menurut kerangka sendiri sahaja. Konsep dakwah yang diterjemahkan secara rumit juga turut membantutkan usaha ini antaranya yang menetapkan seseorang itu perlu dilengkapkan dengan ilmu pengetahuan agama Islam yang mendalam ditambah pengetahuan asas mengenai agama-agama lain sebelum mampu menjalankan tugasan dakwah ini. Walhal, sebenarnya setiap daripada umat Islam itu sebenarnya dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan seruan Islam kepada manusia lain sesuai dengan kadar kemampuan dan keupayaan mereka walaupun terbatas. Penonjolan akhlak yang baik sewaktu berinteraksi juga mampu memperlihatkan wajah keindahan agama Islam itu sendiri. Di samping itu, perlu difahami bahawa keterlibatan kita dalam menjayakan tugasan dakwah ini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung tetap akan mendapat penilaian yang sewajarnya daripada Allah sebagaimana nasihat Rasulullah SAW kepada Ali bin Abi Talib iaitu : فو اهلل ألن يهدى بك رجل واحد خري لك من محر النعم Maksudnya: “Demi Allah, sungguh satu orang saja diberi petunjuk (oleh Allah) melalui perantaraanmu, maka itu lebih baik dari unta merah”. (Muslim bin Hajjaj al-Qusyairi, Sahih Muslim, Kitab Fada‟il alSahabah, Bab Min Fada‟il „Ali bin Abi Talib RadiyAllahu „Anhu, no hadis: 2406) Menurut al-Nawawi (1994), unta merah merupakan antara harta paling bernilai yang dimiliki oleh bangsa Arab ketika itu. Rasulullah s.a.w menjadikan unta merah sebagai perumpamaan bagi menggambarkan betapa mulianya kedudukan mereka yang berusaha menjalankan operasi dakwah tersebut walaupun dengan keterbatasan masa dan tenaga namun segala-galanya mampu diketepikan semata-mata kerana menyahut seruan perintah Allah.
PENGARUH MEDIA MASSA Tidak dapat dinafikan bahawa media massa sama ada bercetak mahupun elektronik turut mempengaruhi perjalanan dakwah di Malaysia. Media yang tidak jujur dalam penyampaian mereka seolah-olah menjadi alat propaganda yang membunuh daya intelektual serta menyuburkan sindrom kejahilan di kalangan rakyat. Kewujudan banyak sumber media terutamanya media elektronik yang dilihat gemar mempergunakan sesuatu isu sebagai modal utama bagi mempopularkan kedudukan dan rating mereka semata-mata dilihat semakin berleluasa sehingga membawa kepada perpecahan dalam kehidupan bermasyarakat. Ini kerana isu-isu membabitkan agama dan kaum dilihat sering menjadi 'viral' dan mampu memberikan pengaruh yang besar lebih-lebih lagi kebanyakan maklumat ini biasanya diterima secara membuta tuli tanpa sebarang tapisan. Maka, menjadi tanggungjawab kepada para pendakwah Muslim untuk melengkapkan diri dengan kemahiran semasa serta melibatkan diri secara lebih aktif bagi menyeimbangi lambakan maklumat di laman sosial yang kebiasaannya banyak dijuarai penulis-penulis bertaraf amatur. Keterlibatan para pendakwah Muslim secara berkesan dan berhikmah dilihat mampu mewujudkan perbahasan yang lebih harmoni serta membetulkan kembali segala kekeliruan dan salah faham yang mula mengakar dalam masyarakat. Namun begitu, dalam masa yang sama para pendakwah juga perlu memastikan setiap maklumat yang disampai perlu dicermati dan diteliti secara terperinci terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang penggunaan fakta yang kurang tepat supaya tiada sebarang argumentasi dan provokasi boleh dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Setiap isu yang dibahaskan perlu dirujuk dan disahkan terlebih dahulu oleh mereka yang ahli dalam bidang tersebut bagi menonjolkan sudut integriti Islam berkaitan penyampaian ilmu dan maklumat. Adalah tidak wajar apabila kita memperlihatkan rasa tidak senang atas informasi salah berkaitan Islam namun kita pula secara mudahnya berbicara hal dan isu yang kurang tepat berkaitan bangsa dan agama lain. Ketepatan maklumat ini sedikit sebanyak bakal menimbulkan rasa hormat dalam kalangan non Muslim kerana elemen kejujuran dan amanah dapat dilihat secara nyata daripada tindakan tersebut. PENGUASAAN ILMU Alat Dakwah yang berkesan memerlukan instrumen dan medium yang berkesan. Dakwah pada masa kini tidak lagi terhad kepada faktor lisan semata-mata bahkan perlu mengambilkira faktor bahan dakwah, suasana, dana, golongan sasaran, kemahiran berbahasa dan sebagainya. Semua aspek ini perlu digerakkan secara seiringan bagi memastikan sasaran dakwah tersebut benar-benar dapat dikuasai. Imej kolot, jumud, anti kemajuan teknologi serta kelemahan penguasaan bahasa Inggeris dan Mandarin sebagai medium komunikasi yang bersifat global perlu ditangani dan diatasi semampu mungkin bagi mewujudkan pendakwah yang benar-benar berkaliber dalam mendepani cabaran dakwah semasa. Setiap ruang dan kemudahan yang ada perlu dikuasai sebaik mungkin agar para pendakwah dilihat relevan dengan perkembangan semasa. Era globalisasi ini telah memperlihatkan kekuatan mediummedium siber seperti Facebook, Whatsapp dan Telegram dalam menularkan sesuatu maklumat dan perkongsian. Begitu juga perkongsian video di Youtube yang meskipun hanya dihadiri oleh audien yang kecil, namun capaian oleh para pengguna internet menerusi perkongsian di platform tersebut mampu mencecah sehingga ribuan tontonan secara maya. Para pendakwah juga perlu menguasai kemahiran tertentu yang dirasakan mampu meningkatkan kualiti penyampaian dakwah seperti kemahiran kaunseling, penyampaian awam, komunikasi berkesan, Information and Communication Technology (ICT) dan lain lain bagi memastikan audien benar-benar tertarik dengan intipati dakwah yang disampaikan. Selain itu, para pendakwah juga perlu lebih bijak dalam mempelbagaikan pendekatan dakwah terutamanya apabila berhadapan dengan sasaran yang berbeza. Golongan intelektual perlu didekati mengikut tahap dan kemampuan pemikiran mereka begitu juga dengan golongan awam yang lebih mementingkan persoalan moral berbanding perbahasan ilmu secara mendalam. Kemampuan pendakwah untuk menguasai kemahiran-kemahiran ini akan mengoptimumkan lagi peluang dan ruang mereka dalam menyampaikan dakwah serta melebarkan lagi capaian sasaran dakwah tersebut. Penggunaan perkataan atau pendekatan yang kurang sesuai dengan tahap dan kedudukan golongan sasaran dakwah ini bakal menjejaskan keberhasilan matlamat dakwah tersebut. Cukup menarik untuk diselusuri bagaimana kebijaksanaan Rasulullah SAW menggunakan pendekatan yang berbeza sewaktu berhadapan dengan individu dan golongan yang berbeza seperti puak Arab Badwi, ahli Kitab, orang munafik, golongan bangsawan dan pemimpin, kanak-kanak dan wanita serta umat Islam yang berbeza latar belakang dan pemikiran. Kemahiran inilah yang akhirnya menyumbang kepada berkembangnya dakwah Islam secara berkesan dan meluas. CABARAN-CABARAN USAHA DAKWAH Islam bukanlah agama negeri Sarawak.Hakikat pahit ini bertitik tolak daripada Perjanjian 20 Perkara pada tahun 1963 yang dibuat sebelum pembetukan Persektuan Malaysia. Ini khususnya merujuk kepada Point 1 yang memperuntukan bahawa; “While there is no objection to Islam being the national religion of Malaysia, there should be no religion in Borneo and the provisions relating to Islam in the present Constitution of Malaya should not apply to Borneo.” Oleh demikian tidak ada peruntukan di dalam Sarawak Constitution of The State of Sarawak [G.N.S 163/63] bahawa Islam adalah agama bagi negeri Sarawak. Namun begitu, pada tahun 1976 melalui Sarawak Constitution (Ammendment) (N02) Ordinance 1976 (Swk.LN.9/76) telah memasukkan Perkara 4A dibawah tajuk Religion of Islam ; “The Yang Dipertuan Agong shall be the Head of the religion of Islam in the State.” Justeru, secara perundangannya, Yang DiPertuan Agong adalah Ketua Agama Islam dan Dewan Undangan Negeri perlu mendapat nasihat daripada baginda tentang segala perkara berkaitan hal ehwal agama Islam. Tanpa peruntukan jelas Islam sebagai agama rasmi bukanlah penghalang besar kepada perkembangan Dakwah Islamiah di negeri ini, kerana umat Islam bernaung di bawah yang DiPertuan Agong sebagai Ketua Agama, berbanding agama-agama lain yang tidak dinaungi mana-mana Ketua Agama yang terjamin di bawah Perlembagaan Negeri. Perkembangan usaha penyebaran agama-agama Lain di Sarawak kepada orang Islam Perkara 11(4) di dalam Perlembagaan Persekutuan jelas memperuntukkan halangan kepada penyebaran agama-agama lain terhadap orang-orang Islam. “Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.”Banyak negeri telah mengubal enekmen masing-masing untuk membuat perundangan sekatan penyebaran agama bukan Islam. Namun bagi negeri Sarawak, belum ada cadangan untuk menggubal perkara ini, dan di dalam jangka panjang demi memelihara aqidah umat Islam perundangan ini perlu dikaji untuk penggubalan. Kita melihat terdapat usaha-usaha dilakukan oleh sesetengah missionari Kristian terutamanya dari denominasi Protestant Evangelical yang memasuki perkampungan saudara kita yang masih rapuh keimanan mereka. Begitu juga masyarakat saudara kita yang masih rapuh aqidah mereka mudah terpengaruh dengan ajakan pihak missionari ini dan dikhuatiri terkeluar dari landasan Islam. PERTEMBUNGAN DENGAN PIHAK KRISTIAN. Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan selain mengiktiraf kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan Malaysia, tetapi turut menjamin kebebasan rakyatnya untuk beragama selain Islam serta mengamalkan agama masing-masing. “Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.” Di Sarawak, agama terbesar adalah agama Kristian meskipun terdiri daripada banyak denominasi sama ada dari main stream ataupun denominasi Protestant Evangelical dan selainnya. Kewujudan Kristian yang telah bertapak sejak tahun 1848 bahkan lebih awal, dengan kedatangan Francis Thomas Mcdougall, tidak dapat tidak mesti diakui menyaingi perkembangan dakwah terhadap masyarakat Dayak di negeri Sarawak. Malah masyarakat Dayak moden lebih sinonim sebagai penganut Kristian. Malah kewujudan gereja-gereja kecil di bahagian Pedalaman Sarawak menunjukkan bahawa mereka telah semakin ramai dan berjaya membina pengaruh. Meskipun demikian pengkristian ini bukanlah benar-benar meresap di dalam amalan dan kehidupan masyarakat Dayak yang hakikatnya masih terpengaruh dengan kepercayaan nenek moyang. Malah sebahagian masyarakat Dayak hanya Kristian pada namanya tetapi tidak mengikuti dan mengamalkan agama Kristian sebenarnya. PERSEPSI NEGATIF TERHADAP ORANG ISLAM. Perkembangan yang berlaku di seluruh dunia Islam sedikit sebanyak menimbulkan persepsi negatif terhadap umat Islam. Ini termasuklah peristiwa 9/11 di New York yang membawa kepada agenda islamipobhia dunia Barat yang tidak pernah berakhir. Ditambah lagi dengan perpecahan umat Islam pasca Arab Spring yang menyaksikan perang saudara di Timur Tengah mencemari imej umat Islam. Kemunculan kumpulan-kumpulan Pengganas bertopengkan Islam seperti ISIS, Taliban dan Al-Qaeda turut menyumbangkan salahfaham tentang agama Islam. Persepsi negatif bahawa memeluk Islam adalah masuk Melayu, Islam memutuskan tali kekeluargaan, Islam agama yang susah diamalkan, Islam banyak perkara-perkara yang diharamkan dan seumpamanya perlu diperbetulkan.
Justeru, masyarakat Dayak perlu diberikan kefahaman yang betul tentang wajah sebenar Islam disebalik propaganda negatif yang digembur-gemburkan. Tanggungjawab ini lebih-lebih lagi perlu digalas oleh kita saudara-saudara muslim untuk membawa imej sebenar Islam, agar mereka melihat kebenaran. Pertambahan bilangan penganut Islam yang perlahan Kedudukan kaum Melayu yang beragama Islam sehingga kini masih merupakan masyarakat yang ketiga terbesar di Sarawak selepas kaum Iban dan kaum Cina. Berkenaan taburan perkembangan Islam dan kependudukan di Sarawak, maklumat-maklumat yang didapati daripada Jadual 1 akan menjelaskan dengan lebih tepat mengenai perkembangan dakwah Islamiah di Sarawak tahun 1991, 2000 dan 2010. Manakala di Jadual 2 akan memberikan butir-butir maklumat peratusan umat Islam di Sarawak dari tahun 1974 hingga tahun 2000. Jadual 1: Taburan penduduk mengikut etnik utama di Sarawak tahun 1991, 2000 dan 2010. Tahun/ Etnik Melayu Iban Cina Jumlah Penduduk Sarawak 1991 20.97% 29.47% 27.68% 1,718,380 2000 23.0% 30.1% 26.7% 2,071,506 2010 24.13% 30.33% 24.5% 2,286,067 Sumber: http://www.statistic.gov.my Jadual 2: Jumlah peratusan masyarakat beragama Islam dan masyarakat beragama Kristian tahun 1974, 1980, 1990 dan 2000. Agama/ Tahun 1974 1980 1990 2000 Islam 24% 24% 26% 31.3% Kristian 7.9% 33.4% 40% 42.6% Jadual 1 menunjukkan kaum Melayu yang keseluruhannya beragama Islam masih merupakan kaum yang ketiga terbesar di Sarawak selepas kaum Iban dan kaum Cina pada 1991. Namun, peningkatan peratusan kaum Melayu adalah lebih tinggi dengan kenaikan 1.13% berbanding dengan kaum Iban (0.23%), manakala bagi kaum Cina mengalami penurunan sebanyak 2.2% bagi data bancian yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan pada tahun 2010. Perkembangan ini menunjukkan satu perkembangan yang positif di Sarawak. Jadual 2 pula menunjukkan peratusan penganut beragama Islam dan penganut beragama Kristian. Di mana, peratusan perkembangan penganut beragama Islam sehingga tahun 2000 hanya sebanyak 7.3% berbeza dengan perkembangan bagi penganut agama Kristian yang melonjak dengan begitu tinggi iaitu sebanyak 34.7%. Margin yang begitu luas dan ketara ini adalah disebabkan proses Kristianisasi yang sangat pesat dan aktif telah digerakkan di Sarawak. Menurut Peter Tinggom (1993), peningkatan mendadak penganut Kristian di Sarawak adalah hasil daripada misi Kristian di kalangan kaum Iban di mana pada tahun 1960 bilangan yang menganut agama Kristian hanya 11.19%, meningkat 7.71% (18.9%%) pada tahun 1970 dan pada tahun 1980 peningkatan penganut agama Kristian di kalangan masyarakat Iban melonjak dengan begitu tinggi sehingga 70%. Sekiranya kegiatan dakwah hendak disebarkan dengan luas dan pesat maka sudah semestinya sejumlah dana yang besar diperlukan bagi menjayakannya. Namun di Sarawak, keadaan perkembangan dakwah Islamiah banyak bergantung kepada dana yang dimiliki oleh organisasi-organisasi dakwah kerajaan sama ada dari pihak kerajaan persekutuan dan pihak kerajaan negeri. Di samping itu, organisasi-organisasi dakwah kerajaan juga mempunyai sumber tenaga manusia yang banyak. Keadaan ini begitu jauh berbeza dengan organisasiorganisasi dakwah bukan kerajaan iaitu pihak-pihak NGO seperti HIKMAH, ABIMNS, PERKIMNS dan PERKIS. Terutama dari segi sumber kewangan yang menjadi kekangan utama kepada organisasi-organisasi dakwah bukan kerajaan dalam menggerakkan dan menguatkan kegiatan dakwah Islamiah di Sarawak. Juanda Jaya (2003), menyatakan bahawa hasil dari kajian beliau terhadap 221 orang responden daripada 8 buah organisasi dakwah pada tahun 2001 mengenai tahap sumber tenaga manusia di dalam organisasi dakwah di Sarawak menunjukkan hanya 50.3% daripada responden bersetuju bahawa sumber tenaga manusia bagi menjalankan dakwah di Sarawak adalah mencukupi dan selebihnya (49.7%) tidak bersetuju. Ini menunjukkan bahawa perlunya organisasi-organisasi dakwah kerajaan mahu pun bukan kerajaan lebih menguatkan dan meningkat daya usaha ke arah membangunkan kedua-dua sumber penting ini dalam mencapai matlamat mengembangluaskan dakwah Islamiah di Sarawak. Cabaran atau isu dakwah di Sarawak yang seterusnya adalah berkaitan penyelarasan aktiviti dakwah yang dijalankan di Sarawak. Bagi menyelesaikan hal ini perlunya kepada penyelarasan agar tidak berlaku pertindihan aktiviti sesama organisasi-organisasi dakwah yang wujud di Sarawak. Dalam perkara ini memerlukan tindakan daripada pihak berkuasa negeri iaitu kerajaan negeri melalui kementerian, majlis atau jabatan yang berkuasa atas hal ehwal agama Islam di Sarawak memanggil dan mengumpulkan kesemua organisasi dakwah yang terlibat di dalam sebuah mesyuarat. Menurut Abang Johari (1993), sebuah mesyuarat telah dilaksanakan berkaitan penyelarasan aktiviti dakwah oleh organisasi-organisasi dakwah di Sarawak dan hasil daripada itu tertubuhnya Majlis Perundingan Islam Sarawak (MAPIS) yang mana Majlis Islam Sarawak dilantik sebagai urus setia MAPIS. Namun, dukacitanya hasrat ini tidak tercapai dan tidak terlaksana disebabkan tiada usaha dan kesungguhan semua pihak terlibat untuk merealisasikan penyelarasan ini. Cabaran mengenai tahap pendidikan, penghayatan agama serta keterikatan kepada adat dan budaya agama lama. Isu tahap pendidikan terutama pendidikan formal dalam bidang agama di kalangan umat Islam di Sarawak merupakan antara masalah yang besar. Walaupun kerajaan sama ada pihak kerajaan persekutuan atau pihak kerajaan negeri telah menyediakan dan membangunkan sekolah-sekolah agama namun usaha ini dilihat masih belum mencukupi untuk menyelesaikan isu berkenaan. Apa yang lebih dikesali adalah di mana disebabkan tahap pendidikan agama ini membawa kepada masalah penghayatan Islam dalam kehidupan. Dapat dilihat isu-isu pelanggaran dan pengabaian syariat Islam semakin membimbangkan dan merisaukan masyarakat Islam di Sarawak. Perkara-perkara ini memberi kesan kepada kegiatan dakwah yang sememangnya telah dibebani dengan isu-isu dan tugas-tugas lain. Di samping itu, termasuk dalam perkara-perkara sebelum ini adalah masyarakat Melayu dan saudara kita masih terikat dan terpengaruh dengan adat dan budaya yang bertentangan dengan ajaran Islam. CABARAN LUARAN Manakala, antara cabaran luaran dakwah di Sarawak adalah seperti berikut: 1. Bentuk muka bumi yang luas dan polar penempatan yang berselerak Keluasan bentuk muka bumi negeri Sarawak yang hampir menyamai keluasan bentuk muka bumi negeri-negeri yang berada di tanah besar Semenanjung Malaysia menjadikan ianya satu cabaran kepada usaha dakwah Islamiah yang menyeluruh. Keadaan demografi kependudukan yang berselerak menambah lagi kesukaran menyampaikan seruan dakwah kepada mereka. Terdapat sesetengah kawasan di pedalaman Sarawak yang masih lagi tidak mempunyai asas kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, elektrik, air dan lain-lain. Sesetengah kawasan pula hanya dapat dihubungi dengan menggunakan bot ekspres atau sampan melalui sungai dan menggunakan perkhidmatan kapal terbang melalui jalan udara. Cabaran yang hebat ini semakin terasa dengan keadaan sumber tenaga dan kemampuan dana kewangan dakwah yang ada. Ini kerana melaksanakan dan menjalankan kegiatan dakwah di pedalaman menelan perbelanjaan yang banyak dan besar. Sebahagian besar perbelanjaan adalah bagi menampung kos pengangkutan dan kos-kos keperluan yang lain sahaja. Oleh yang demikian, situasi ini akan menyulitkan kerja-kerja dan aktiviti-aktiviti dakwah dilakukan secara kerap. 2. Kepelbagaian budaya, adat, bahasa dan kepercayaan Keunikan masyarakat di Sarawak antaranya adalah kepelbagaian budaya dan adat mereka. Negeri Sarawak dihuni oleh 27 etnik dan kaum yang pelbagai antaranya Iban, Bidayuh, Melanau dan lain-lain. Sudah pasti setiap etnik mempunyai bahasa, budaya dan adat masingmasing. Keadaan ini menyebabkan para da’ie sukar dan susah untuk berdakwah sekiranya mereka kurang arif dan mahir tentang budaya, bahasa dan adat mereka. Latarbelakang ini juga menghasilkan kepercayaan yang pelbagai yang memberi satu cabaran yang hebat kepada para pendakwah di Sarawak. CABARAN SAUDARA KITA SABAH SARAWAK Seseorang mukmim itu akan sentiasa menghadapi cabaran berupa cubaan dan ujian. Ini tidak lain kerana Allah swt ingin menguji hakikat keimanan kita, Firman Allah; “Alif Laam Miim, Adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan sahaja untuk mengaku bahawa kami telah beriman dan sedangkan mereka tidak lagi diuji? Sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta” (surah Al-Ankabut :13) Di dalam Risalah Qawarib Al-Najat Fi Hayat Al-duat tulisan Fathi Yakan, beliau membawa sebuah hadis dari Anas yang ditakhrijkan oleh Abu Bakar Ibnu Lal, Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya; “Orang mukmim sentiasa di ambang lima dugaan yang susah, Mukmim yang dengki padanya, Munafiq yang benci kepadanya, Kafir yang memeranginya, syaitan yang menyesatkannya, dan Nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya.”Disini ingin di ketengahkan beberapa bentuk cabaran yang seringkali dihadapi oleh para mukmin lebih-lebih lagi yang berada di dalam kepimpinan organisasi Islam agar kita dapat mempersiapkan minda dan jiwa mengatasinya. Kita ingin menjadi para duat yang terus istiqomah membawa risalah Islam kerana kita yakin akan keredhaan Allah SWT dan kita juga yakin walau bagaimana sukar dan sulit nya perjuangan cahaya islam tetap juga akan gemilang. “Mereka hendak memadamkan nur Allah dengan mulut mereka namun Allah pasti memyempurnakan cahayaNya meskipun orang-orang kafir benci”.(Al-Saf:8) SANGKAAN NEGETIF DAN SIKAP PREJUDIS Selepas memeluk Islam, para mukmim tidak akan terlepas dari sangkaan-sangkaan negetif dan sikap prejudis masyarakat bukan Islam. Sebahagian mereka tidak boleh menerima hakikat seseorang telah keluar dari agama asalnya untuk memeluk agama Islam. Anehnya mereka tidak bersikap sedemikian apabila seseorang itu menukar agama asalnya kepada agama Hindu, Bufdhan atau sebagainya. Yang penting asalkan bukan agama Islam. Mereka beranggapan agama Islam boleh menghilangkan segala kebahagian dan kenikmatan. Islam tidak lagi membenarkan penyembahan kepada Tuhan selain dari Allah sekaligus tidak lagi ada penyembahan sejak zaman nenek moyang. Apatah lagi adat-adat dan kepercayaan kuno yang menurut sebahagian agama lain boleh lagi diamalkan. Berlaku pertembungan agama yang tidak dapat dielakkan. Di dalam soal melibatkan aqidah Islam tidak ada kompromi. Justeru Islam dianggap tidak toleran dan perlu dijauhi Pada hari ini, apabila ada dikalangan bukan Islam yang ingin memeluk Islam mereka akan ditakut-takutkan dengan pelbagai momokan bertujuan melemahkan semangat dan merencatkan hajat memeluk Islam. Mereka diberitahu kalau sudah ‘menyelam’( masuk islam) jangan ‘tenguk’(terliur) melihat hidangan enak di ‘rumah asap Dayak’.Tiada lagi menyabung ayam atau main ‘holo’. SEdangkan realitinya mereka mengetahui dan mengakui semua perkaran tegahan agama Islam ada kebaiknya dan menyebabkan orang menjadi lebih bermoral dan suci bersih kehidupannya. POLEMIK KALIMAH ALLAH Apabila berlaku polemic berhubung pengunaan kalimah Allah di negara ini beberapa tahun yang lepas, di Sarawak dan juga Sabah perkara ini tidak menjadi kudis pun kepada orang Islam. Pengunaan kalimah Allah di dalam Bible orang-orang termasuk di dalam pelbagai penerbitan yang lain, secara umumnya tidak menganggu orang-orang Islam. Ini disebabkan orang-orang Islam di kedua-dua negeri sejak lebih 50 tahun lalu, memahami Allah yang dimaksudkan itu tetap tidak sama dengan Allah orang Islam. Alhamdulillah, orang-orang Islam di Sarawak umumnya tidak termakan hasutan segelintir golongan Kristian yang cuba mengapi-api larangan yang hanya berkuatkuasa di Semenanjung Malaysia sehingga akhirnya ia menjadi isu yang tidak releven. Realitinya tidak semua orang Kristian sendiri yang bersetuju dengan pengunaan kalimah Allah di Sarawak kerana mereka tahu nama Elohin atau Jehovah yang lebih tepat. Menggunakan nama Allah dianggap boleh menjadikan senjata makan tuan kepada orang Kristian. PEMUDAHKAN PENGISLAMAN Masih terdapat keluhan dikalangan bukan Islam yang mendakwa sukar untuk memeluk agama Islam. Di antara puncanya adalah kekurangan maklumat berkenaan prosedur memeluk Islam dan karenah pentadbiran. Ada yang pada mulanya mahu memeluk Islam kemudian membatalkan niat mereka. Terdapat maklumat yang salah bahawa memeluk Islam hanya boleh dilakukan di pejabat Jabatan Agama Islam yang berhampiran dan di syahadah oleh pegawai yg bertauliah. Sebenarnya syahadah boleh dilakukan oleh mana-mana orang Islam. Namun pengislaman ini perlu kemudiannya didaftar di pejabat Agama Islam untuk tujuan rekod. Masalah juga sering timbul di dalam pengislaman warganegara asing yang kadangkala tidak dapat memahami bahasa tempatan serta tiada pegawai yang mahir berbahasa asing. Adakalanya layanan kurang mesra juga berlaku dengan soalan sindiran “masuk Islam hendak kahwin ke?, “Dah sunat, kalau masuk Islam kena sunat”, kadang-kadang ada yang datang hendak memeluk Islam disuruh balik kerana tidak ada Pegawai yang hendak mensyahadahkan atau disuruh fikir habis-habisan kalau hendak memeluk Islam. Inilah realiti yang dihadapi oleh segelintir mereka yang hendak memeluk Islam. PENGURUSAN JENAZAH SAUDARA KITA Isu pertembungan agama yang sering berlaku adalah apabila berlaku kematian, seringkali berlaku pertelingkahan tentang pengurusan jenazah.Terdapat sesetengah saudara baru tidak pernah memberitahu keluarganya berkenaan status pengislamannya. Hal ini boleh merumitkan dan mengeruhkan hubungan baik di antara orang-orang Islam dan bukan Islam. Ia perlu ditangani dengan cara berkhemah dan memerlukan orang ketiga dari keluarga simati atau sebangsa yang dapat menerangkan dan memberi kefahaman tentang pengurusan jenazah orang Islam dalam masa yang sama memperkenalkan cara pengurusan cara Islam pada keluarga simati dengan membawa mereka bersama mengurus jenazah. Kes 1, Pernah sekali penulis terlibat dengan perebutan jenazah lelaki berbangsa India, keluarga simati bermatian-matian ingin menguruskan jenazah dan perkebumian cara mereka hingga berlaku bertelingkahan yang semakin panas, tetapi apabila penulis membawa seorang saudara baru dikalangan bangsa India berbincang dengan secara harmoni akhir nya persetujuan tercapai dimana pihak orang Islam dibenarkan menguruskan jenazah serta memandikan jenazah dirumah keluarga simati manakala keluarga simati berpeluang bersama menguruskan jenazah, setelah selesai urusan sembahyang cara adat kaum india, barulah jenazah diserahkan kepada orang Islam dan dibawa ke perkuburan Orang Islam untuk diurusankan cara Islam. Disini peranan Jabatan Agama Islam amat penting, rekod pengislaman saudara baru lengkap dengan akuan sumpah dan repot Polis yang menyatakan masuk Islam atas kerelaan sendiri tanpa paksaan sesiapa bagi memgukuhkan hujah pihak orang Islam dalam perebutan jenazah sebegini. Kes 2, Perebutan jenazah saudara baru Sarawak dengan pihak Gereja, Jenazah telah diuruskan dan dikebumikan cara agama orang Kristian. Jenazah dikebumikan di perkuburan Kristian Masai hampir 3 bulan yang lepas. Pengurus Gereja dan keluarga simati yang belum Islam tidak memberi kerjasama dan melepaskan jenazah tersebut sehingga pihak kami mohon perintah Mahkamah setelah mengumpul segala dukumen pengislaman sebagai bukti , baru lah pihak Gereja dan keluarga simati memberi kerjasama untuk memberi izin menggali semula dan menguruskan jenazah cara Islam. Alhamdulillah, dengan kemaskini rekod pengislaman di Pejabat Agama Islam banyak kes-kes berkaitan pertelingkahan pengurusan jenazah ini telah ditanggani dengan baik dan diselesaikan secara harmoni. Harapan kita agar saudara baru memastikan pengislaman mereka diluar negeri Sarawak direkodkan dan mereka memaklumkan pengislaman mereka kepada keluarga mereka. MEMELUK ISLAM BUKAN MENUKAR BANGSA Memeluk agama Islam tidak bermakna seseorang itu telah menukar keturunan atau bangsanya. Justeru apabila seorang muslim masih mengekalkan identiti keturunan atau bangsanya, ia harus dihormati dan dipuji. Misalnya seseorang berketurunan cina masih boleh mengekalkan pemakaian pakaian tradisinya seperti cheongsam dan samfu. Dia juga boleh bersama-sama meraikan tahun baru Cina dengan batas-batas yang ditentukan syariat. Begitu juga kaum Dayak juga berhak berpakaian tradisional masing-masing asal menjaga batas-batas aurat dan tidak berlebih-lebihan berhias menurut syarak. Kaum iban misalnya mempunyai tradisi pakaian tradisional yang unik khususnya Ngepan Iban yang biasa dikenakan oleh anak-anak gadis. Set lengkap yang disertai oleh Sugu Tinggi, tali mulung Rawai, tumpa Bentuk, Buah Pauh, Gelang kaki/Gerunchung Buchai, Lampit Sementing Ringgit, Selampai dan Tango boleh diolah menepati kehendak syarak dengan sedikit kreativiti. Hasilnya anak-anak gadis mukmim tampil sopan, menutup aurat, unik dan bermaruah. Bagi mukmin lelaki agak sukar untuk sekadar bersirat (cawat)kosong, tetapi sedikit kreativiti dengan memakai seluar yang menutup aurat, tiada halangan untuk mukmin mengayakannya. Begitu juga bagi lelaki boleh memakai ‘baju Burung’ dan lain-lain aksesori asal tidak melupai diri seorang muslim yang ada batasan-batasan syariat yang perlu dipelihara. Begitu juga mereka bukan sahaja berhak menyambut sambutan Gawai Dayak, malah boleh mengadakan apa-apa aktiviti keraian sempena tahun baru bangsa Dayak yang sesuai dengan syariat Islam. Masalahnya terdapat segelintir masyarakat bukan Islam yang masih tidak memahami bahawa memeluk agama Islam bukan bermakna menukar bangsa atau keturunan. Mereka dengan angkuh menuduh orang memeluk Islam sebagai masuk Melayu, Sedangkan apabila Dakwah Melalui Gerakan Kebudayaan Perkembangan zaman yang demikian pesat menuntut dakwah islam terus memformulasi bentuknya yang tepat, Dakwah merupakan bagian yang esensial dalam kehidupan seorang muslim dimana esnsinya berada pada ajakan, dorongan, rangsangan serta bimbingan terhadap orang lain untuk menerima ajaran islam dengan penuh kesadaran. Secara sunatullah komunitas manusia etnis dan daerah memiliki kekhasan dalam budaya. Dalam melakukan dakwah islam, corak budaya yang dimiliki komunitas tertentu dapat dijadikan sebagai media dakwah. Sebagai sebuah gerakan suci yang bersifat universal dan fleksibel, dakwah senantiasa berkembang sesuai dengan ritme perkembangan zaman dan kebudayaan yang menyertainya. Karenanya, di satu sisi secara makro aktifitas dakwah harus berperan di kancah global, sekaligus mengendalikan dan mewarnainya, di sisi lain secara mikro ia juga harus tetap berpijak pada kepentingan-kepentingan lokal. Kedua sifat gerakan dakwah ini mesti berjalan secara sinergis dan kohesif untuk menghasilkan dakwah yang efektif dan efisien yang mampu memenuhi dua kepentingan sekaligus, yakni kepentingan lokal dan kepentingan global. Dalam kerangka pemikiran dakwah seperti inilah kemudian para pemikir dan pelaku dakwah melakukan perumusan berbagai model pengembangan dakwah melalui gerakan kebudayaan. Dakwah dapat juga dimaknai dengan upaya menciptakan kondisi yang kondusif. 7.0 PENUTUP: Firman Allah swt di dalam Al-Quran: “Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian kami menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenali. Sungguh yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa.” (Maksud Surah Al-Hujurat: 13) Tidak ada salah dan tidak ada kurangnya dilahirkan sebagai seorang berketurunan Dayak. Tidak juga ada kelebihannya lahir sebagai seorang berbangsa Arab atau bangsa kulit putih. Kerana yang dilihat disisi Allah adalah taqwa. Justeru marilah kita menjadi seorang muslim yang beriman dan bertaqwa. Itulah yang akan mengangkat bangsa dan keturunan ini mulia dan berjaya di dunia dan di akhirat. Kita yakin berkat usaha setiap lapis pemimpin dan seluruh masyarakat, impian untuk mengangkat kegemilangan tamadun Islam di bumi kenyalang yang bertuah ini dan bumi Malaysia ini amnya pasti akan tercapai.
SEJARAH PENUBUHAN PERSATUAN DAYAK MUSLIM Johor Bahru..... Pada tahun 1999 satu kajian dan penyelidikan telah dIlakukan oleh Hj. Mohammad Nick Abdullah berkaitan kemasukkan islam dikalangan saudara kita di Jabatan Agama Islam negeri Johor mengikut pecahan kaum, cina, india, Sabahan dan dayak Sarawak. Hasil penyelidikan tersebut didapati bangsa Dayak Sarawak berada ditempat tangga yang teratas mengatasi bangsa lain dengan purata Kemasukan islam antara 250 hingga 300 orang setahun dan ini bermakna  10 tahun akan datang dayak muslim di Johor mencecah ribuan orang yang kembali kepada Islam. Menyedari hakikat ini satu Usaha mengumpul kaum dayak dari Sabah dan Sarawak yg datang belajar ke kelas fardu ain giat dijalankan. Program pertama yang diadakan bagi menarik golongan ini ialah Sambutan Hari Gawai Dayak Saudara Kita anjuran BKKSK di Balai Masjid Abu Bakar Johor Bahru yang julung kali di adakan pada 28 Jun 1999 dan ia mendapat liputan dari Akbar Utusan Malaysia. Hampir 60 orang dayak muslim dari pelbagai bangsa dan suku kaum sekitar Johor Bahru hadir  pada majlis tersebut. Semenjak dari itu ilham untuk menubuhkan Persatuan Dayak Muslim bermula. Segala usaha mengumpul dan membimbing dayak muslim yang aktif dan profesional giat di jalankan yang diketuai oleh Hj Mohammad Nick selaku Pengerusi BKKSK. Beberapa aktiviti dan program ziarah ukhuwah dilakukan bagi mengesan saudara kita dayak muslim yang menetap di Johor Bahru. Mereka yg aktif diserap menjadi ajk Badan Kebajikan Kelas Saudara Kita (BKKSK) serta di bimbing dan dilatih menjadi kadir (pendakwah) Pada 15 Disember 2013 satu perjumpaan Dayak muslim seluruh Johor Bahru diadakan di Rumah Wakaf Darul Ukhuwah Johor Bahru bagi membincangkan penubuhan Persatuan Dayak Muslim Johor Bahru. Hampir 50 orang dayak muslim dari pelbagai etnik  suku bangsa  dayak Sarawak hadir. Dari perjumpaan tersebut 4 Jawatankuasa Tertinggi 10 Ajk telah dilantik yang mendapat persetujuan sebulat suara dari semua yang hadir. Pada 11 Mei 2014 Persatuan Dayak Muslim atau ringkasannya PDM Johor Bahru telah didaftarkan dengan R.O.S dan di luluskan dengan no. Pendaftaran PPM-005-01-11052014. Jawatankuasa Terrtinggi terdiri dari... 1. Pengerusi - Mohammad Nick 2. Timbalan Pengerusi - Razif Shah 3. Setiausaha - Amalina Cathrine 4. Bendahari  - Danish Sangkan 10 AJK 1. Naqiyuddin 2. Bony 3. Abdul Rahman 4. Raziman 5. Suzzana 6. Nurul Umairah 7. Reyza 8.Alif Jabat 9.Nur Fatin 10 Nur Atiqah Grang Pada 16 April 2016 Mesyuarat Agong PDM Johor Bahru berjaya di adakan di Hotel Raudhah Pandan Johor Bahru. Hampir 80 orang ahli yang hadir. Mesyuarat berjalan lancar dengan perlantikan Jawatan kuasa tertinggi dan Jawatan kerja yang akan menerajui PDM JB 2016 hingga 2018. Titik bermula dari situ maka tertubuhnya pula Persatuan Dayak Muslim Selangor pada 23 Februari 2017 yang diketuai oleh Sdr Mohammad Mirai Noha selaku Pengerusi PDM Selangor dan telah didaftarkan di R.O.S dengan no pendaftaran PPM-004-10-23022017 yang beralamat di No. 11 Jalan Puncak Saujana 5/2F Seksyen 5 Taman Puncak Saujana 45000 Kajang. Persatuan Dayak Muslim meluaskan lagi wilayah nya dengan tertubuhnya Persatuan Dayak Muslim Melaka (PDMM) pada 20 Mei 2017 yang diketuai oleh Puan Myia Zalkis bt Ayol selaku Pengerusi PDMM dan telah didaftarkan dan diluluskan oleh R.O.S. Pada 19 Jun 2017 dengan no. Pendaftaran PPM-007-04-19062017 yang beralamat di No. 26, Jalan BKP 9, Taman Bukit Katil Permai, 75450 Bukit Katil Melaka di ikuti Persatuan Dayak Muslim Negeri Sembilan. Pada 23 hb Disember 2017 ketika Seminar Kepimpinan Dayak Muslim Kebangsaan di adakan  di Hotel KINGS Melaka anjuran bersama PDM Melaka, PDM Johor Bahru, PDM Selangor dan PDM N.Sembilan, PERSATUAN DAYAK MUSLIM KEBANGSAAN atau ringkasan nya PDMK telah di tubuhkan. PDMK terlah didaftarkan secara online pada mlm 23 Disember 2017 dan telah diluluskan oleh R.O.S pada 15 Januari 2018 dengan no Pendaftaran PPM-004-04-15012018. Pertemuan tersebut telah bersetuju dengan sebulat suara melantik Tuan Hj. Norhaza Ahmad Redzuan menjadi Presiden PDMK seterus nya merangka jawatankuasa bagi penubuhan PDMK. Pusat pentadbiran PDMK induk yang beralamat di Lot 7039 Taman Serira, Lorong 2A, Jalan Menggeris Putra Jaya, 93050 Kuching Sarawak. Satu jawatan kuasa telah di lantik bagi merangka undang- undang tubuh, plan statejik PDMK serta hala tuju persatuan. Antara pemimpin awal PDMK yang dilantik merajui PDMK 2018-2019 PENASIHAT UMUM Ustaz Hj Fadullah Abdullah PENASIHAT SYARIAH Y.A Tuan Abdul Karim bin Hj Mohd Nuli AJK TERTINGGI Presiden - Hj Norhaza Ahmad Redzuan T/Presiden - Mohammad Nick Setiausaha - Nur Latifah Ajong P/S.Usaha -  Nur Aisyah Syuhada Bendahari - Ustz Hj Chathazman Ajk 1) Muhammad Mirai Noha 2) Myia Yuzrina Zalkis 3) Abdul Hadi Abdullah Dengan tertubuhnya PDMK ini telah membuka mata pihak atasan serta pihak yang berkenaan peranan PDMK sebagai sebuah organisasi dakwah yang dinamik dan pembela kaum Dayak Muslim di Malaysia serta menyebarkan syiar Islam di kalangan bangsa dayak di seluruh Malaysia khusus nya Sarawak dan Sabah.

Wednesday, June 15, 2016

UNIT SELAM WILAYAH 2

PERINTAH TETAP KPM OPERASI PENGELIDAHAN BAWAH AIR DAN LATIHAN BULANAN PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH SELATAN 1. RUJUKAN : A. British Standard – BR 2806 B. SSI Diving Manual C. Perintah Tetap Selam Pasukan Polis Marin 2. PENDAHULUAN : Pasukan unit selam Polis Marin selatan telah ditubuhkan pada awal 80an. Pada peringkat awal, pada tahun 1996 Sekolah Latihan Marin Wilayah Selatan mula merekrut dan melatih anggota dalam latihan asas penyelam ( Open Water Diver ). Daripada latihan yang dijalankan seramai 15 anggota pasukan Polis Marin Wilayah Selatan telah berjaya dalam kursus yang dijalankan. Anggota ini telah diserapkan ke unit kapalronda-kapalronda Polis Marin Wilayah Selatan. Pada awal 2000 pejabat lama kawalan selat telah diubahsuai dan dijadikan pejabat unit Selam Pasukan Polis Marin wilayah selatan. Unit Selam telah dihidupkan semula apabila menerima peralatan penyelam (fullset) yang baru sebanyak 12 set serta 2 buah Air Compressor dan mula beroperasi semula dengan keanggotaan 1 C/Insp, 1 Sarjan, 1 Kpl dan 5 konst dan telah dipertanggungjawabkan untuk menjalankan tugas-tugas yang melibatkan menyelaman. Antara tugas-tugas yang dijalankan ialah :- 1.) Pengelidahan pemeriksaan bawah air kapalronda/botronda yang dalam rondaan atau bersedia di pengkalan bagi tujuan;- a) Memperbaiki kerosakan/kebocoran b) Memotong/membersih jaring/tali yang terbelit pada propeller c) Membersih/mengikis teritip pada underwater hull, sharp dan propeller 2) Mencari/mengesan barang kes seperti senjata api, pisau/parang, kompenen kenderaan curi, bahan letupan dan sebagainya. 3) Mencari dan menyelamat mangsa lemas/karam dilaut 4) Kawalan keselamatan sukan laut dan tugas mengiring/eskot VIP melawat pulau. 5) Bantuan/Latihan bersama agensi-agensi marintim lain 6) Lain-lain tugas yang diarahkan 3. TUJUAN: Tujuan Perintah Tetap ini dikeluarkan adalah untuk memberi garis panduan kepada pegawai dan anggota selam bagi menentukan operasi yang dijalankan dengan betul dan berperaturan dari segi keselamatan nyawa, peralatan dan harta benda kerajaan. 4 OBJEKTIF : 4.1 Dapat memberi garipanduan kepada Pegawai serta anggota tatacara pengendalian operasi/tugas bawah air. 4.2 Melancarkan operasi/tugas pengeledahan bawah air serta mengurangkan risiko kemalangan bagi penyelam-penyelam. 4.3 Mengujudkan pasukan/unit selam yang sentiasa bersedia dalam menjalankan tugas-tugas yang diarahkan pada bila-bila masa dan bersikap bertanggungjawab dan berdisplin di dalam menjalankan tugas. 5 PERATURAN KESELAMATAN : 5.1 Sewaktu mengendalikan operasi selam peraturan-peraturan berikut hendaklah dipatuhi sepenuhnya:- 5.1.1 Peraturan Am 5.1.1.1 Kekuatan anggota penyelam dalam menjalankan setiap operasi selaman pada satu-satu masa memerlukan 1 Pegawai Kanan (Inspektor) selaku Pegawai Penyelia Selam, 1 Penolong Penyelia (Sarjan), 2 Pembantu Penyelam (Kpl) 6 Penyelam dan sekurang-kurangnya 1 peg. kanan berpangkat Insp, 1 Sjn dan 4 orang Apr 5.1.1.2 Patuh kepada setiap arahan Pegawai Penyelia Selam semasa operasi dijalankan 5.1.1.3 Jangan cuai dan leka semasa operasi dijalankan 5.1.1.4 Sebelum menjalankan tugas atau operasi selam hendaklah membuat pemeriksaan kepada alat-alat menyelam untuk memastikan peralatan dalam keadaan baik dan selamat digunakan 5.1.1.5 Pegawai penyelia selam perlu mendapatkan maklumat mengenai persekitaran kawasan selam sebelum memulakan operasi selaman. 5.1.1.6 Pegawai penyelia bertanggungjawab memberhentikan operasi sekiranya sesuatu keadaan yang boleh membahayakan kepada keselamatan penyelam berpandukan pengamatan tentang;- 5.1.1.6.1) Keadaan cuaca, arus, laut/sungai dan persekitaran 5.1.1.6.2) Ancaman oleh hidupan laut yang membahayakan di kawasan selaman 5.2 Keselamatan Set balang penyelam ( Diving Tank Set ) 5.2.1 Injap utama dibuka sepenuhnya dan separuh putaran kebelakang 5.2.2 Tuil kecemasan telah diuji oleh penyelam 5.2.3 Alat Pengurang Injap, Injap Peminta dan Injap Sekala Pelega beroperasi dengan memuaskan setiap masa 5.2.4 Tekanan balang (tank) adalah bergantung kepada saiz balang tersebut (Maksimum 3.000 psi) 5.3 Penyelam mestilah memakai alat-alat selam seperti berikut 5.3.1 Diving wetsuit 5.3.2 Diving Tank 5.3.3 Regulator ( Depth Gauge, Pressure Gauge, Compass) 5.3.4 Face Mask 5.3.5 Fins 5.3.6 Glove 5.3.7 Diving Knife 5.3.8 Weight Belt 5.3.9 Diving Watch 5.3.10 Booties 5.3.11 Bouyancy Compansator divice (B.C.D) 5.4 Persiapan dan pemeriksaan sebelum menyelam 5.4.1 Tindakan oleh penyelam 5.4.1.1 Tentukan memakai tali penyelamat (lifeline) dahulu sebelum alat-alat lain 5.4.1.2 Ujian Pernafasan dilakukan dengan memicit “Purge Button” 5.4.1.3 Pastikan Face mask tidak koyak atau ketat sangat. 5.4.2 Tindakan oleh Pembantu Penyelam 5.4.2.1 Tugas Pembantu Penyelam adalah sangat mustahak dan penting serta merupakan penghubung diantara penyelam dengan Pengawai Penyelia Selam 5.4.2.1.1 Pembantu Penyelam mestilah memerhatikan ujian ini dilakukan dan memastikan yang tuil kecemasan berada di kedudukan asal 5.4.2.1.2 Apabila penyelam telah siap memakai alat menyelam Pembantu mestilah menjalankan pemeriksaan sebelum membuat laporan kepada Pegawai Penyelia Selam 5.4.2.1.3 Pembantu bertugas membantu penyelam untuk menyediakan peralatan, memakai kelengkapan, membuat laporan semasa menyelam kepada Penyelia. 5.4.2.1.4 Pembantu juga akan memastikan hujung tali lifeline atau tali keselamatan benar-benar selamat samaada diikat ditempat yang kuat atau pada pelampong keselamatan 5.4.2.1.5 Dari mula waktu penyelam memasuki air sehinggalah ia naik semula kepermukaan air pembantu mestilah menumpukan perhatian terhadap tugasnya tanpa lalai. 5.4.2.1.6 Pembantu Penyelam dari masa ke semasa hendaklah menghantar isyarat bagi memastikan penyelam 5.4.2.1.7 Setiap isyarat dibuat dan diterima melalui pembantu. Sekiranya ada tanda bahawa penyelam didalam kesulitan hendaklah segera laporkan kepada Penyelia Selam untuk tindakan lanjut. 5.5 Memasuki air 5.5.1 Penyelam mestilah memegang pelitup muka (face mask) dengan sebelah tangan sementara sebelah tangan lagi memegang dibawah balang penyelam (tank). Kedua-dua kaki hendaklah disilangkan. 5.5.2 Penyelam akan kekal dipermukaan untuk beberapa saat untuk menguji kebocoran. Pembantu hendaklah membantu penyelam 5.5.3 Pembantu hendaklah melaporkan kepada Peg. Penyelia sekiranya ada kebocoran atau tidak. 5.5.4 Pembantu akan mengarahkan penyelam untuk meninggalkan permukaan setelah mendapat arahan daripada Peg. Penyelia Selam. 5.5.5 Apabila penyelam sampai ke dasar, penyelam hendaklah memberi isyarat ke Pembantu Penyelam mengatakan sudah sampai kedasar. 5.5.6 Setelah selesai tugas, beri isyarat sebelum meninggalkan dasar dan penyelam hendaklah menunggu isyarat dari Pembantu untuk naik. 5.5.7 Penyelam akan naik mengikut tali shot manakala Pembantu Penyelam menarik tali lifeline. 5.5.8 Penyelam hendaklah naik ke permukaan mengikut kadar 1 meter setiap 3 saat. 5.5.9 Penyelam hendaklah melaporkan ia dalam keadaan baik dan Pembantu Penyelam hendaklah membantu penyelam naik keatas bot. 6. MENGENDALI OPERASI SELAMAN 6.1 Perlaksanaan operasi selam boleh dijalankan oleh 1 Pegawai Kanan (Inspektor) selaku Pegawai Penyelia Selam, 1 Penolong Penyelia Berpangkat Sarjan, 2 Pembantu Penyelam (Kpl) 4 Penyelam. 6.1.1 Pegawai Penyelia Selam 6.1.1.1 Mengkoordinasikan tugas dan penyediaan operasi menyelam, taklimat dan arahan yang berkaitan 6.1.1.2 Merekodkan semua aktiviti selaman di dalam Buku Log Selam dengan betul 6.1.1.3 Menentukan semua anggota penyelam berada didalam keadaan tahap kesihatan fizikal yang tinggi 6.1.1.4 Mahir dengan Panduan Menyelam BR 2806 ( Diving Manual) dan arahan- arahan yang melibatkan menyelam 6.1.1.5 Sentiasa memaklumkan kepada Pegawai Pemerintah sebelum operasi menyelam dilaksanakan 6.1.2 Pegawai Penyelia Selam tidak perlu menyelam semasa menyelia operasi dan hendaklah sentiasa berada dikawasan operasi dijalankan. Tugas-tugas penyeliaan semasa operasi selam dijalankan adalah :- 6.1.2.1 Menentukan keselamatan semua anggota 6.1.2.2 Mempunyai sekurang-kurangnya 2 pembantu dan 2 penyelam bersedia sepertimana dibenarkan oleh Artikel 2303 BR 2806 hadir ditempat tugas atau operasi sepanjang masa. 6.1.2.3 Setiap selaman dibawah penyeliaannya hendaklah direkodkan dengan tepat. 6.1.2.4 Mahir sepenuhnya mengenai kehendak dan keperluan tugas /operasi menyelam dan arahan khas yang melibatkan pelaksanaannya serta bertanggungjawab untuk mengikuti dengan rapi arahan-arahan menyelam. 6.1.2.5 Menentukan sekurang-kurangnya 2 biji thunder flash dibawa bersama semasa operasi selam bagi kegunaan untuk isyarat memanggil penyelam naik ke permukaan ketika kecemasan sebagaimana dijelaskan didalam Artikel 3402 BR 2806. 6.1.3 Sekiranya tiada Pegawai Penyelia Selam anggota Pangkat Rendah sekurang-kurangnya berpangkat Sarjan Mejar atau Sarjan yang diiktiraf boleh mengendalikan operasi menyelam seperti dijelaskan oleh Artikel 2311 didalam BR 2806 6.1.4 Seorang Pegawai berpangkat Inspektor yang bukan penyelam boleh mengawasi operasi pada ketiadaan Pegawai penyelia Selam. Pengecualian ini terkandung didalam Artikel 2314 BR 2806 ( Penyeliaan oleh Penyelia yang tidak memiliki sijil menyelam) Seorang penyelam ‘In Date Diver’ diperlukan sebagai penasihat dan beliau tidak dibenarkan memasuki air. Syarat-syarat berikut hendaklah dipatuhi ;- 6.1.4.1 Kedalaman tidak melebihi 36 meter 6.1.4.2 Sebelum mengawasi operasi selam beliau dikehendaki membaca dengan teliti semua undang-undang keselamatan yang berkaitan didalam Artikel 2314 BR 2806 6.1.4.3 Semasa operasi dijalankan “Standbye Diver “(Penyelam Bersedia) dikehendaki bersedia lengkap dengan peralatan keselamatan dan lain-lain yang bersesuaian untuk memberi bantuan sekiranya berlaku sebarang kemalangan atau kecemasan.