1432 Tahun yang berlalu Rasullullah S.A.W mengigatkan kita...

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasullullah S.A.W telah bersabda: Akan tiba suatu zaman dimana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah DINAR (emas) dan DIRHAM (perak)untuk digunakan.....Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Jual Beli Simpan Emas merupakan suatu aktiviti yang mampu meningkatkan kekayaan yang kita miliki.Saya adalah DEALER Public Gold JOHOR BAHRU . Jika anda ingin membeli atau menjual emas Public Gold. Sila hubungi saya, HJ. MOHAMMAD NICK :019-7244777 @ eMail : mohdnick.gmail.com MEMBANTU DAN MENYIMPAN NILAI ESET KEKAYAAN SEBENAR…. SIMPANLAH EMAS..


Sunday, October 10, 2021

SEJARAH PENUBUHAN PERSATUAN DAYAK MUSLIM Johor Bahru..... Pada tahun 1999 satu kajian dan penyelidikan telah dIlakukan oleh Hj. Mohammad Nick Abdullah berkaitan kemasukkan islam dikalangan saudara kita di Jabatan Agama Islam negeri Johor mengikut pecahan kaum, cina, india, Sabahan dan dayak Sarawak. Hasil penyelidikan tersebut didapati bangsa Dayak Sarawak berada ditempat tangga yang teratas mengatasi bangsa lain dengan purata Kemasukan islam antara 250 hingga 300 orang setahun dan ini bermakna  10 tahun akan datang dayak muslim di Johor mencecah ribuan orang yang kembali kepada Islam. Menyedari hakikat ini satu Usaha mengumpul kaum dayak dari Sabah dan Sarawak yg datang belajar ke kelas fardu ain giat dijalankan. Program pertama yang diadakan bagi menarik golongan ini ialah Sambutan Hari Gawai Dayak Saudara Kita anjuran BKKSK di Balai Masjid Abu Bakar Johor Bahru yang julung kali di adakan pada 28 Jun 1999 dan ia mendapat liputan dari Akbar Utusan Malaysia. Hampir 60 orang dayak muslim dari pelbagai bangsa dan suku kaum sekitar Johor Bahru hadir  pada majlis tersebut. Semenjak dari itu ilham untuk menubuhkan Persatuan Dayak Muslim bermula. Segala usaha mengumpul dan membimbing dayak muslim yang aktif dan profesional giat di jalankan yang diketuai oleh Hj Mohammad Nick selaku Pengerusi BKKSK. Beberapa aktiviti dan program ziarah ukhuwah dilakukan bagi mengesan saudara kita dayak muslim yang menetap di Johor Bahru. Mereka yg aktif diserap menjadi ajk Badan Kebajikan Kelas Saudara Kita (BKKSK) serta di bimbing dan dilatih menjadi kadir (pendakwah) Pada 15 Disember 2013 satu perjumpaan Dayak muslim seluruh Johor Bahru diadakan di Rumah Wakaf Darul Ukhuwah Johor Bahru bagi membincangkan penubuhan Persatuan Dayak Muslim Johor Bahru. Hampir 50 orang dayak muslim dari pelbagai etnik  suku bangsa  dayak Sarawak hadir. Dari perjumpaan tersebut 4 Jawatankuasa Tertinggi 10 Ajk telah dilantik yang mendapat persetujuan sebulat suara dari semua yang hadir. Pada 11 Mei 2014 Persatuan Dayak Muslim atau ringkasannya PDM Johor Bahru telah didaftarkan dengan R.O.S dan di luluskan dengan no. Pendaftaran PPM-005-01-11052014. Jawatankuasa Terrtinggi terdiri dari... 1. Pengerusi - Mohammad Nick 2. Timbalan Pengerusi - Razif Shah 3. Setiausaha - Amalina Cathrine 4. Bendahari  - Danish Sangkan 10 AJK 1. Naqiyuddin 2. Bony 3. Abdul Rahman 4. Raziman 5. Suzzana 6. Nurul Umairah 7. Reyza 8.Alif Jabat 9.Nur Fatin 10 Nur Atiqah Grang Pada 16 April 2016 Mesyuarat Agong PDM Johor Bahru berjaya di adakan di Hotel Raudhah Pandan Johor Bahru. Hampir 80 orang ahli yang hadir. Mesyuarat berjalan lancar dengan perlantikan Jawatan kuasa tertinggi dan Jawatan kerja yang akan menerajui PDM JB 2016 hingga 2018. Titik bermula dari situ maka tertubuhnya pula Persatuan Dayak Muslim Selangor pada 23 Februari 2017 yang diketuai oleh Sdr Mohammad Mirai Noha selaku Pengerusi PDM Selangor dan telah didaftarkan di R.O.S dengan no pendaftaran PPM-004-10-23022017 yang beralamat di No. 11 Jalan Puncak Saujana 5/2F Seksyen 5 Taman Puncak Saujana 45000 Kajang. Persatuan Dayak Muslim meluaskan lagi wilayah nya dengan tertubuhnya Persatuan Dayak Muslim Melaka (PDMM) pada 20 Mei 2017 yang diketuai oleh Puan Myia Zalkis bt Ayol selaku Pengerusi PDMM dan telah didaftarkan dan diluluskan oleh R.O.S. Pada 19 Jun 2017 dengan no. Pendaftaran PPM-007-04-19062017 yang beralamat di No. 26, Jalan BKP 9, Taman Bukit Katil Permai, 75450 Bukit Katil Melaka di ikuti Persatuan Dayak Muslim Negeri Sembilan. Pada 23 hb Disember 2017 ketika Seminar Kepimpinan Dayak Muslim Kebangsaan di adakan  di Hotel KINGS Melaka anjuran bersama PDM Melaka, PDM Johor Bahru, PDM Selangor dan PDM N.Sembilan, PERSATUAN DAYAK MUSLIM KEBANGSAAN atau ringkasan nya PDMK telah di tubuhkan. PDMK terlah didaftarkan secara online pada mlm 23 Disember 2017 dan telah diluluskan oleh R.O.S pada 15 Januari 2018 dengan no Pendaftaran PPM-004-04-15012018. Pertemuan tersebut telah bersetuju dengan sebulat suara melantik Tuan Hj. Norhaza Ahmad Redzuan menjadi Presiden PDMK seterus nya merangka jawatankuasa bagi penubuhan PDMK. Pusat pentadbiran PDMK induk yang beralamat di Lot 7039 Taman Serira, Lorong 2A, Jalan Menggeris Putra Jaya, 93050 Kuching Sarawak. Satu jawatan kuasa telah di lantik bagi merangka undang- undang tubuh, plan statejik PDMK serta hala tuju persatuan. Antara pemimpin awal PDMK yang dilantik merajui PDMK 2018-2019 PENASIHAT UMUM Ustaz Hj Fadullah Abdullah PENASIHAT SYARIAH Y.A Tuan Abdul Karim bin Hj Mohd Nuli AJK TERTINGGI Presiden - Hj Norhaza Ahmad Redzuan T/Presiden - Mohammad Nick Setiausaha - Nur Latifah Ajong P/S.Usaha -  Nur Aisyah Syuhada Bendahari - Ustz Hj Chathazman Ajk 1) Muhammad Mirai Noha 2) Myia Yuzrina Zalkis 3) Abdul Hadi Abdullah Dengan tertubuhnya PDMK ini telah membuka mata pihak atasan serta pihak yang berkenaan peranan PDMK sebagai sebuah organisasi dakwah yang dinamik dan pembela kaum Dayak Muslim di Malaysia serta menyebarkan syiar Islam di kalangan bangsa dayak di seluruh Malaysia khusus nya Sarawak dan Sabah.

Wednesday, June 15, 2016

UNIT SELAM WILAYAH 2

PERINTAH TETAP KPM OPERASI PENGELIDAHAN BAWAH AIR DAN LATIHAN BULANAN PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH SELATAN 1. RUJUKAN : A. British Standard – BR 2806 B. SSI Diving Manual C. Perintah Tetap Selam Pasukan Polis Marin 2. PENDAHULUAN : Pasukan unit selam Polis Marin selatan telah ditubuhkan pada awal 80an. Pada peringkat awal, pada tahun 1996 Sekolah Latihan Marin Wilayah Selatan mula merekrut dan melatih anggota dalam latihan asas penyelam ( Open Water Diver ). Daripada latihan yang dijalankan seramai 15 anggota pasukan Polis Marin Wilayah Selatan telah berjaya dalam kursus yang dijalankan. Anggota ini telah diserapkan ke unit kapalronda-kapalronda Polis Marin Wilayah Selatan. Pada awal 2000 pejabat lama kawalan selat telah diubahsuai dan dijadikan pejabat unit Selam Pasukan Polis Marin wilayah selatan. Unit Selam telah dihidupkan semula apabila menerima peralatan penyelam (fullset) yang baru sebanyak 12 set serta 2 buah Air Compressor dan mula beroperasi semula dengan keanggotaan 1 C/Insp, 1 Sarjan, 1 Kpl dan 5 konst dan telah dipertanggungjawabkan untuk menjalankan tugas-tugas yang melibatkan menyelaman. Antara tugas-tugas yang dijalankan ialah :- 1.) Pengelidahan pemeriksaan bawah air kapalronda/botronda yang dalam rondaan atau bersedia di pengkalan bagi tujuan;- a) Memperbaiki kerosakan/kebocoran b) Memotong/membersih jaring/tali yang terbelit pada propeller c) Membersih/mengikis teritip pada underwater hull, sharp dan propeller 2) Mencari/mengesan barang kes seperti senjata api, pisau/parang, kompenen kenderaan curi, bahan letupan dan sebagainya. 3) Mencari dan menyelamat mangsa lemas/karam dilaut 4) Kawalan keselamatan sukan laut dan tugas mengiring/eskot VIP melawat pulau. 5) Bantuan/Latihan bersama agensi-agensi marintim lain 6) Lain-lain tugas yang diarahkan 3. TUJUAN: Tujuan Perintah Tetap ini dikeluarkan adalah untuk memberi garis panduan kepada pegawai dan anggota selam bagi menentukan operasi yang dijalankan dengan betul dan berperaturan dari segi keselamatan nyawa, peralatan dan harta benda kerajaan. 4 OBJEKTIF : 4.1 Dapat memberi garipanduan kepada Pegawai serta anggota tatacara pengendalian operasi/tugas bawah air. 4.2 Melancarkan operasi/tugas pengeledahan bawah air serta mengurangkan risiko kemalangan bagi penyelam-penyelam. 4.3 Mengujudkan pasukan/unit selam yang sentiasa bersedia dalam menjalankan tugas-tugas yang diarahkan pada bila-bila masa dan bersikap bertanggungjawab dan berdisplin di dalam menjalankan tugas. 5 PERATURAN KESELAMATAN : 5.1 Sewaktu mengendalikan operasi selam peraturan-peraturan berikut hendaklah dipatuhi sepenuhnya:- 5.1.1 Peraturan Am 5.1.1.1 Kekuatan anggota penyelam dalam menjalankan setiap operasi selaman pada satu-satu masa memerlukan 1 Pegawai Kanan (Inspektor) selaku Pegawai Penyelia Selam, 1 Penolong Penyelia (Sarjan), 2 Pembantu Penyelam (Kpl) 6 Penyelam dan sekurang-kurangnya 1 peg. kanan berpangkat Insp, 1 Sjn dan 4 orang Apr 5.1.1.2 Patuh kepada setiap arahan Pegawai Penyelia Selam semasa operasi dijalankan 5.1.1.3 Jangan cuai dan leka semasa operasi dijalankan 5.1.1.4 Sebelum menjalankan tugas atau operasi selam hendaklah membuat pemeriksaan kepada alat-alat menyelam untuk memastikan peralatan dalam keadaan baik dan selamat digunakan 5.1.1.5 Pegawai penyelia selam perlu mendapatkan maklumat mengenai persekitaran kawasan selam sebelum memulakan operasi selaman. 5.1.1.6 Pegawai penyelia bertanggungjawab memberhentikan operasi sekiranya sesuatu keadaan yang boleh membahayakan kepada keselamatan penyelam berpandukan pengamatan tentang;- 5.1.1.6.1) Keadaan cuaca, arus, laut/sungai dan persekitaran 5.1.1.6.2) Ancaman oleh hidupan laut yang membahayakan di kawasan selaman 5.2 Keselamatan Set balang penyelam ( Diving Tank Set ) 5.2.1 Injap utama dibuka sepenuhnya dan separuh putaran kebelakang 5.2.2 Tuil kecemasan telah diuji oleh penyelam 5.2.3 Alat Pengurang Injap, Injap Peminta dan Injap Sekala Pelega beroperasi dengan memuaskan setiap masa 5.2.4 Tekanan balang (tank) adalah bergantung kepada saiz balang tersebut (Maksimum 3.000 psi) 5.3 Penyelam mestilah memakai alat-alat selam seperti berikut 5.3.1 Diving wetsuit 5.3.2 Diving Tank 5.3.3 Regulator ( Depth Gauge, Pressure Gauge, Compass) 5.3.4 Face Mask 5.3.5 Fins 5.3.6 Glove 5.3.7 Diving Knife 5.3.8 Weight Belt 5.3.9 Diving Watch 5.3.10 Booties 5.3.11 Bouyancy Compansator divice (B.C.D) 5.4 Persiapan dan pemeriksaan sebelum menyelam 5.4.1 Tindakan oleh penyelam 5.4.1.1 Tentukan memakai tali penyelamat (lifeline) dahulu sebelum alat-alat lain 5.4.1.2 Ujian Pernafasan dilakukan dengan memicit “Purge Button” 5.4.1.3 Pastikan Face mask tidak koyak atau ketat sangat. 5.4.2 Tindakan oleh Pembantu Penyelam 5.4.2.1 Tugas Pembantu Penyelam adalah sangat mustahak dan penting serta merupakan penghubung diantara penyelam dengan Pengawai Penyelia Selam 5.4.2.1.1 Pembantu Penyelam mestilah memerhatikan ujian ini dilakukan dan memastikan yang tuil kecemasan berada di kedudukan asal 5.4.2.1.2 Apabila penyelam telah siap memakai alat menyelam Pembantu mestilah menjalankan pemeriksaan sebelum membuat laporan kepada Pegawai Penyelia Selam 5.4.2.1.3 Pembantu bertugas membantu penyelam untuk menyediakan peralatan, memakai kelengkapan, membuat laporan semasa menyelam kepada Penyelia. 5.4.2.1.4 Pembantu juga akan memastikan hujung tali lifeline atau tali keselamatan benar-benar selamat samaada diikat ditempat yang kuat atau pada pelampong keselamatan 5.4.2.1.5 Dari mula waktu penyelam memasuki air sehinggalah ia naik semula kepermukaan air pembantu mestilah menumpukan perhatian terhadap tugasnya tanpa lalai. 5.4.2.1.6 Pembantu Penyelam dari masa ke semasa hendaklah menghantar isyarat bagi memastikan penyelam 5.4.2.1.7 Setiap isyarat dibuat dan diterima melalui pembantu. Sekiranya ada tanda bahawa penyelam didalam kesulitan hendaklah segera laporkan kepada Penyelia Selam untuk tindakan lanjut. 5.5 Memasuki air 5.5.1 Penyelam mestilah memegang pelitup muka (face mask) dengan sebelah tangan sementara sebelah tangan lagi memegang dibawah balang penyelam (tank). Kedua-dua kaki hendaklah disilangkan. 5.5.2 Penyelam akan kekal dipermukaan untuk beberapa saat untuk menguji kebocoran. Pembantu hendaklah membantu penyelam 5.5.3 Pembantu hendaklah melaporkan kepada Peg. Penyelia sekiranya ada kebocoran atau tidak. 5.5.4 Pembantu akan mengarahkan penyelam untuk meninggalkan permukaan setelah mendapat arahan daripada Peg. Penyelia Selam. 5.5.5 Apabila penyelam sampai ke dasar, penyelam hendaklah memberi isyarat ke Pembantu Penyelam mengatakan sudah sampai kedasar. 5.5.6 Setelah selesai tugas, beri isyarat sebelum meninggalkan dasar dan penyelam hendaklah menunggu isyarat dari Pembantu untuk naik. 5.5.7 Penyelam akan naik mengikut tali shot manakala Pembantu Penyelam menarik tali lifeline. 5.5.8 Penyelam hendaklah naik ke permukaan mengikut kadar 1 meter setiap 3 saat. 5.5.9 Penyelam hendaklah melaporkan ia dalam keadaan baik dan Pembantu Penyelam hendaklah membantu penyelam naik keatas bot. 6. MENGENDALI OPERASI SELAMAN 6.1 Perlaksanaan operasi selam boleh dijalankan oleh 1 Pegawai Kanan (Inspektor) selaku Pegawai Penyelia Selam, 1 Penolong Penyelia Berpangkat Sarjan, 2 Pembantu Penyelam (Kpl) 4 Penyelam. 6.1.1 Pegawai Penyelia Selam 6.1.1.1 Mengkoordinasikan tugas dan penyediaan operasi menyelam, taklimat dan arahan yang berkaitan 6.1.1.2 Merekodkan semua aktiviti selaman di dalam Buku Log Selam dengan betul 6.1.1.3 Menentukan semua anggota penyelam berada didalam keadaan tahap kesihatan fizikal yang tinggi 6.1.1.4 Mahir dengan Panduan Menyelam BR 2806 ( Diving Manual) dan arahan- arahan yang melibatkan menyelam 6.1.1.5 Sentiasa memaklumkan kepada Pegawai Pemerintah sebelum operasi menyelam dilaksanakan 6.1.2 Pegawai Penyelia Selam tidak perlu menyelam semasa menyelia operasi dan hendaklah sentiasa berada dikawasan operasi dijalankan. Tugas-tugas penyeliaan semasa operasi selam dijalankan adalah :- 6.1.2.1 Menentukan keselamatan semua anggota 6.1.2.2 Mempunyai sekurang-kurangnya 2 pembantu dan 2 penyelam bersedia sepertimana dibenarkan oleh Artikel 2303 BR 2806 hadir ditempat tugas atau operasi sepanjang masa. 6.1.2.3 Setiap selaman dibawah penyeliaannya hendaklah direkodkan dengan tepat. 6.1.2.4 Mahir sepenuhnya mengenai kehendak dan keperluan tugas /operasi menyelam dan arahan khas yang melibatkan pelaksanaannya serta bertanggungjawab untuk mengikuti dengan rapi arahan-arahan menyelam. 6.1.2.5 Menentukan sekurang-kurangnya 2 biji thunder flash dibawa bersama semasa operasi selam bagi kegunaan untuk isyarat memanggil penyelam naik ke permukaan ketika kecemasan sebagaimana dijelaskan didalam Artikel 3402 BR 2806. 6.1.3 Sekiranya tiada Pegawai Penyelia Selam anggota Pangkat Rendah sekurang-kurangnya berpangkat Sarjan Mejar atau Sarjan yang diiktiraf boleh mengendalikan operasi menyelam seperti dijelaskan oleh Artikel 2311 didalam BR 2806 6.1.4 Seorang Pegawai berpangkat Inspektor yang bukan penyelam boleh mengawasi operasi pada ketiadaan Pegawai penyelia Selam. Pengecualian ini terkandung didalam Artikel 2314 BR 2806 ( Penyeliaan oleh Penyelia yang tidak memiliki sijil menyelam) Seorang penyelam ‘In Date Diver’ diperlukan sebagai penasihat dan beliau tidak dibenarkan memasuki air. Syarat-syarat berikut hendaklah dipatuhi ;- 6.1.4.1 Kedalaman tidak melebihi 36 meter 6.1.4.2 Sebelum mengawasi operasi selam beliau dikehendaki membaca dengan teliti semua undang-undang keselamatan yang berkaitan didalam Artikel 2314 BR 2806 6.1.4.3 Semasa operasi dijalankan “Standbye Diver “(Penyelam Bersedia) dikehendaki bersedia lengkap dengan peralatan keselamatan dan lain-lain yang bersesuaian untuk memberi bantuan sekiranya berlaku sebarang kemalangan atau kecemasan.

Friday, December 23, 2011

PULANGAN PELABURAN EMAS DAN PERAK


Pulangan dari pelaburan Emas dan Perak adalah berdasarkan dari Kenaikan Nilainya (Capital Gain), dan kenaikan dalam tempoh tahunan diambil kira bagi memudahkan penilaian prestasi pulangannya. Purata kenaikan harga Emas adalah sekitar 25% – 35% setiap tahun, dan dalam tempoh 10 tahun bermula pada tahun 2001 sehingga kini kenaikannya telah mencecah hampir 500%. Bermakna, jika anda membeli Emas sebanyak RM10,000.00 pada tahun 2001 dan menjualnya pada hari ini, anda akan mendapat pulangan tunai sebanyak RM50,000.00 Manakala pulangan dari kenaikan harga semasa Silver pula, ianya adalah 2 – 3 kali ganda lebih tinggi berbanding kenaikan semasa harga Emas disebabkan permintaan ke atas Silver adalah berkali ganda lebih tinggi berbanding permintaan ke atas Emas. Hampir kesemua permintaan ke atas Silver adalah bertujuan untuk menampung permintaan daripada Industri Global yang mana ianya merupakan bahan utama bagi pembuatan peralatan Elektronik, tambahan pula tiada lagi lombong Silver yang ditemui ketika ini, lalu menjadikan sumber penawaran yang sedia ada hanyalah dari sumber yang di kitar semula.Fenomena ini menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan diantara Penawaran dan Permintaan dan menyokong kepada ledakan harga semasa dalam pasaran. Berbanding Emas, 90% permintaan ke atasnya adalah untuk pembuatan Barang Kemas (Jewellery) dan ini menyokong kepada kestabilan harganya, manakala hanya 10% sahaja yang digunakan untuk tujuan pelaburan yang terlibat dengan spekulasi turun naik harga di pasaran semasa Antarabangsa.Dari tahun 2001 sehingga kini, kenaikan harga Silver telah mencecah sehingga 1200% dengan kenaikan purata tahunan sekitar 50% – 80%. Bermakna, jika anda membeli Silver sebanyak RM10,000.00 pada tahun 2001 dan menjualnya pada hari ini, anda akan mendapat pulangan tunai sebanyak RM 1.2 Juta.
RISIKO PELABURAN
Emas dan Perak adalah dikategorikan sebagai Aset, sama seperti Tanah, Rumah dll,dan sebaik sahaja anda membeli sejumlah Emas dan Perak untuk tujuan pelaburan, bermakna anda telah membuat pelaburan dalam bentuk Aset. Sifat Aset adalah sesuatu yang sumber penawarannya amat terhad manakala permintaan keatasnya pula amat tinggi dan sentiasa meningkat dari masa ke semasa. Ketidakseimbangan ini menjadikan Nilai / Harganya akan terus menerus meningkat dari masa ke semasa tanpa perlu bimbang kewujudan risiko yang berkemungkinan menjadikan harganya Jatuh mendadak sehingga menjadikannya Tidak Bernilai.Ianya amat berbeza dalam pelaburan berbentuk Saham ataupun pelaburan ke atas perniagaan di mana harga Saham boleh Naik dan Turun sehingga menjadikannya langsung tidak bernilai pada bila-bila masa sahaja, dan juga pelaburan ke atas perniagaan dimana ianya lebih terdedah kepada faktor Untung dan Rugi yang disebabkan oleh faktor semasa pasaran, peningkatan kos operasi yang melampau dan pelbagai lagi faktor2 yang terlibat.Justeru, pelaburan ke atas Aset adalah satu bentuk pelaburan yang Unggul dengan faktor risiko kerugian yang amat minima, menjadikan nisbah Keuntungannya lebih besar berbanding nisbah Kerugiannya.


Beli Emas waktu Anda Ada Duit Sekarang, Jangan Tunggu Harga Rendah
Jika anda hanya merancang untuk membeli emas pada ketika harga emas rendah sahaja,
kemungkinan besar, anda tidak akan membelinya sampai bila-bila. Waktu yang terbaik untuk membeli emas, adalah sewaktu anda mempunyai duit!, bukannya sewaktu harga emas sedang murah!, sebabnya, anda tidak akan tahu bilakah waktunya harga emas sedang benarbenar murah. Dan emas, sudah pastinya tidak akan jadi murah.. sebab.. ianya EMAS! (bukannya besi!). Semurah manapun emas, ia tetap “mahal” di pandangan masyarakat. Jadi, tidak perlu risau, jika anda ada duit, dan duit itu cukup untuk membeli emas pada waktu itu. Beli sahaja! Tak perlu nak tunggu sampai harga emas jadi murah .. baru nak beli! Sebab ia takkan berlaku. Tambahan pula jika anda membeli emas sekarang (jika harga tinggi) nilai gadaian yang akan anda dapat juga tinggi..“Tetapi bagaimana kalau selepas saya beli! Harga emas jatuh?!”
Oh!.. itu mudah sahaja!.. Beli lagi! Dan teknik ini, dipanggail “pemurataan harga”, dengan kaedah ini, anda akan dapat merendahkan kadar purata kos anda membeli emas. Sebagai contoh, Anda telah membeli seketul emas 20gm, sewaktu ianya berharga RM3200, sebulan selepas itu, tiba-tiba harga emas tersebut turun menjadi RM2800. Anda pun membelinya satu lagi. Kini secara puratanya, kos anda untuk memiliki 2 ketul emas 20gm ialah (3200+2800 / 2) =RM3,000. Kini, anda hanya perlu tunggu harga emas itu naik semula melebihi RM3000 untuk membolehkan pelaburan anda untung semula. Berbeza kalau anda tidak membeli emas lagi, maknanya, anda perlu tunggu emas naik semula melebihi RM3200 untuk memastikan pelaburan anda terhadap seketul emas itu menguntungkan.Disebabkan itu jugalah, anda tidak digalakkan membeli kesemua wang tunai anda kepada emas sekaligus, beli sedikit dahulu, kemudian tunggu, lihat pergerakkan harga emas tersebut, turun atau naik.. hanya selepas anda membeli buat pertama kali, barulah anda dapat lihat dengan jelas maksud “tinggi” atau “rendah” harga emas itu pada satu-satu waktu, kerana kini, anda sudahpun mempunyai “benchmark” (tanda pengukur) anda sendiri, iaitu harga emas sewaktu anda membelinya pada kali yang pertama. Selagi anda tidak membeli emas buat kali pertama, anda tidak akan tahu bilakah harga emas itu “rendah” atau “tinggi” , sebab anda tidak ada “satu harga” benchmark untuk anda bandingkan. Jadi, beli sikit-sikit dahulu, malahan ada sesetengah penjual emas yang mengalakkan anda membeli 1 dinar 1 bulan. Cukup 12 bulan, sudah ada 12 dinar.. “Bagaimana pula jika pada waktu harga emas jatuh itu, saya sudah tidak ada duit untuk membeli emas lagi?” Ada 2 pilihan disini!.. Pertama, anda boleh pajak emas yang anda sedia ada itu, kemudian, wang hasil pajakan itu anda gunakan untuk beli emas lagi! Kos upah simpan adalah 0.75% sebulan, bersamaan dengan 9% setahun (lebih kurang interest pinjaman bank). Untuk memastikan teknik ini berjaya, anda perlu pastikan, harga emas yang baru anda beli itu meningkat lebih dari 15% dalam masa setahun ( untuk cover semula kos 9% upah pajak + 6% spread emas). Jika tidak, anda mungkin akan sedikit rugi. Dan ya! Teknik ini hanya boleh dilakukan jika emas tersebut ada di tangan anda! Emas yg dibeli secara “buku akaun simpanan”, tidak boleh melakukan teknik ini.Pilihan Kedua, rileks saja(COOL) jangan takut emas akan naik kerana peningkatan manusia dan penggunaan emas dalam elektronik dan sebagainya akan meningkatkan permintaan emas seterusnya akan meningkat harga emas. Insyallah harga emas akan naik semula dalam masa 1-2 bulan kemudian. Itu adalah perkara normal, harga emas memang akan sentiasa turun dan naik, tetapi dalam jangka masa panjang, ianya pasti akan meningkat. Jadi, jangan terlalu gabra / cemas setiap kali melihat harga emas turun. Itu adalah perkara normal.

Jangan “saja-saja” pajak emas anda!
Ya! Walaupun emas anda boleh dipajak, tetapi, anda janganlah secara “suka-suka sebab takde kerja” memajak emas anda. Memajak emas, sebenarnya, membawa erti/maksud “anda membuat pinjaman”. Jadi, nak buat apa anda mahu buat pinjaman jika tiada apa-apa sebab! Tak pasal-pasal membazir duit bayar kadar faedah / upah simpan.Jika anda ingin pajak emas anda, pastikan anda mempunyai tujuan yang khusus dan kukuh,antara tujuan yang saya fikir sesuai untuk anda memajakkan emas anda, adalah :
1. Ingin mendapatkan modal permulaan/pusingan perniagaan anda
2. Ingin membeli lebih banyak emas
3. Memang sebab terdesak nak pakai duit sebab nak bayar hutang, kereta rosak atau hal-hal kecemasan yang lain.
Itulah sahaja 3 sebab yang saya rasa sesuai untuk anda memajakkan emas anda. Sebab sebab lain seperti,nak pakai duit sebab nak beli handphone baru, nak beli TV besar dan lain lain perkara didalam kategori liabiliti, adalah tidak digalakkan.

KESIMPULANItulah antara beberapa tips tentang pelaburan emas yang utama,betul, sebenarnya dan selamat. Jika anda ingin membeli dan melabur di dalam emas, belilah emas fizikal, dan belilah apabila anda sudah cukup duit! Tak perlu nak tunggu harga terendah baru mahu beli, kemungkinan besar anda tidak akan menjumpai waktu itu dan akhirnya semakin kurang mampu untuk membeli emas. Sebenarnya rugi jika membiarkan sahaja wang tunai itu terperap di dalam bank. Nilainya akan menjadi semakin susut akibat inflasi. Dan akhir sekali, apabila sudah memiliki emas, jangan terlalu mudah menjualnya atau secara suka-suka memajaknya. Pastikan anda mempunyai tujuan yang kukuh jika anda mahu menjual atau memajaknya.

Wednesday, November 2, 2011

APA YANG MEMPENGARUHI HARGA EMAS SEMASA


Faktor utama yang mempengaruhi harga emas sedunia ialah jumlah permintaan terhadap emas dan jumlah penawaran emas di dalam pasaran. Sekarang mari kita lihat dari mana datangnya permintaan terhadap emas.
Permintaan pasaran terhadap emas terbahagi kepada 5 bahagian iaitu:
1. Untuk kegunaan industri
2. Untuk kegunaan pelaburan
3. Permintaan daripada bank-bank negara sebagai rizab negara
4. Permintaan untuk kegunaan sebagai barang kemas
5. Lain-lain kegunaan
Penawaran emas di dalam pasaran pula datangnya daripada:
1. Lombong emas di seluruh dunia
2. Penjualan rizab emas oleh bank pusat
3. Emas terpakai yang digunakan semula
Jadi, perbezaan diantara penawaran dan permintaan emas inilah yang akan menentukan turun-naiknya harga emas di dalam pasaran dunia. Di pasaran inilah aktiviti belian dan jualan emas secara besar-besaran berlaku. Dengan kata lain setiap masa akan ada pasaran emas yang akan dibuka dan ditutup. Inilah yang menyebabkan kita dapat lihat pergerakan harga emas setiap minit dan saat di kitco.com
Bagaimana harga emas harian dibuka?
Harga emas dibuka dan ditetapkan di pasaran London oleh 5 anggota Pasaran Emas London (London Gold Market). Mereka terdiri daripada penjual emas dan bank tertua, paling berpengaruh dan terbesar dunia iaitu: Barclays Capital, Societe General, HSBC Bank, Scotia Mocatta dan Deutsche Bank. Mereka berlima akan menetapkan harga emas sebanyak 2 kali sehari iaitu A.M fix ( 10.30 pagi waktu London) dan P.M fix (selepas lunch).5 anggota ini akan menilai maklumat permintaan dan penawaran emas pada hari tersebut dan akan menetapkan harga pada hari tersebut. Jika maklumat menunjukkan permintaan melebihi jualan, maka harga emas akan ditetapkan lebih tinggi. Jika permintaan kurang berbanding penawaran, maka harga emas akan diturunkan.

PELABURAN EMAS


Mengapa Pelaburan Emas?Pelaburan emas merupakan satu pelaburan yang sedang hangat di perkatakan sekarang. Emas telah menjadi pilihan rakyat Malaysia pada masa ini. Selain dari menyimpan dalam bentuk jongkong emas ada juga yang menyimpan di dalam akaun simpanan emas yang ditawarkan oleh istitusi perbankkan seperti Maybank.
Soalan yang sering di tanya ialah mengapa pelaburan emas? di sini jawapannya secara asas:
1. Emas adalah pelaburan jangka masa sederhana dan panjang. Ia memang akan menguntungkan pelabur tetapi perlu diketahui tempoh masa yang perlu dibuat bagi pelaburan ini. Kesabaran penting kerana ia melibatkan proses menunggu harga emas naik dan turun.
2. Sifat harga emas adalah turun naik tetapi di dalam jangka masa panjang harganya akan bergerak naik.
3. Pelaburan emas tidak menjamin pendapatan tetap setiap bulan. Jika anda mahu menjana pendapatan setiap bulan maka pelaburan emas bukanlah jawapannya. Jawapannya ialah perniagaan emas. Banyak syarikat yang menawarkan perniagaan jongkong dan dinar emas di antaranya ialah Public Gold, selain itu bank-bank besar juga ada menyediakan pelaburan dalam bentuk jongkong emas seperti Maybank, Kuwait Finance House, OUB Bank dan banyak lagi
4. Pelaburan emas yang sebenar bukanlah dengan cara menyertai skim-skim pelaburan emas yang menawarkan pulangan lumayan. Ini kerana risiko adalah tinggi. Sudah banyak syarikat yang menawarkan pelaburan emas telah bungkus dan ramai yang telah kerugian besar. Pelaburan emas yang sebenar ialah pembelian emas secara fizikal iaitu beli emas dapat emas.
5. Semakin banyak ilmu yang anda perolehi maka menjana pendapatan dengan emas akan menjadi lebih mudah. Justeru anda perlu rajin membaca dan bertanya. Jika anda menghadapi masalah anda boleh menghubungi konsultan-konsultan pelaburan emas yang boleh membantu anda.
Terdapat beberapa teknik-teknik yang di amalkan oleh pelabur-pelabur emas dalam menjana keuntungan dengan emas. Antaranya ialah
1. Beli emas fizikal dan pegang selama yang mungkin sebagai aset.
2. Beli emas fizikal ketika harga rendah dan jual apabila harga tinggi
3. Buat pinjaman semaksimum mungkin dan beli emas fizikal.
4. Membuat keuntungan dengan emas fizikal (menggunakan teknik pajak)
5. Melabur sambil berniaga emas adalah perkara yang paling ” HEBAT “.
6. Jual idea menggunakan emas.

Friday, September 2, 2011


7 Perkara Penting Anda PERLU TAHU Mengenai Emas.
Hari ini anda akan mengetahui 7 sebab belakang tabir yang mengawal harga emas.Tahukah anda bahawa emas merupakan konduktor elektrik yang amat baik? Amat baik sehinggakan ianya menjadi pilihan pertama untuk syarikat untuk membawa tenaga elektrik kecil dan tidak berkarat (tembaga, walaupun baik, akan berkarat).Sejumlah emas yang kecil digunakan dalam setiap alat elektronik yang sofistikated.Termasuklah telefon bimbit anda, kalkulator, Personal Digital Assistant (PDA), Global Positioning System (GPS), dan pelbagai alat elektrik yang kecil lain. Dengan kata lain...
Lebih banyak teknologi ditemui, lebih banyak kegunaan emas!
Lebih banyak kegunaan emas, lagi banyak orang beli emas. Dan apa akan jadi? Harga emas akan naik gila-gila lagi. Dan ini HANYALAH salah satu sebab pertama mengapa anda perlu beli emas hari ini juga (sebelum harga secara tiba-tiba naik). Di bawah, anda akan melihat 7 lagi sebab mengapa anda perlu beli emas sekarang juga.

Harga emas telah meningkat sebanyak EMPAT
KALI GANDA semenjak tahun 2000, tapi ini
hanyalah permulaan kepada peningkatan MELAMPAU emas.

7 KUASA BESAR akan menolak emas sehingga mencapai harga $1,900
Kita biasa mendengar inflasi meningkatkan harga emas. Apabila inflasi meningkat, pelabur akan terburu-buru membeli emas. Tapi di negara kita inflasi berada pada kadar 2.0% sejak Oktober 2010. Tetapi emas tetap meningkat. Kenapa? Sejak berada pada tahap terendah pada 2001, harga emas telah meningkat hampir 300% dan dua kali mendekati harga $1000. Apabila kerajaan mengumumkan mini bajet pada tahun 2009, ramai berpusu-pusu membeli emas. Mereka percaya emas boleh membantu mereka apabila harga-harga barang melambung naik kerana emas secara umumnya stabil harga dan hampir pasti meningkat.Tapi itu hanyalah salah satu sebab kenapa harga emas meningkat. Harga emas meningkat mendadak adalah atas sebab-sebab lain.Dengan China mengawal 97% daripada pasaran besi bumi (rare earth metals), permintaan akan melepasi penawaran tidak lama lagi. Syarikat perlombongan berlumba-lumba membuka lombong besi bumi.
- Early to Rise Investor's Edition

Sebab Emas #1:
Pengeluaran Emas Tahunan Berkurang Pengeluaran emas telah menurun sebanyak 9.1% sejak tahun 2001.Memikirkan harga emas telah meningkat empat ganda semenjak itu, kenapa emas tidak lebih banyak dihasilkan? Jawapannya mudah. Sumber semakin kurang dan kualiti semakin menurun. Dan apabila penemuan emas berlaku, ianya mengambil 7-10 tahun untuk mendapatkan lesen untuk menggali - menyebabkan kesukaran untuk meningkatkan pengeluaran emas secepat mungkin.


Seperti yang anda lihat di atas, kemuncak pengeluaran emas berlaku pada tahun 2001, dan kemudiannya menurun sedikit demi sedikit...
China dikatakan akan kehabisan emas pada tahun 2014 dan apabila itu berlaku... harga emas akan panik dan naik mendadak!

Sebab Emas #2:
Emas Makin Susah Dicari!
Semakin sedikit penemuan emas dibuat setiap tahun. Dan penemuan yang dibuat biasanya di kawasan pendalaman dan dengan keadaan geopolitik yang kurang menarik. Memikirkan risiko untuk membuka apa-apa lombong emas adalah besar, syarikat perlombongan kurang berminat untuk melombong di kawasan yang merbahaya dari segi geografi dan politik.
Penting: Kos untuk mencari emas ialah $243 setiap oz... ini menyebabkan syarikat-syarikat perlombongan terpaksa fikir 6 kali kalau mereka mahu mencari emas. Jika mereka gagal mencari gali emas, duit tersebut akan hilang begitu sahaja tanpa mereka mendapat apa-apa! Apabila emas makin susah dicari... emas yang ada sekarang semakin bernilai... dan sesiapa yang memegangnya sekarang... boleh mendapat untung yang amat besar selepas ini...

Sebab Emas #3:
Permintaan Pelaburan Untuk Emas
Institusi pelaburan besar, seperti dana pencen (seperti KWSP) dan lain-lain membuat peruntukan yang besar untuk emas dan saham emas. Pelabur persendirian juga membeli emas, dengan beberapa dana memegang melebihi 1,000 tan emas. Dana-dana ini membantu pemilikan emas kepada orang ramai. Pada 6 bulan pertama 2009, permintaan pelaburan untuk emas meningkat sebanyak 150% berbanding 6 bulan pertama 2008, menurut World Gold Council.Dalam ayat World Gold Council sendiri...
Global gold consumption for 2010 will be higher than 2009 as a result of increasing levels of demand in India and China, and sustained global demand for gold investment, together with growth in jewellery and industrial demand.
Dengan kegagalan wang kertas untuk mengatasi masalah ekonomi, dunia pelaburan mula membuka mata dan melihat emas sebagai alternatif terbaik. Mereka mahukan emas --- dan mahukannya cepat! Apabila lebih banyak negara semakin baik keadaan ekonominya... semakin banyak negara ingin melabur ke dalam emas!

Sebab Emas #4:
Bank Pusat Sibuk Membeli Emas!
Central Bank Gold Agreement yang ditandatangani pada tahun 2001 baru sahaja diperbaharui untuk 5 tahun lagi, mengehadkan jumlah emas yang boleh dibeli oleh bank pusat Eropah - termasuk IMF - sebanyak 400 tan sahaja.Ini bermakna walaupun kerajaan mahu menjual emas mereka, mereka tidak boleh! Ini menyebabkan penawaran emas semakin sedikit dalam pasaran. Amerika Syarikat, pemegang emas terbesar dunia, pun sedang memegang emas mereka.Beberapa kerajaan melakukan tindakan lebih drastik: contohnya, menteri kewangan Venezuala sekarang memerlukan 70% daripada emas yang dihasilkan dijual dalam negeri sahaja. Pada masa yang sama, Rusia, Ecuador, Mexico, dan Filipina sibuk membeli emas (mereka tidak mahu perkara buruk seperti krisis kewangan Asia 1998 berlaku kepada mereka!). Dan China baru sahaja meningkatkan simpanan emasnya sebanyak 76%.Ini mungkin signal terbaik untuk membeli emas sekarang juga...

Sebab Emas #5:
Gesaan Untuk Mata Wang Berasaskan Emas
Pelabur di seluruh dunia mula hilang kepercayaan kepada kerajaan mereka kerana kegagalan dalam menguruskan krisis ekonomi dan kewangan dan menyeru penggunaan mata wang berasaskan emas - macam U.S dollar ada sebelum tahun 1970. Zimbabwe pun, setahun lalu mengalami hyperinflasi sebanyak 231 juta peratus setahun, juga sedang menimbangkan untuk memperkenalkan Zimbabwe dollar, tapi kali ini dilindungi aset, termasuk emas. Untuk menjadikan objektif mereka kenyataan, negara tersebut perlu membeli emas cukup banyk untuk menyokong mata wang mereka --- meletakkan tekanan yang ekstrim kepada penawaran emas.Malaysia yang sedang sibuk mahu menggunakan dinar emas sebagai mata wang alternatif. Dinar emas mampu mengatasi masalah penyangak mata wang yang berleluasa di setiap pasaran saham. Ini membolehkan masalah seperti krisis kewangan Asia 1997 untuk tidak berlaku lagi.Dengan kata lain - emas bakal menjadi "wang baru" untuk kebanyakan negara --- terutama sekali negara-negara Islam.

Sebab Emas #6:
Permintaan Emas Hangat Di Asia
Dengan 2.5 bilion orang di Asia, apa yang Asia buat akan memberi kesan kepada dunia. Termasuk pelaburan. Dari dahulu, orang Asia gemar mengumpul emas sebagai cara mengumpul harta. Ianya juga salah satu sebab mengapa harga emas meningkat. India sendiri merupakan konsumer emas terbesar dunia. Manakala sejak 50 tahun lepas, sehingga 2009, kerajaan China telah mengharamkan rakyatnya daripada memiliki emas.
Tapi sekarang... China sedang menggalakkan rakyatnya membeli perak...secara automatik menarik perhatian rakyat mereka kepada emas. Sekarang, pelabur China mempunyai akses kepada akaun dengan aset emas. Kesannya, permintaan emas di Tanah Besar China dijangka meningkat tiga kali ganda dalam masa beberapa tahun lagi.
Apakah kesan permintaan meningkat tiga kali ganda kepada harga emas?
Harga emas akan meningkat lagi.

Sebab Emas #7:
Emas Di Dalam Secular Bull Market
Harga emas sentiasa meningkat sejak tahun 2001. Ini merupakan signal bahawa kita berada dalam secular bull market untuk emas. Keadaan ini biasanya berlanjutan selama 17 tahun dan ianya akan diakhiri dengan mania stage di mana pelabur akan membuang konsep permintaan dan penawaran dan membeli emas gila-gila. Saya dan rakan-rakan saya telah melihat corak yang sama berulang dalam beratus tahun sejarah pelaburan apabila kita melihat harga mendadak naik dalam harga emas.Pasaran emas amat kecil berbanding pasaran wang, bon dan pasaran stok, jadi apabila pelabur mula mengumpul emas, anda akan harga memecut ke atas, membuatkan teknologi "bubble" (pada tahun 1998-2000) dan housing "bubble" (2007-2010) nampak kecil berbanding "bubble" emas yang akan berlaku.Jadi jika harga emas masih lagi belum meningkat mendadak, apa yang anda boleh buat ialah mendapatkan emas sebanyak mana yang anda boleh sekarang kerana harga selalunya akan meningkat setiap minggu. Pada tahun lepas, 2010, harga emas telah meningkat 20.9%. Manakala ASB hanya meningkat 7.5% sahaja. Ini menunjukkan emas memberi pulangan sekurang-kurangnya 4 kali ganda berbanding Amanah Saham Berhad.




Thursday, August 18, 2011

KENAPA PERLU PILIH EMAS SEBAGAI PELABURAN ?


Assalammualaikum,

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang mengapa kita perlu jadikan EMAS dan PERAK sebagai satu komoditi kita bagi melindungi nilai eset kekayaan kita dan sebagai satu kerjaya sampingan yang lumayan bagi mendapat duit tambahan. Kesedaran ini penting bagi membantu ekonomi kita khusus nya umat Islam agar ekonomi kita stabil dan menjadi salah seorang penyumbang ekonomi Islam sebagai pembayar zakat.

1. Emas merupakan satu komoditi yang disukai oleh semua orang sejak dari zaman dahulu lagi. Jadi anda tidak perlu memaksa orang untuk membeli emas kerana minat orang ramai terhadap emas sudah ada dari dulu lagi.

2. Emas dan perak adalah komoditi atau produk yang tidak susut nilai. Jika kita lihat pada masa sekarang, semua benda boleh dikatakan susut nilai mengikut masa contohnya kereta tetapi Emas dan Perak meningkat dari masa ke semasa. Oleh itu saya tidak perlu risau jika saya tidak dapat menjual stok Emas & perak saya, kerana saya masih memperolehi keuntungan dari stok Emas& Perak tersebut di sebabkan harga Emas meningkat hampir 20% setiap tahun dan Perak meningkat hampir 100% setahun !!

3. Jika saya ingin menggunakan wang pada waktu kecemasan, saya hanya perlu pajakkan Emas saya di Ar-rahnu untuk mendapatkan wang tetapi bagaimana jika anda menjual produk-produk lain. Adakah anda rasa boleh mencari pelanggan pada waktu kecemasan untuk membeli produk anda??

4. Perniagaan Public Gold adalah berbeza sama sekali dengan perniagaan lain kerana apabila anda sudah menjadi Dealer, anda tidak perlu bersusah payah mencari orang untuk mendapat komisen dan maintain status Dealer kerana komisen dibayar berdasarkan jualan Emas anda, anda juga tidak didesak untuk mencapai sebarang target bagi maintain status Dealer anda kerana Public Gold tidak akan melucutkan status Dealer anda.


KELEBIHAN EMAS KELUARAN PUBLIC GOLD
(JONGKONG 99.9, DINAR 916 ATAU EMAS PERHIASANAN 916)


1. Emas PG adalah emas yang betul-betul tulen dan disahkan oleh assayer bebas yang bertauliah oleh Bank Negara Malaysia
2. Mempunyai sijil ketulenan emas yang disertakan semasa pembelian emas dan disahkan oleh assayer yang bertauliah.
3. Mudah diperolehi dan stok sentiasa ada setiap masa Boleh tempah dan beli emas 24 jam sehari dan 7 kali seminggu serta di mana-mana sahaja dalam pelbagai item yang ditawarkan.
4. Harga emas PG jauh lebih rendah daripada harga-harga emas lain di Malaysia
5. Syarikat pengeluar emas pertama di Malaysia yang mendapat pengiktirafan The Malaysia Book of Record.
6. Mendapat kebenaran khas oleh Bank Negara Malaysia.
7. PG membeli balik semua jenis emas PG menggunakan harga WE BUY.
8. PG membeli balik semua jenis emas PG sama ada kemek, bengkok, calar dan sebagainya selagi tidak hilang nilai timbangan emas tersebut tidak seperti jongkong emas yang ditawarkan institusi lain atau kedai emas terkemuka yang tidak menerima balik jika kemek, bengkok, calar atau telah dibuka plastic pembalutnya, kalau terima pun akan ditolak 30 % hingga 35% harga nilai.
9. PG membeli balik semua jenis emas PG yang telah kehilangan Certificate of Authenticity.
10. Perbezaan harga belian emas dan harga jualan emas yang paling rendah di Malaysia.
11. Boleh pegang/memiliki/simpan sendiri emas fizikal (bukan SKIM CEPAT JATUH MISKIN atau sewaktu dengan nya)
12. Cantik dan boleh dijadikan hadiah dan barangan hantaran perkahwinan.
13. PG mempunyai reputasi yang terbaik di Malaysia.
14. PG banyak memenangi anugerah.
15. Emas PG mempunyai pembeli dan peminat paling ramai di Malaysia sebab ramai agen atau dealer yang boleh menawarkan harga “kawan-kawan” atau harga “we buy”.
16. Serta banyak lagi kelebihan yang ditawarkan sekiranya tuan-tuan menjadi dealer atau agen Public Gold, hari-hari duit masyuuukkkk...