1432 Tahun yang berlalu Rasullullah S.A.W mengigatkan kita...

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasullullah S.A.W telah bersabda: Akan tiba suatu zaman dimana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah DINAR (emas) dan DIRHAM (perak)untuk digunakan.....Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Jual Beli Simpan Emas merupakan suatu aktiviti yang mampu meningkatkan kekayaan yang kita miliki.Saya adalah DEALER Public Gold JOHOR BAHRU . Jika anda ingin membeli atau menjual emas Public Gold. Sila hubungi saya, HJ. MOHAMMAD NICK :019-7244777 @ eMail : mohdnick.gmail.com MEMBANTU DAN MENYIMPAN NILAI ESET KEKAYAAN SEBENAR…. SIMPANLAH EMAS..


Wednesday, November 2, 2011

APA YANG MEMPENGARUHI HARGA EMAS SEMASA


Faktor utama yang mempengaruhi harga emas sedunia ialah jumlah permintaan terhadap emas dan jumlah penawaran emas di dalam pasaran. Sekarang mari kita lihat dari mana datangnya permintaan terhadap emas.
Permintaan pasaran terhadap emas terbahagi kepada 5 bahagian iaitu:
1. Untuk kegunaan industri
2. Untuk kegunaan pelaburan
3. Permintaan daripada bank-bank negara sebagai rizab negara
4. Permintaan untuk kegunaan sebagai barang kemas
5. Lain-lain kegunaan
Penawaran emas di dalam pasaran pula datangnya daripada:
1. Lombong emas di seluruh dunia
2. Penjualan rizab emas oleh bank pusat
3. Emas terpakai yang digunakan semula
Jadi, perbezaan diantara penawaran dan permintaan emas inilah yang akan menentukan turun-naiknya harga emas di dalam pasaran dunia. Di pasaran inilah aktiviti belian dan jualan emas secara besar-besaran berlaku. Dengan kata lain setiap masa akan ada pasaran emas yang akan dibuka dan ditutup. Inilah yang menyebabkan kita dapat lihat pergerakan harga emas setiap minit dan saat di kitco.com
Bagaimana harga emas harian dibuka?
Harga emas dibuka dan ditetapkan di pasaran London oleh 5 anggota Pasaran Emas London (London Gold Market). Mereka terdiri daripada penjual emas dan bank tertua, paling berpengaruh dan terbesar dunia iaitu: Barclays Capital, Societe General, HSBC Bank, Scotia Mocatta dan Deutsche Bank. Mereka berlima akan menetapkan harga emas sebanyak 2 kali sehari iaitu A.M fix ( 10.30 pagi waktu London) dan P.M fix (selepas lunch).5 anggota ini akan menilai maklumat permintaan dan penawaran emas pada hari tersebut dan akan menetapkan harga pada hari tersebut. Jika maklumat menunjukkan permintaan melebihi jualan, maka harga emas akan ditetapkan lebih tinggi. Jika permintaan kurang berbanding penawaran, maka harga emas akan diturunkan.

PELABURAN EMAS


Mengapa Pelaburan Emas?Pelaburan emas merupakan satu pelaburan yang sedang hangat di perkatakan sekarang. Emas telah menjadi pilihan rakyat Malaysia pada masa ini. Selain dari menyimpan dalam bentuk jongkong emas ada juga yang menyimpan di dalam akaun simpanan emas yang ditawarkan oleh istitusi perbankkan seperti Maybank.
Soalan yang sering di tanya ialah mengapa pelaburan emas? di sini jawapannya secara asas:
1. Emas adalah pelaburan jangka masa sederhana dan panjang. Ia memang akan menguntungkan pelabur tetapi perlu diketahui tempoh masa yang perlu dibuat bagi pelaburan ini. Kesabaran penting kerana ia melibatkan proses menunggu harga emas naik dan turun.
2. Sifat harga emas adalah turun naik tetapi di dalam jangka masa panjang harganya akan bergerak naik.
3. Pelaburan emas tidak menjamin pendapatan tetap setiap bulan. Jika anda mahu menjana pendapatan setiap bulan maka pelaburan emas bukanlah jawapannya. Jawapannya ialah perniagaan emas. Banyak syarikat yang menawarkan perniagaan jongkong dan dinar emas di antaranya ialah Public Gold, selain itu bank-bank besar juga ada menyediakan pelaburan dalam bentuk jongkong emas seperti Maybank, Kuwait Finance House, OUB Bank dan banyak lagi
4. Pelaburan emas yang sebenar bukanlah dengan cara menyertai skim-skim pelaburan emas yang menawarkan pulangan lumayan. Ini kerana risiko adalah tinggi. Sudah banyak syarikat yang menawarkan pelaburan emas telah bungkus dan ramai yang telah kerugian besar. Pelaburan emas yang sebenar ialah pembelian emas secara fizikal iaitu beli emas dapat emas.
5. Semakin banyak ilmu yang anda perolehi maka menjana pendapatan dengan emas akan menjadi lebih mudah. Justeru anda perlu rajin membaca dan bertanya. Jika anda menghadapi masalah anda boleh menghubungi konsultan-konsultan pelaburan emas yang boleh membantu anda.
Terdapat beberapa teknik-teknik yang di amalkan oleh pelabur-pelabur emas dalam menjana keuntungan dengan emas. Antaranya ialah
1. Beli emas fizikal dan pegang selama yang mungkin sebagai aset.
2. Beli emas fizikal ketika harga rendah dan jual apabila harga tinggi
3. Buat pinjaman semaksimum mungkin dan beli emas fizikal.
4. Membuat keuntungan dengan emas fizikal (menggunakan teknik pajak)
5. Melabur sambil berniaga emas adalah perkara yang paling ” HEBAT “.
6. Jual idea menggunakan emas.