1432 Tahun yang berlalu Rasullullah S.A.W mengigatkan kita...

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasullullah S.A.W telah bersabda: Akan tiba suatu zaman dimana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah DINAR (emas) dan DIRHAM (perak)untuk digunakan.....Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Jual Beli Simpan Emas merupakan suatu aktiviti yang mampu meningkatkan kekayaan yang kita miliki.Saya adalah DEALER Public Gold JOHOR BAHRU . Jika anda ingin membeli atau menjual emas Public Gold. Sila hubungi saya, HJ. MOHAMMAD NICK :019-7244777 @ eMail : mohdnick.gmail.com MEMBANTU DAN MENYIMPAN NILAI ESET KEKAYAAN SEBENAR…. SIMPANLAH EMAS..


Friday, December 23, 2011

PULANGAN PELABURAN EMAS DAN PERAK


Pulangan dari pelaburan Emas dan Perak adalah berdasarkan dari Kenaikan Nilainya (Capital Gain), dan kenaikan dalam tempoh tahunan diambil kira bagi memudahkan penilaian prestasi pulangannya. Purata kenaikan harga Emas adalah sekitar 25% – 35% setiap tahun, dan dalam tempoh 10 tahun bermula pada tahun 2001 sehingga kini kenaikannya telah mencecah hampir 500%. Bermakna, jika anda membeli Emas sebanyak RM10,000.00 pada tahun 2001 dan menjualnya pada hari ini, anda akan mendapat pulangan tunai sebanyak RM50,000.00 Manakala pulangan dari kenaikan harga semasa Silver pula, ianya adalah 2 – 3 kali ganda lebih tinggi berbanding kenaikan semasa harga Emas disebabkan permintaan ke atas Silver adalah berkali ganda lebih tinggi berbanding permintaan ke atas Emas. Hampir kesemua permintaan ke atas Silver adalah bertujuan untuk menampung permintaan daripada Industri Global yang mana ianya merupakan bahan utama bagi pembuatan peralatan Elektronik, tambahan pula tiada lagi lombong Silver yang ditemui ketika ini, lalu menjadikan sumber penawaran yang sedia ada hanyalah dari sumber yang di kitar semula.Fenomena ini menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan diantara Penawaran dan Permintaan dan menyokong kepada ledakan harga semasa dalam pasaran. Berbanding Emas, 90% permintaan ke atasnya adalah untuk pembuatan Barang Kemas (Jewellery) dan ini menyokong kepada kestabilan harganya, manakala hanya 10% sahaja yang digunakan untuk tujuan pelaburan yang terlibat dengan spekulasi turun naik harga di pasaran semasa Antarabangsa.Dari tahun 2001 sehingga kini, kenaikan harga Silver telah mencecah sehingga 1200% dengan kenaikan purata tahunan sekitar 50% – 80%. Bermakna, jika anda membeli Silver sebanyak RM10,000.00 pada tahun 2001 dan menjualnya pada hari ini, anda akan mendapat pulangan tunai sebanyak RM 1.2 Juta.
RISIKO PELABURAN
Emas dan Perak adalah dikategorikan sebagai Aset, sama seperti Tanah, Rumah dll,dan sebaik sahaja anda membeli sejumlah Emas dan Perak untuk tujuan pelaburan, bermakna anda telah membuat pelaburan dalam bentuk Aset. Sifat Aset adalah sesuatu yang sumber penawarannya amat terhad manakala permintaan keatasnya pula amat tinggi dan sentiasa meningkat dari masa ke semasa. Ketidakseimbangan ini menjadikan Nilai / Harganya akan terus menerus meningkat dari masa ke semasa tanpa perlu bimbang kewujudan risiko yang berkemungkinan menjadikan harganya Jatuh mendadak sehingga menjadikannya Tidak Bernilai.Ianya amat berbeza dalam pelaburan berbentuk Saham ataupun pelaburan ke atas perniagaan di mana harga Saham boleh Naik dan Turun sehingga menjadikannya langsung tidak bernilai pada bila-bila masa sahaja, dan juga pelaburan ke atas perniagaan dimana ianya lebih terdedah kepada faktor Untung dan Rugi yang disebabkan oleh faktor semasa pasaran, peningkatan kos operasi yang melampau dan pelbagai lagi faktor2 yang terlibat.Justeru, pelaburan ke atas Aset adalah satu bentuk pelaburan yang Unggul dengan faktor risiko kerugian yang amat minima, menjadikan nisbah Keuntungannya lebih besar berbanding nisbah Kerugiannya.


Beli Emas waktu Anda Ada Duit Sekarang, Jangan Tunggu Harga Rendah
Jika anda hanya merancang untuk membeli emas pada ketika harga emas rendah sahaja,
kemungkinan besar, anda tidak akan membelinya sampai bila-bila. Waktu yang terbaik untuk membeli emas, adalah sewaktu anda mempunyai duit!, bukannya sewaktu harga emas sedang murah!, sebabnya, anda tidak akan tahu bilakah waktunya harga emas sedang benarbenar murah. Dan emas, sudah pastinya tidak akan jadi murah.. sebab.. ianya EMAS! (bukannya besi!). Semurah manapun emas, ia tetap “mahal” di pandangan masyarakat. Jadi, tidak perlu risau, jika anda ada duit, dan duit itu cukup untuk membeli emas pada waktu itu. Beli sahaja! Tak perlu nak tunggu sampai harga emas jadi murah .. baru nak beli! Sebab ia takkan berlaku. Tambahan pula jika anda membeli emas sekarang (jika harga tinggi) nilai gadaian yang akan anda dapat juga tinggi..“Tetapi bagaimana kalau selepas saya beli! Harga emas jatuh?!”
Oh!.. itu mudah sahaja!.. Beli lagi! Dan teknik ini, dipanggail “pemurataan harga”, dengan kaedah ini, anda akan dapat merendahkan kadar purata kos anda membeli emas. Sebagai contoh, Anda telah membeli seketul emas 20gm, sewaktu ianya berharga RM3200, sebulan selepas itu, tiba-tiba harga emas tersebut turun menjadi RM2800. Anda pun membelinya satu lagi. Kini secara puratanya, kos anda untuk memiliki 2 ketul emas 20gm ialah (3200+2800 / 2) =RM3,000. Kini, anda hanya perlu tunggu harga emas itu naik semula melebihi RM3000 untuk membolehkan pelaburan anda untung semula. Berbeza kalau anda tidak membeli emas lagi, maknanya, anda perlu tunggu emas naik semula melebihi RM3200 untuk memastikan pelaburan anda terhadap seketul emas itu menguntungkan.Disebabkan itu jugalah, anda tidak digalakkan membeli kesemua wang tunai anda kepada emas sekaligus, beli sedikit dahulu, kemudian tunggu, lihat pergerakkan harga emas tersebut, turun atau naik.. hanya selepas anda membeli buat pertama kali, barulah anda dapat lihat dengan jelas maksud “tinggi” atau “rendah” harga emas itu pada satu-satu waktu, kerana kini, anda sudahpun mempunyai “benchmark” (tanda pengukur) anda sendiri, iaitu harga emas sewaktu anda membelinya pada kali yang pertama. Selagi anda tidak membeli emas buat kali pertama, anda tidak akan tahu bilakah harga emas itu “rendah” atau “tinggi” , sebab anda tidak ada “satu harga” benchmark untuk anda bandingkan. Jadi, beli sikit-sikit dahulu, malahan ada sesetengah penjual emas yang mengalakkan anda membeli 1 dinar 1 bulan. Cukup 12 bulan, sudah ada 12 dinar.. “Bagaimana pula jika pada waktu harga emas jatuh itu, saya sudah tidak ada duit untuk membeli emas lagi?” Ada 2 pilihan disini!.. Pertama, anda boleh pajak emas yang anda sedia ada itu, kemudian, wang hasil pajakan itu anda gunakan untuk beli emas lagi! Kos upah simpan adalah 0.75% sebulan, bersamaan dengan 9% setahun (lebih kurang interest pinjaman bank). Untuk memastikan teknik ini berjaya, anda perlu pastikan, harga emas yang baru anda beli itu meningkat lebih dari 15% dalam masa setahun ( untuk cover semula kos 9% upah pajak + 6% spread emas). Jika tidak, anda mungkin akan sedikit rugi. Dan ya! Teknik ini hanya boleh dilakukan jika emas tersebut ada di tangan anda! Emas yg dibeli secara “buku akaun simpanan”, tidak boleh melakukan teknik ini.Pilihan Kedua, rileks saja(COOL) jangan takut emas akan naik kerana peningkatan manusia dan penggunaan emas dalam elektronik dan sebagainya akan meningkatkan permintaan emas seterusnya akan meningkat harga emas. Insyallah harga emas akan naik semula dalam masa 1-2 bulan kemudian. Itu adalah perkara normal, harga emas memang akan sentiasa turun dan naik, tetapi dalam jangka masa panjang, ianya pasti akan meningkat. Jadi, jangan terlalu gabra / cemas setiap kali melihat harga emas turun. Itu adalah perkara normal.

Jangan “saja-saja” pajak emas anda!
Ya! Walaupun emas anda boleh dipajak, tetapi, anda janganlah secara “suka-suka sebab takde kerja” memajak emas anda. Memajak emas, sebenarnya, membawa erti/maksud “anda membuat pinjaman”. Jadi, nak buat apa anda mahu buat pinjaman jika tiada apa-apa sebab! Tak pasal-pasal membazir duit bayar kadar faedah / upah simpan.Jika anda ingin pajak emas anda, pastikan anda mempunyai tujuan yang khusus dan kukuh,antara tujuan yang saya fikir sesuai untuk anda memajakkan emas anda, adalah :
1. Ingin mendapatkan modal permulaan/pusingan perniagaan anda
2. Ingin membeli lebih banyak emas
3. Memang sebab terdesak nak pakai duit sebab nak bayar hutang, kereta rosak atau hal-hal kecemasan yang lain.
Itulah sahaja 3 sebab yang saya rasa sesuai untuk anda memajakkan emas anda. Sebab sebab lain seperti,nak pakai duit sebab nak beli handphone baru, nak beli TV besar dan lain lain perkara didalam kategori liabiliti, adalah tidak digalakkan.

KESIMPULANItulah antara beberapa tips tentang pelaburan emas yang utama,betul, sebenarnya dan selamat. Jika anda ingin membeli dan melabur di dalam emas, belilah emas fizikal, dan belilah apabila anda sudah cukup duit! Tak perlu nak tunggu harga terendah baru mahu beli, kemungkinan besar anda tidak akan menjumpai waktu itu dan akhirnya semakin kurang mampu untuk membeli emas. Sebenarnya rugi jika membiarkan sahaja wang tunai itu terperap di dalam bank. Nilainya akan menjadi semakin susut akibat inflasi. Dan akhir sekali, apabila sudah memiliki emas, jangan terlalu mudah menjualnya atau secara suka-suka memajaknya. Pastikan anda mempunyai tujuan yang kukuh jika anda mahu menjual atau memajaknya.

Wednesday, November 2, 2011

APA YANG MEMPENGARUHI HARGA EMAS SEMASA


Faktor utama yang mempengaruhi harga emas sedunia ialah jumlah permintaan terhadap emas dan jumlah penawaran emas di dalam pasaran. Sekarang mari kita lihat dari mana datangnya permintaan terhadap emas.
Permintaan pasaran terhadap emas terbahagi kepada 5 bahagian iaitu:
1. Untuk kegunaan industri
2. Untuk kegunaan pelaburan
3. Permintaan daripada bank-bank negara sebagai rizab negara
4. Permintaan untuk kegunaan sebagai barang kemas
5. Lain-lain kegunaan
Penawaran emas di dalam pasaran pula datangnya daripada:
1. Lombong emas di seluruh dunia
2. Penjualan rizab emas oleh bank pusat
3. Emas terpakai yang digunakan semula
Jadi, perbezaan diantara penawaran dan permintaan emas inilah yang akan menentukan turun-naiknya harga emas di dalam pasaran dunia. Di pasaran inilah aktiviti belian dan jualan emas secara besar-besaran berlaku. Dengan kata lain setiap masa akan ada pasaran emas yang akan dibuka dan ditutup. Inilah yang menyebabkan kita dapat lihat pergerakan harga emas setiap minit dan saat di kitco.com
Bagaimana harga emas harian dibuka?
Harga emas dibuka dan ditetapkan di pasaran London oleh 5 anggota Pasaran Emas London (London Gold Market). Mereka terdiri daripada penjual emas dan bank tertua, paling berpengaruh dan terbesar dunia iaitu: Barclays Capital, Societe General, HSBC Bank, Scotia Mocatta dan Deutsche Bank. Mereka berlima akan menetapkan harga emas sebanyak 2 kali sehari iaitu A.M fix ( 10.30 pagi waktu London) dan P.M fix (selepas lunch).5 anggota ini akan menilai maklumat permintaan dan penawaran emas pada hari tersebut dan akan menetapkan harga pada hari tersebut. Jika maklumat menunjukkan permintaan melebihi jualan, maka harga emas akan ditetapkan lebih tinggi. Jika permintaan kurang berbanding penawaran, maka harga emas akan diturunkan.

PELABURAN EMAS


Mengapa Pelaburan Emas?Pelaburan emas merupakan satu pelaburan yang sedang hangat di perkatakan sekarang. Emas telah menjadi pilihan rakyat Malaysia pada masa ini. Selain dari menyimpan dalam bentuk jongkong emas ada juga yang menyimpan di dalam akaun simpanan emas yang ditawarkan oleh istitusi perbankkan seperti Maybank.
Soalan yang sering di tanya ialah mengapa pelaburan emas? di sini jawapannya secara asas:
1. Emas adalah pelaburan jangka masa sederhana dan panjang. Ia memang akan menguntungkan pelabur tetapi perlu diketahui tempoh masa yang perlu dibuat bagi pelaburan ini. Kesabaran penting kerana ia melibatkan proses menunggu harga emas naik dan turun.
2. Sifat harga emas adalah turun naik tetapi di dalam jangka masa panjang harganya akan bergerak naik.
3. Pelaburan emas tidak menjamin pendapatan tetap setiap bulan. Jika anda mahu menjana pendapatan setiap bulan maka pelaburan emas bukanlah jawapannya. Jawapannya ialah perniagaan emas. Banyak syarikat yang menawarkan perniagaan jongkong dan dinar emas di antaranya ialah Public Gold, selain itu bank-bank besar juga ada menyediakan pelaburan dalam bentuk jongkong emas seperti Maybank, Kuwait Finance House, OUB Bank dan banyak lagi
4. Pelaburan emas yang sebenar bukanlah dengan cara menyertai skim-skim pelaburan emas yang menawarkan pulangan lumayan. Ini kerana risiko adalah tinggi. Sudah banyak syarikat yang menawarkan pelaburan emas telah bungkus dan ramai yang telah kerugian besar. Pelaburan emas yang sebenar ialah pembelian emas secara fizikal iaitu beli emas dapat emas.
5. Semakin banyak ilmu yang anda perolehi maka menjana pendapatan dengan emas akan menjadi lebih mudah. Justeru anda perlu rajin membaca dan bertanya. Jika anda menghadapi masalah anda boleh menghubungi konsultan-konsultan pelaburan emas yang boleh membantu anda.
Terdapat beberapa teknik-teknik yang di amalkan oleh pelabur-pelabur emas dalam menjana keuntungan dengan emas. Antaranya ialah
1. Beli emas fizikal dan pegang selama yang mungkin sebagai aset.
2. Beli emas fizikal ketika harga rendah dan jual apabila harga tinggi
3. Buat pinjaman semaksimum mungkin dan beli emas fizikal.
4. Membuat keuntungan dengan emas fizikal (menggunakan teknik pajak)
5. Melabur sambil berniaga emas adalah perkara yang paling ” HEBAT “.
6. Jual idea menggunakan emas.

Friday, September 2, 2011


7 Perkara Penting Anda PERLU TAHU Mengenai Emas.
Hari ini anda akan mengetahui 7 sebab belakang tabir yang mengawal harga emas.Tahukah anda bahawa emas merupakan konduktor elektrik yang amat baik? Amat baik sehinggakan ianya menjadi pilihan pertama untuk syarikat untuk membawa tenaga elektrik kecil dan tidak berkarat (tembaga, walaupun baik, akan berkarat).Sejumlah emas yang kecil digunakan dalam setiap alat elektronik yang sofistikated.Termasuklah telefon bimbit anda, kalkulator, Personal Digital Assistant (PDA), Global Positioning System (GPS), dan pelbagai alat elektrik yang kecil lain. Dengan kata lain...
Lebih banyak teknologi ditemui, lebih banyak kegunaan emas!
Lebih banyak kegunaan emas, lagi banyak orang beli emas. Dan apa akan jadi? Harga emas akan naik gila-gila lagi. Dan ini HANYALAH salah satu sebab pertama mengapa anda perlu beli emas hari ini juga (sebelum harga secara tiba-tiba naik). Di bawah, anda akan melihat 7 lagi sebab mengapa anda perlu beli emas sekarang juga.

Harga emas telah meningkat sebanyak EMPAT
KALI GANDA semenjak tahun 2000, tapi ini
hanyalah permulaan kepada peningkatan MELAMPAU emas.

7 KUASA BESAR akan menolak emas sehingga mencapai harga $1,900
Kita biasa mendengar inflasi meningkatkan harga emas. Apabila inflasi meningkat, pelabur akan terburu-buru membeli emas. Tapi di negara kita inflasi berada pada kadar 2.0% sejak Oktober 2010. Tetapi emas tetap meningkat. Kenapa? Sejak berada pada tahap terendah pada 2001, harga emas telah meningkat hampir 300% dan dua kali mendekati harga $1000. Apabila kerajaan mengumumkan mini bajet pada tahun 2009, ramai berpusu-pusu membeli emas. Mereka percaya emas boleh membantu mereka apabila harga-harga barang melambung naik kerana emas secara umumnya stabil harga dan hampir pasti meningkat.Tapi itu hanyalah salah satu sebab kenapa harga emas meningkat. Harga emas meningkat mendadak adalah atas sebab-sebab lain.Dengan China mengawal 97% daripada pasaran besi bumi (rare earth metals), permintaan akan melepasi penawaran tidak lama lagi. Syarikat perlombongan berlumba-lumba membuka lombong besi bumi.
- Early to Rise Investor's Edition

Sebab Emas #1:
Pengeluaran Emas Tahunan Berkurang Pengeluaran emas telah menurun sebanyak 9.1% sejak tahun 2001.Memikirkan harga emas telah meningkat empat ganda semenjak itu, kenapa emas tidak lebih banyak dihasilkan? Jawapannya mudah. Sumber semakin kurang dan kualiti semakin menurun. Dan apabila penemuan emas berlaku, ianya mengambil 7-10 tahun untuk mendapatkan lesen untuk menggali - menyebabkan kesukaran untuk meningkatkan pengeluaran emas secepat mungkin.


Seperti yang anda lihat di atas, kemuncak pengeluaran emas berlaku pada tahun 2001, dan kemudiannya menurun sedikit demi sedikit...
China dikatakan akan kehabisan emas pada tahun 2014 dan apabila itu berlaku... harga emas akan panik dan naik mendadak!

Sebab Emas #2:
Emas Makin Susah Dicari!
Semakin sedikit penemuan emas dibuat setiap tahun. Dan penemuan yang dibuat biasanya di kawasan pendalaman dan dengan keadaan geopolitik yang kurang menarik. Memikirkan risiko untuk membuka apa-apa lombong emas adalah besar, syarikat perlombongan kurang berminat untuk melombong di kawasan yang merbahaya dari segi geografi dan politik.
Penting: Kos untuk mencari emas ialah $243 setiap oz... ini menyebabkan syarikat-syarikat perlombongan terpaksa fikir 6 kali kalau mereka mahu mencari emas. Jika mereka gagal mencari gali emas, duit tersebut akan hilang begitu sahaja tanpa mereka mendapat apa-apa! Apabila emas makin susah dicari... emas yang ada sekarang semakin bernilai... dan sesiapa yang memegangnya sekarang... boleh mendapat untung yang amat besar selepas ini...

Sebab Emas #3:
Permintaan Pelaburan Untuk Emas
Institusi pelaburan besar, seperti dana pencen (seperti KWSP) dan lain-lain membuat peruntukan yang besar untuk emas dan saham emas. Pelabur persendirian juga membeli emas, dengan beberapa dana memegang melebihi 1,000 tan emas. Dana-dana ini membantu pemilikan emas kepada orang ramai. Pada 6 bulan pertama 2009, permintaan pelaburan untuk emas meningkat sebanyak 150% berbanding 6 bulan pertama 2008, menurut World Gold Council.Dalam ayat World Gold Council sendiri...
Global gold consumption for 2010 will be higher than 2009 as a result of increasing levels of demand in India and China, and sustained global demand for gold investment, together with growth in jewellery and industrial demand.
Dengan kegagalan wang kertas untuk mengatasi masalah ekonomi, dunia pelaburan mula membuka mata dan melihat emas sebagai alternatif terbaik. Mereka mahukan emas --- dan mahukannya cepat! Apabila lebih banyak negara semakin baik keadaan ekonominya... semakin banyak negara ingin melabur ke dalam emas!

Sebab Emas #4:
Bank Pusat Sibuk Membeli Emas!
Central Bank Gold Agreement yang ditandatangani pada tahun 2001 baru sahaja diperbaharui untuk 5 tahun lagi, mengehadkan jumlah emas yang boleh dibeli oleh bank pusat Eropah - termasuk IMF - sebanyak 400 tan sahaja.Ini bermakna walaupun kerajaan mahu menjual emas mereka, mereka tidak boleh! Ini menyebabkan penawaran emas semakin sedikit dalam pasaran. Amerika Syarikat, pemegang emas terbesar dunia, pun sedang memegang emas mereka.Beberapa kerajaan melakukan tindakan lebih drastik: contohnya, menteri kewangan Venezuala sekarang memerlukan 70% daripada emas yang dihasilkan dijual dalam negeri sahaja. Pada masa yang sama, Rusia, Ecuador, Mexico, dan Filipina sibuk membeli emas (mereka tidak mahu perkara buruk seperti krisis kewangan Asia 1998 berlaku kepada mereka!). Dan China baru sahaja meningkatkan simpanan emasnya sebanyak 76%.Ini mungkin signal terbaik untuk membeli emas sekarang juga...

Sebab Emas #5:
Gesaan Untuk Mata Wang Berasaskan Emas
Pelabur di seluruh dunia mula hilang kepercayaan kepada kerajaan mereka kerana kegagalan dalam menguruskan krisis ekonomi dan kewangan dan menyeru penggunaan mata wang berasaskan emas - macam U.S dollar ada sebelum tahun 1970. Zimbabwe pun, setahun lalu mengalami hyperinflasi sebanyak 231 juta peratus setahun, juga sedang menimbangkan untuk memperkenalkan Zimbabwe dollar, tapi kali ini dilindungi aset, termasuk emas. Untuk menjadikan objektif mereka kenyataan, negara tersebut perlu membeli emas cukup banyk untuk menyokong mata wang mereka --- meletakkan tekanan yang ekstrim kepada penawaran emas.Malaysia yang sedang sibuk mahu menggunakan dinar emas sebagai mata wang alternatif. Dinar emas mampu mengatasi masalah penyangak mata wang yang berleluasa di setiap pasaran saham. Ini membolehkan masalah seperti krisis kewangan Asia 1997 untuk tidak berlaku lagi.Dengan kata lain - emas bakal menjadi "wang baru" untuk kebanyakan negara --- terutama sekali negara-negara Islam.

Sebab Emas #6:
Permintaan Emas Hangat Di Asia
Dengan 2.5 bilion orang di Asia, apa yang Asia buat akan memberi kesan kepada dunia. Termasuk pelaburan. Dari dahulu, orang Asia gemar mengumpul emas sebagai cara mengumpul harta. Ianya juga salah satu sebab mengapa harga emas meningkat. India sendiri merupakan konsumer emas terbesar dunia. Manakala sejak 50 tahun lepas, sehingga 2009, kerajaan China telah mengharamkan rakyatnya daripada memiliki emas.
Tapi sekarang... China sedang menggalakkan rakyatnya membeli perak...secara automatik menarik perhatian rakyat mereka kepada emas. Sekarang, pelabur China mempunyai akses kepada akaun dengan aset emas. Kesannya, permintaan emas di Tanah Besar China dijangka meningkat tiga kali ganda dalam masa beberapa tahun lagi.
Apakah kesan permintaan meningkat tiga kali ganda kepada harga emas?
Harga emas akan meningkat lagi.

Sebab Emas #7:
Emas Di Dalam Secular Bull Market
Harga emas sentiasa meningkat sejak tahun 2001. Ini merupakan signal bahawa kita berada dalam secular bull market untuk emas. Keadaan ini biasanya berlanjutan selama 17 tahun dan ianya akan diakhiri dengan mania stage di mana pelabur akan membuang konsep permintaan dan penawaran dan membeli emas gila-gila. Saya dan rakan-rakan saya telah melihat corak yang sama berulang dalam beratus tahun sejarah pelaburan apabila kita melihat harga mendadak naik dalam harga emas.Pasaran emas amat kecil berbanding pasaran wang, bon dan pasaran stok, jadi apabila pelabur mula mengumpul emas, anda akan harga memecut ke atas, membuatkan teknologi "bubble" (pada tahun 1998-2000) dan housing "bubble" (2007-2010) nampak kecil berbanding "bubble" emas yang akan berlaku.Jadi jika harga emas masih lagi belum meningkat mendadak, apa yang anda boleh buat ialah mendapatkan emas sebanyak mana yang anda boleh sekarang kerana harga selalunya akan meningkat setiap minggu. Pada tahun lepas, 2010, harga emas telah meningkat 20.9%. Manakala ASB hanya meningkat 7.5% sahaja. Ini menunjukkan emas memberi pulangan sekurang-kurangnya 4 kali ganda berbanding Amanah Saham Berhad.




Thursday, August 18, 2011

KENAPA PERLU PILIH EMAS SEBAGAI PELABURAN ?


Assalammualaikum,

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang mengapa kita perlu jadikan EMAS dan PERAK sebagai satu komoditi kita bagi melindungi nilai eset kekayaan kita dan sebagai satu kerjaya sampingan yang lumayan bagi mendapat duit tambahan. Kesedaran ini penting bagi membantu ekonomi kita khusus nya umat Islam agar ekonomi kita stabil dan menjadi salah seorang penyumbang ekonomi Islam sebagai pembayar zakat.

1. Emas merupakan satu komoditi yang disukai oleh semua orang sejak dari zaman dahulu lagi. Jadi anda tidak perlu memaksa orang untuk membeli emas kerana minat orang ramai terhadap emas sudah ada dari dulu lagi.

2. Emas dan perak adalah komoditi atau produk yang tidak susut nilai. Jika kita lihat pada masa sekarang, semua benda boleh dikatakan susut nilai mengikut masa contohnya kereta tetapi Emas dan Perak meningkat dari masa ke semasa. Oleh itu saya tidak perlu risau jika saya tidak dapat menjual stok Emas & perak saya, kerana saya masih memperolehi keuntungan dari stok Emas& Perak tersebut di sebabkan harga Emas meningkat hampir 20% setiap tahun dan Perak meningkat hampir 100% setahun !!

3. Jika saya ingin menggunakan wang pada waktu kecemasan, saya hanya perlu pajakkan Emas saya di Ar-rahnu untuk mendapatkan wang tetapi bagaimana jika anda menjual produk-produk lain. Adakah anda rasa boleh mencari pelanggan pada waktu kecemasan untuk membeli produk anda??

4. Perniagaan Public Gold adalah berbeza sama sekali dengan perniagaan lain kerana apabila anda sudah menjadi Dealer, anda tidak perlu bersusah payah mencari orang untuk mendapat komisen dan maintain status Dealer kerana komisen dibayar berdasarkan jualan Emas anda, anda juga tidak didesak untuk mencapai sebarang target bagi maintain status Dealer anda kerana Public Gold tidak akan melucutkan status Dealer anda.


KELEBIHAN EMAS KELUARAN PUBLIC GOLD
(JONGKONG 99.9, DINAR 916 ATAU EMAS PERHIASANAN 916)


1. Emas PG adalah emas yang betul-betul tulen dan disahkan oleh assayer bebas yang bertauliah oleh Bank Negara Malaysia
2. Mempunyai sijil ketulenan emas yang disertakan semasa pembelian emas dan disahkan oleh assayer yang bertauliah.
3. Mudah diperolehi dan stok sentiasa ada setiap masa Boleh tempah dan beli emas 24 jam sehari dan 7 kali seminggu serta di mana-mana sahaja dalam pelbagai item yang ditawarkan.
4. Harga emas PG jauh lebih rendah daripada harga-harga emas lain di Malaysia
5. Syarikat pengeluar emas pertama di Malaysia yang mendapat pengiktirafan The Malaysia Book of Record.
6. Mendapat kebenaran khas oleh Bank Negara Malaysia.
7. PG membeli balik semua jenis emas PG menggunakan harga WE BUY.
8. PG membeli balik semua jenis emas PG sama ada kemek, bengkok, calar dan sebagainya selagi tidak hilang nilai timbangan emas tersebut tidak seperti jongkong emas yang ditawarkan institusi lain atau kedai emas terkemuka yang tidak menerima balik jika kemek, bengkok, calar atau telah dibuka plastic pembalutnya, kalau terima pun akan ditolak 30 % hingga 35% harga nilai.
9. PG membeli balik semua jenis emas PG yang telah kehilangan Certificate of Authenticity.
10. Perbezaan harga belian emas dan harga jualan emas yang paling rendah di Malaysia.
11. Boleh pegang/memiliki/simpan sendiri emas fizikal (bukan SKIM CEPAT JATUH MISKIN atau sewaktu dengan nya)
12. Cantik dan boleh dijadikan hadiah dan barangan hantaran perkahwinan.
13. PG mempunyai reputasi yang terbaik di Malaysia.
14. PG banyak memenangi anugerah.
15. Emas PG mempunyai pembeli dan peminat paling ramai di Malaysia sebab ramai agen atau dealer yang boleh menawarkan harga “kawan-kawan” atau harga “we buy”.
16. Serta banyak lagi kelebihan yang ditawarkan sekiranya tuan-tuan menjadi dealer atau agen Public Gold, hari-hari duit masyuuukkkk...

DUNIA DIAMBANG KRISIS KEWANGAN LAGI! SIMPANLAH EMAS DAN PERAK!


DATO' SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)

PASARAN saham di serata Asia jatuh teruk semalam 12 Ogos (Jumaat). Khamis lalu, Dow Jones petunjuk untuk Bursa Saham New York jatuh sebanyak 4.31 peratus (%).Bursa Malaysia setakat 3 petang Jumaat jatuh 1.75%, Korea jatuh 3.7%, Australia ASX jatuh 4.0%, Tokyo jatuh 3%. Indek MSCI jatuh 3.99%. Begitu juga Hong Kong hampir 5% dan juga Shanghai sebanyak jatuh 2.75%.Di Eropah - London jatuh 2.97%, Jerman Dax jatuh 3.8%. Di Amerika Latin, Bursa Brazil, Bovespa jatuh sehingga 6.0%.Dianggarkan AS$4.4 trilion telah hangus.
Keadaan kewangan di Amerika Syarikat dan kebimbangan krisis hutang euro telah meresap kepada pengetahuan pelabur dan ini menyebabkan kita menyaksikan kejatuhan pasaran saham di merata dunia. Di Amerika walaupun kerajaannya telah berjaya mengelak daripada gagal membayar bil-bil mereka dengan menaikkan had hutang kepada AS$2.3 trilion dalam masa 10 tahun, ini tidak memberikan banyak makna dari segi pemulihan ekonomi negara tersebutKalau dibandingkan jumlah hutang sebanyak AS$14.3 trilion dengan KDNK yang berjumlah AS$14.66 trilion suatu nisbah yang hampir 1:1. Angka petunjuk yang lain seperti hasil pengilangan menunjukkan kejatuhan, pengganguran di paras 9.2%. Perbelanjaan pengguna juga jatuh. Amerika berkemungkinan berdepan dengan kemelesetan ekonomi.

Di Eropah, usaha Bank Negara Eropah membeli bon daripada negara-negara kecil berbanding membeli bon daripada Sepanyol dan Itali membimbangkan para pelabur kerana kedua-dua negara tersebut telah menunjukkan masalah defisit mereka selain Portugal, Ireland, Greece. Perbezaan krisis pada 2008 dan sekarang ialah - dahulu krisis yang berlaku melibatkan sektor perbankan tetapi kali ini adalah krisis keyakinan.
Pelabur bimbang langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan di Amerika dan di Eropah dianggap tidak memadai menyelesaikan masalah hutang euro dan ekonomi di Amerika.
Apakah kesan sekiranya berlaku lagi krisis kewangan ini kepada negara kita. Pertama sekali kita wajar membezakan kerajaan Amerika dengan korporat Amerika.
Apa yang kita saksikan berlaku ialah kebanyakan pekerjaan untuk rakyat Amerika telah beralih kepada negara-negara yang syarikat-syarikat pengeluar Amerika atas nama mengurangkan kos telah melabur ke negara seperti China, India dan Vietnam untuk menghasilkan produk yang dulunya dibuat di Amerika. Kini globalisasi yang di uar-uarkan telah mendatangkan padah kepada Amerika sendiri. Kalau kita lihat kerajaan Amerika berbahas berminggu untuk menaikkan had hutang sedangkan syarikat-syarikat Amerika mengaut untung yang tinggi kerana beroperasi di luar negara. Jarang sekali kita melihat barang-barang dengan tanda Made in USA kerana IPhone dan IPad misalnya semuanya dibuat di China. Amerika ialah rakan dagangan kita keempat teratas dan sekiranya berlaku kelemahan ekonomi termasuk perbelanjaan pengguna, tentu sekali eksport kita ke sana akan berkurangan. Walaupun dagangan kita dengan negara-negara Eropah tidak setinggi negara-negara ASEAN, mereka juga penting untuk menampung dagangan kita. Sekiranya berlaku krisis, ini juga akan melibatkan dagangan kita dengan mereka. Persoalan juga timbul sama ada program transformasi ekonomi kita akan tergugat sekiranya berlaku krisis kewangan ini. Sekiranya nilai dolar Amerika terus jatuh disebabkan kegagalan membendung masalah ekonomi mereka, ini akan ada kaitan dengan rizab negara kita yang sebahagian besar dalam dolar Amerika.
Kita difahamkan apa jua perancangan yang telah digariskan semuanya berjalan dengan lancar.

Sama-samalah kita lihat.


Sumber : www.utusan.com.my

Sunday, August 14, 2011

PELABURAN EMAS PUBLIC GOLD


Dr Ibrahim Umar Vadillo
PETALING JAYA: Public Fine Gold international Sdn Bhd (Public Gold), memberi pilihan kepada orang ramai untuk membuat pelaburan dengan menggunakan emas sebagai aset pelaburan masa kini, sekali gus menjamin pulangan lebih tinggi pada masa depan. Pengarahnya Dr Umar Ibrahim Vadillo, berkata, emas lebih baik daripada mata wang dan disebabkan itulah nilainya sentiasa bertambah. Menurutnya, pelaburan dinar emas yang diketengahkan pihaknya adalah sebagai pengganti kepada pelaburan dalam bentuk mata wang masa kini yang tidak bersifat stabil dan bergantung kepada kedudukan ekonomi dunia. Katanya, Public Gold menawarkan emas fizikal dalam bentuk jongkong dan syiling emas dengan kadar ketulenan 999.9 peratus selain dinar emas 916 yang boleh dijual mengikut harga emas antarabangsa. “Kami bukan berhasrat untuk menggantikan penggunaan wang tunai sebagai pelaburan dengan dinar emas, sebaliknya adalah dengan memberi pilihan kepada orang ramai untuk melabur. “Pelaburan dalam bentuk aliran wang mempunyai kelemahan kerana ia bergantung kepada nilainya yang kadangkala menyusut dan kadangkala meningkat,” katanya dalam sidang akhbar pada Seminar Keadilan Kewangan: Anda, Emas dan Dinar, di Petaling Jaya, kelmarin. Hadir sama Pengerusi Eksekutif Public Gold, Louis Ng. Umar yang juga Pengerusi Persatuan Dagangan Dunia Islam berkata, emas sudah lama digunakan masyarakat terdahulu dan dalam menghadapi krisis ekonomi, pelaburan dalam bentuk emas mampu menjamin masa depan seseorang itu. “Di masa depan, kita tidak tahu apa yang berlaku terhadap nilai mata wang yang kita miliki kerana jika kita melabur dalam jumlah yang banyak sekalipun, jika nilainya jatuh, maka itu bermakna kita akan rugi,” katanya. “Ini tidak berlaku kepada emas kerana kesan perang sekalipun tidak akan menyusutkan nilainya yang mempunyai permintaan di seluruh dunia,” katanya.

Sementara itu, dalam Seminar Keadilan Kewangan: Anda, Emas dan Dinar yang diadakan kelmarin, sebanyak tiga panel penceramah diundang membabitkan Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Hassanuddeen Abdul Aziz, Pengurus public Dina Sdn Bhd, Syukor Hashim dan Prof Madya Dr Mohamad Hakimi Ibrahim. Seminar yang dihadiri kira-kira 300 peserta itu membentangkan kepentingan pelaburan dalam bentuk emas selain peranannya menghadapi krisis ekonomi dunia Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan maklumat mengenai pelaburan dinar emas boleh melayari laman web www.publicjewellery.com.my atau dengan mengunjungi Public Fine Gold International Sdn Bhd, di 12E Ground Floor, Jalan Rumbia 11900 Bukit Jambul, Pulau Pinang atau menghubungi 04-6449999 mana-mana cawangan yang berdekatan.

Kelebihan Jongkong Perak (Silver)


Pelabur silver terkenal dunia David Morgan berkata yg harga silver akan terus meningkat dalam jangkamasa panjang. Mengulas tentang penurunan harga silver minggu ini selepas memecah rekod harga tertinggi sepanjang masa, beliau berkata semua harga pasaran ada masa turun dan ada masa naik. David Morgan menjadikan silver sebagai pelaburannya yg pertama. Portfolio pelaburannya ialah 75% silver dan hanya 25% tunai. Menurut David Morgan, bekalan silver tidak pernah lagi mengalami kekurangan yang begitu meruncing seperti sekarang. Harga silver akan terus meningkat secara dramatic mengatasi kenaikan harga silver seperti di tahun-tahun yg lepas. Kata beliau lagi, pelabur silver mestilah mempunyai disiplin yg tinggi. Harga silver adalah lebih mudah berubah2 jika dibandingkan dgn komoditi lain. Tetapi dlm jangka masa panjang, pelaburan ini amat lumayan. Morgan menjangkakan harga silver akan terus membuat kejutan. Kata beliau, “Most people don’t have the discipline to keep (their plan) consistently. Right now I have nothing to do but sit back and be patient”.
Bagi orang yg berpendapatan biasa dan sederhana, mungkin mereka tidak mampu membeli emas, jadi mungkin anda boleh mempertimbangkan utk membeli perak. Harga perak lebih jauh rendah dari emas. Contohnya pd masa artikel ini ditulis, 250 gm emas berharga RM41,793 dan 250 gm perak hanya berharga RM 1,572. Harga perak amat rendah, jika anda tidak mampu membeli emas, belilah perak. Anda boleh beli dirham seperti dirham Kelantan atau jika anda ada lebih duit sikit beli jongkong perak public Gold.
Jika sekarang anda fikir harga perak sudah cukup tinggi, anda sebenarnya cukup silap. Harga perak sekarang, masih tidak ada apa2. Harganya masih belum start naik lagi sebenarnya. Sekarang ini, harganya yg kita lihat, hanyalah harga perak dibawah nilai. Jika saya berkata yg perak 250gm akan bernilai RM10000 dalam beberapa tahun lagi, adakah anda percaya?
Hakikatnya harga RM10,000 bagi 250gm perak adalah masih lagi rendah! Sebab itu saya tidak berfikir dua kali ketika membeli perak. Hari ini pun saya beli 2 ketul lagi, krn saya tahu harga perak sekarang terlalu amat rendah dari nilainya yg sebenar.

Friday, August 12, 2011

HARGA EMAS LEPASI PARAS AS$1,800 seaun


NEW YORK 11 Ogos – Harga emas dunia melepasi paras AS$1,800 (RM5,400) seaun semalam buat pertama kalinya selepas pelabur menarik keluar pelaburan mereka bagi membeli kontrak komoditi itu.Emas menjadi kegemaran pelabur bagi berhadapan dengan keadaan pasaran yang tidak menentu pada masa ini. Sementara itu, di awal dagangan pasaran emas Asia, komoditi tersebut melonjak ke paras tertinggi AS$1,814.50 (RM5,443.50) hingga AS$1,815.50 (RM5,446.50) seaun. Rekod itu dicatatkan selepas pasaran ekuiti Asia menjunam pada dagangan awal, dengan Tokyo kerugian sehingga dua peratus, Seoul pula jatuh sebanyak empat peratus dan Sydney didagangkan 1.5 peratus lebih rendah.Para pelabur telah dikejutkan dengan kemungkinan penurunan taraf kredit Perancis yang berada dalam keadaan terumbang-ambing selepas penarafan kredit Amerika Syarikat (AS) diturunkan untuk pertama kalinya. Khabar angin tentang penurunan taraf kredit Perancis itu timbul ekoran masalah yang dihadapi oleh beberapa bank di negara itu dan menguatkan lagi kebimbangan krisis hutang zon Eropah yang telah merebak. Pelabur-pelabur bimbang bahawa Itali dan Sepanyol akan menjadi negara seterusnya yang tidak mampu membayar hutang mereka. Sistem kewangan Eropah berada dalam keadaan buruk disebabkan oleh pihak bank yang memegang bon negara-negara yang mempunyai hutang besar seperti Greece dan Portugal. Para pelabur dilihat berpaut kepada apa yang mereka rasakan sebagai pelindung nilai berbanding turun naik pasaran saham dan mata wang. Komoditi itu pernah didagangkan sekitar AS$900 (RM2,700) pada musim panas 2008 sebelum krisis kewangan berlaku pada tahun itu. – Agensi

Gandakan nilai eset harta anda dengan melabur EMAS- UTUSAN MALAYSIA


Gandakan nilai harta dengan melabur emas-UTUSAN MALAYSIA
PERTAMA kali dalam sejarah harga emas melepasi AS$1,800 seauns. Ini berikutan kebimbangan pelabur di Amerika Syarikat selepas had hutang negara tersebut dinaikkan buat kali ke 75 dan kemungkinan kelegaan kuantitatif dilakukan lagi. Emas dilihat sebagai pelaburan yang selamat memandangkan ketidakupayaan kerajaan tersebut mengatasi masalah ekonominya. Tindakan pelabur ini telah membuatkan Certified Gold Exchange dan J.P.Morgan Chase & Co mengemaskinikan ramalan kenaikan harga emas kepada AS$2,500 seauns. Sejak 10 tahun lalu harga emas telah meningkat sebanyak 700 peratus (%). Kebimbangan pelabur bukan saja tertumpu kepada apa yang sedang berlaku di Amerika tetapi merebak kepada krisis hutang euro. Setakat ini Portugal, Ireland, Greece, Sepanyol dan Itali telah mengalami masalah defisit dan kemasukkan Itali, ekonomi ketiga terbesar di Eropah telah menambahkan kebimbangan para pelabur. Minggu lepas kita telah dikejutkan dengan keruntuhan pasaran saham dunia, seluruh dunia, bukan di Amerika sahaja, malahan Eropah dan Asia hilang nilai modal pasaran bernilai hampir AS$4.4 trilion. Walaupun keputusan Federal Reserve di Amerika tidak menaikkan kadar faedah melegakan pasaran sementara tetapi dari segi asas, Amerika dan Eropah masih lemah. Walaupun kejatuhan di Malaysia dari segi peratusan lebih rendah daripada lain-lain bursa, tetapi dianggarkan RM91 bilion telah lenyap daripada nilai modal pasaran saham kita. Apabila pasaran saham runtuh, pelabur lari mencari tempat yang selamat dan salah satu yang paling selamat ialah emas.
Beralih kepada pelaburan emas di Malaysia, pelaburan emas belum begitu menyerlah terutama sekali di kalangan orang Melayu. Kebanyakan orang Melayu gemar membeli barang kemas yang dicampurkan dengan logam lain dan bukan seperti emas ketul yang ketulenannya di paras 999.99. Apabila barang kemas dijual balik potongan sebanyak 30 sehingga 40 peratus dikenakan daripada harga semasa. Oleh itu ada baiknya melabur dengan emas yang ketulenannya 999.99. Pada sesiapa yang berminat boleh memiliki syiling emas melalui Maybank dan buku simpanan melalui Public Bank. Saya ingin menyarankan koperasi-koperasi melabur dalam emas. Kita lihat lima tahun dulu harga emas seauns ialah AS$520 dan hari ini sudah mencecah AS$1,800.Pelaburan inilah yang bukan saja boleh menguntungkan koperasi sendiri tetapi juga ahli-ahlinya.Keahlian keseluruhan koperasi di negara kita tidak kurang daripada 8 juta orang. Bayangkan kita dapat meningkatkan kekayaan orang Melayu berlipat kali ganda apabila melabur dengan emas.Memang benar sistem ArRahnu sudah lama diwujudkan selaku pajak gadai Islam dan penggadai memperoleh setakat 65% daripada nilai emas yang dipajakkan.
Pada waktu yang sama upah simpan antara 0.5 sehingga 1% dikenakan untuk kadar maksimum selama 6 bulan.Bagi pihak koperasi, ia boleh memberikan pinjaman untuk membeli emas yang disimpan selaku cagaran oleh koperasi dan ahli diberikan 65% daripada nilai emas yang disimpan dan boleh mengenakan sedikit faedah yang jauh lebih rendah daripada upah simpan melalui ArRahnu.
Kita mempunyai satu-satunya badan koperasi yang memiliki kaitan dengan beberapa koperasi yang lain dan diurus dengan betul serta berhati-hati dalam porfolio pelaburannya iaitu Angkasa. Angkasa boleh mengambil langkah awal ini yang bakal menguntungkan sejumlah besar keahlian koperasi negara ini. Sekian lama orang Melayu tidak begitu mengambil berat tentang pelaburan emas tulen ini dan banyak pengaruh seperti FOREX yang mengalih perhatian orang Melayu kepada satu-satu pelaburan yang berisiko tinggi. Satu-satu syarikat bumiputera yang terbabit dengan urusan jual beli emas ini ialah syarikat Serambi Emas yang mempunyai akses kepada London Gold Bullion Market dan pasaran emas di Switzerland, Jepun, Australia dan Dubai.Sekarang majlis penerangan tentang pelaburan emas sedang giat dikendalikan untuk meningkatkan kefahaman masyarakat tentang pelaburan emas. Inilah satu-satunya peluang bagi masyarakat Melayu melipatkan gandakan nilai harta mereka. Usaha-usaha yang lepas telah menunjukkan yang kita masih lagi jauh ketinggalan dari segi memiliki kekayaan.

Monday, August 1, 2011

TIP RAHSIA EMAS; MENJANA EKONOMI KELUARGA


BELI UNTUNG, JUAL UNTUNG, BELI BALIK UNTUNG DAN SIMPAN SAJA PUN UNTUNG.....
Yang rugi....Orang yang masih tak buat apa-apa.Dah tahu emas memberikan pulangan yang lumayan tetapi masih nganga...dengan seribu alasan.Orang lain dah kaya raya, senang lenang...kita masih dok tokok lama....sengeh mencari alasan dan silapnya. Macam katak bawah tempurung...takut keluar dari kepongpong zon selesa...kita nampak peluang untuk berjaya....tapi masih mencari alasan untuk mulakan langkah pertama.Kita takut gagal...orang yang takut gagal bermakna ia takut untuk berjaya. Hari ini saya ingin dedahkan satu rahsia secara eksklusif dan berani bagaimana peniaga, tokey-tokey, orang kaya dan banyak lagi.... bertambah kaya.Duit cari duit...emas cari duit. Kita? masih dok takok lama dan beri alasan..."depa boleh laa...depa banyak duit".Inilah kelemahan kita...fulus@duit, alasan yang sering kita jadikan alasan.Inilah alasan yang cukup sinonim dengan golongan berpendapatan rendah...walaupun gaji bulanan 2-3 ribu. Alasan gaji kecik..tak cukup tampung sara hidup dan sebagainya.Tapi heran nya boleh beli h/phone canggeh pulak tu, ipad, keta make up solid, isap rokok tembakau jawa dan banyak lagi....lu pikir lah sendiri.
Tahukan anda bahawa ada dua logam yang sangat hebat di cipta oleh Allah S.W.T.....yang banyak diceritakan dalam Al-Quran dan hadis sebagai harta orang kaya, kebanggaan pembesar-pembesar dan perhiasan penghuni-penghuni ahli surga......logam itu ialah EMAS dan PERAK.Betapa mulia nya logam ini sehingga menjadi perhiasan disurga....contoh nya Surah Al-Hajj...Simbol kejayaan dan kemewahan penduduk surga, Surah Ali Imran...HARTA yg menjadi kesenangan hidup didunia adalah Isteri,anak pinak, EMAS PERAK, kuda terlatih, binatang ternak dan tanah@kebun. Terdapat banyak lagi surah yang menceritakan tentang emas dan perak ni...tuan-tuan carilah sendiri dalam Al-Quran.Tidak dicerita sedikit pun tentang duit kertas ($$,ringgit,dollar,dll)dlam AL-Quran.....melainkan DINAR dan DIRHAM. 1432 tahun yang lalu, Rasulullah S.A.W mengingatkan sebagaimana dilaporkan oleh Abu Bakar Ibn Abi Maryam bahawa beliau mendengar Rasulullah S.A.W telah bersabda :" Akan tiba suatu zaman dimana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah DINAR (emas) dan DIRHAM (perak) untuk digunakan"....Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.Yakinlah, saya mendedahkan hal ini bukan bertujuan mencari keuntungan tetapi ingin berkongsi pendapat dan memberi sedikit kesedaran kepada pembaca dan seluruh umat Islam peranan Dinar dan Dirham atau emas dan perak dalam menjaga nilai eset kita.Sejak dulu lagi pemerintah Islam telah memperkenalkan matawang Dinar dan Dirham tetapi ditentang oleh kuasa-kuasa besar golongan kufar yang mempunyai agenda tersendiri, mereka memperkenalkan matawang yang kunun nya mempunyai nilai walhal hanya sekeping kertas, dalam sedar tak sedar kita dilibatkan dengan riba' matawang. Jelas? Sekarang kita tengok wang kertas seperti ringgit Malaysia, dollar, euro, rupiah,yen atau banyak lagi...adakah nilai wang kertas ini kekal dalam jangka masa panjang? Kalau 20 tahun dahulu belanja anak sekolah 20 sen, apakah sekarang 2011 belanja sekolah anak tuan-tuan maseh 20 sen? Atau 10 tahun yang lalu tuan-tuan beli nasi lemak dengan harga 50 sen sebungkus, apakah hari ini tuan-tuan boleh beli lagi nasi lemak dengan harga 50 sen tu? Tahukah tuan-tuan 1432 tahun yang lalu Rasulullah S.A.W membeli seekor kambing dengan harga 1 Dinar...selepas 1432....hari ini tuan-tuan boleh lagi beli seekor kambing dengan harga 1 dinar..ajaib bukan? Itulah kuasa DINAR.
Sekiranya anda ingin senang dikemudian hari mulalah belajar menyimpan emas dan perak kerana ia menjaga NILAI eset anda selain meningkat ekonomi orang Islam apabila anda menjadi seorang pembayar ZAKAT.Orang yang diwajibkan ZAKAT keatas nya bermakna orang tu dah senang...dah kaya dan dah ada harta.Beruntunglah orang yang berzakat kerana Allah S.W.T akan melipat gandakan harta nya!!!!

Bagaimana Emas dan Perak Menjana Ekonomi kita?
Emas dan Perak adalah logam yang amat susah diperolehi dan mempunyai permintaan yang amat tinggi setiap tahun.Negara-negara maju dah mulai sedar bahawa emas dan perak dapat melindungi negara mereka dari menanggong kerugian akibat kejatuhan matawang dunia.Negara-negara kuasa besar seperti China, Korea dan banyak lagi dah mula menyimpan stok emas mereka bagi melindungi eset mereka, ini mengakibatkan kenaikan harga emas melambung tinggi. Akhbar Berita Harian telah mengeluarkan tentang prediction atau jangkaan harga emas dalam tempoh 2 tahun ini akan mencapai RM202.57 segram!!! Tetapi belum 2 tahun, baru beberapa bulan ( sehingga pertengahan Ogos 2011)ini harga emas dah naik mencecah RM200.00 segram!!!!!Tidak mustahil harga emas 2 tahun akan datang boleh mencecah RM250.00 segram!!!! atau lebih.Maksudnya di sini kalau anda beli 100gram emas sekarang dalam harga 19,000.00. Dalam tempoh 2 tahun akan datang emas 100gram yang sama akan mencapai harga RM25,000.00!!!!! kenaikan sebanyak 20% hingga 30%!!!
Hari ini saya akan dedahkan rahsia bagaimana "tokey-tokey busat", orang-orang kaya yang memiliki eset ribuan jutaan ringgit bertambah kaya.Duit cari duit....lagi besar mereka laburkan duit mereka dengan membeli emas dan menyimpan nya...lagi banyak income yang mereka perolehi.Kalau 10 tahun yang lepas mereka laburkan duit mereka untuk membeli 1 KILO emas dengan harga RM50 hingga RM60 ribu.... sekarang eset mereka telah bertambah RM190 RIBU!!!!!! Disini juga saya dedahkan rahsia eksklusif bagi mereka yang berani dan faham bagaimana sebenarnya emas mampu memberi pulangan lumayan. Lagi besar kita melabur dengan membeli emas dan menyimpan...lagi banyak keuntungan yang kita perolehi.Ini bukan skim cepat kaya atau bisnis MLM atau saham atau forex dan seangkatan dengan nya...labur hari ini nak untung esok..tetapi mendidik dan mendisiplin diri kita agar berlajar menyimpan.Kita boleh kaya jika kita belajar menyimpan kerana KUNCI KEKAYAAN adalah MENYIMPAN dan KESABARAN.Bagaimana emas boleh membantu kita?. Disini saya ingin berkongsi pengalaman....Pada 03/10/2010 saya keluarkan duit simpanan ASB dan beli 100gram emas Public Gold dengan harga RM 14,776.00 dan pada 25/7/2011 saya jual dengan member dengan harga RM 17,174.00!! ini bermakna nilai eset saya naik RM 2,398.00!!! dalam tempoh 10 bulan!!!di ulang...10 BULAN!!! belum lagi di campur dengan keuntungan jual beli emas dengan bermodalkan pinjaman emas 100gram tu dengan Ar-Rahnu.Dalam 10 bulan aset saya bernilai hampir RM20 ribu!!!Jangan tunggu lagi...mulakan sekarang...tak cukup modal...mula cikit-cikit, lama-lama jadi bukit...harga emas tak tunggu kita...call me...hp 019-7244777 atau sms