1432 Tahun yang berlalu Rasullullah S.A.W mengigatkan kita...

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasullullah S.A.W telah bersabda: Akan tiba suatu zaman dimana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah DINAR (emas) dan DIRHAM (perak)untuk digunakan.....Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Jual Beli Simpan Emas merupakan suatu aktiviti yang mampu meningkatkan kekayaan yang kita miliki.Saya adalah DEALER Public Gold JOHOR BAHRU . Jika anda ingin membeli atau menjual emas Public Gold. Sila hubungi saya, HJ. MOHAMMAD NICK :019-7244777 @ eMail : mohdnick.gmail.com MEMBANTU DAN MENYIMPAN NILAI ESET KEKAYAAN SEBENAR…. SIMPANLAH EMAS..


Friday, December 23, 2011

PULANGAN PELABURAN EMAS DAN PERAK


Pulangan dari pelaburan Emas dan Perak adalah berdasarkan dari Kenaikan Nilainya (Capital Gain), dan kenaikan dalam tempoh tahunan diambil kira bagi memudahkan penilaian prestasi pulangannya. Purata kenaikan harga Emas adalah sekitar 25% – 35% setiap tahun, dan dalam tempoh 10 tahun bermula pada tahun 2001 sehingga kini kenaikannya telah mencecah hampir 500%. Bermakna, jika anda membeli Emas sebanyak RM10,000.00 pada tahun 2001 dan menjualnya pada hari ini, anda akan mendapat pulangan tunai sebanyak RM50,000.00 Manakala pulangan dari kenaikan harga semasa Silver pula, ianya adalah 2 – 3 kali ganda lebih tinggi berbanding kenaikan semasa harga Emas disebabkan permintaan ke atas Silver adalah berkali ganda lebih tinggi berbanding permintaan ke atas Emas. Hampir kesemua permintaan ke atas Silver adalah bertujuan untuk menampung permintaan daripada Industri Global yang mana ianya merupakan bahan utama bagi pembuatan peralatan Elektronik, tambahan pula tiada lagi lombong Silver yang ditemui ketika ini, lalu menjadikan sumber penawaran yang sedia ada hanyalah dari sumber yang di kitar semula.Fenomena ini menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan diantara Penawaran dan Permintaan dan menyokong kepada ledakan harga semasa dalam pasaran. Berbanding Emas, 90% permintaan ke atasnya adalah untuk pembuatan Barang Kemas (Jewellery) dan ini menyokong kepada kestabilan harganya, manakala hanya 10% sahaja yang digunakan untuk tujuan pelaburan yang terlibat dengan spekulasi turun naik harga di pasaran semasa Antarabangsa.Dari tahun 2001 sehingga kini, kenaikan harga Silver telah mencecah sehingga 1200% dengan kenaikan purata tahunan sekitar 50% – 80%. Bermakna, jika anda membeli Silver sebanyak RM10,000.00 pada tahun 2001 dan menjualnya pada hari ini, anda akan mendapat pulangan tunai sebanyak RM 1.2 Juta.
RISIKO PELABURAN
Emas dan Perak adalah dikategorikan sebagai Aset, sama seperti Tanah, Rumah dll,dan sebaik sahaja anda membeli sejumlah Emas dan Perak untuk tujuan pelaburan, bermakna anda telah membuat pelaburan dalam bentuk Aset. Sifat Aset adalah sesuatu yang sumber penawarannya amat terhad manakala permintaan keatasnya pula amat tinggi dan sentiasa meningkat dari masa ke semasa. Ketidakseimbangan ini menjadikan Nilai / Harganya akan terus menerus meningkat dari masa ke semasa tanpa perlu bimbang kewujudan risiko yang berkemungkinan menjadikan harganya Jatuh mendadak sehingga menjadikannya Tidak Bernilai.Ianya amat berbeza dalam pelaburan berbentuk Saham ataupun pelaburan ke atas perniagaan di mana harga Saham boleh Naik dan Turun sehingga menjadikannya langsung tidak bernilai pada bila-bila masa sahaja, dan juga pelaburan ke atas perniagaan dimana ianya lebih terdedah kepada faktor Untung dan Rugi yang disebabkan oleh faktor semasa pasaran, peningkatan kos operasi yang melampau dan pelbagai lagi faktor2 yang terlibat.Justeru, pelaburan ke atas Aset adalah satu bentuk pelaburan yang Unggul dengan faktor risiko kerugian yang amat minima, menjadikan nisbah Keuntungannya lebih besar berbanding nisbah Kerugiannya.


Beli Emas waktu Anda Ada Duit Sekarang, Jangan Tunggu Harga Rendah
Jika anda hanya merancang untuk membeli emas pada ketika harga emas rendah sahaja,
kemungkinan besar, anda tidak akan membelinya sampai bila-bila. Waktu yang terbaik untuk membeli emas, adalah sewaktu anda mempunyai duit!, bukannya sewaktu harga emas sedang murah!, sebabnya, anda tidak akan tahu bilakah waktunya harga emas sedang benarbenar murah. Dan emas, sudah pastinya tidak akan jadi murah.. sebab.. ianya EMAS! (bukannya besi!). Semurah manapun emas, ia tetap “mahal” di pandangan masyarakat. Jadi, tidak perlu risau, jika anda ada duit, dan duit itu cukup untuk membeli emas pada waktu itu. Beli sahaja! Tak perlu nak tunggu sampai harga emas jadi murah .. baru nak beli! Sebab ia takkan berlaku. Tambahan pula jika anda membeli emas sekarang (jika harga tinggi) nilai gadaian yang akan anda dapat juga tinggi..“Tetapi bagaimana kalau selepas saya beli! Harga emas jatuh?!”
Oh!.. itu mudah sahaja!.. Beli lagi! Dan teknik ini, dipanggail “pemurataan harga”, dengan kaedah ini, anda akan dapat merendahkan kadar purata kos anda membeli emas. Sebagai contoh, Anda telah membeli seketul emas 20gm, sewaktu ianya berharga RM3200, sebulan selepas itu, tiba-tiba harga emas tersebut turun menjadi RM2800. Anda pun membelinya satu lagi. Kini secara puratanya, kos anda untuk memiliki 2 ketul emas 20gm ialah (3200+2800 / 2) =RM3,000. Kini, anda hanya perlu tunggu harga emas itu naik semula melebihi RM3000 untuk membolehkan pelaburan anda untung semula. Berbeza kalau anda tidak membeli emas lagi, maknanya, anda perlu tunggu emas naik semula melebihi RM3200 untuk memastikan pelaburan anda terhadap seketul emas itu menguntungkan.Disebabkan itu jugalah, anda tidak digalakkan membeli kesemua wang tunai anda kepada emas sekaligus, beli sedikit dahulu, kemudian tunggu, lihat pergerakkan harga emas tersebut, turun atau naik.. hanya selepas anda membeli buat pertama kali, barulah anda dapat lihat dengan jelas maksud “tinggi” atau “rendah” harga emas itu pada satu-satu waktu, kerana kini, anda sudahpun mempunyai “benchmark” (tanda pengukur) anda sendiri, iaitu harga emas sewaktu anda membelinya pada kali yang pertama. Selagi anda tidak membeli emas buat kali pertama, anda tidak akan tahu bilakah harga emas itu “rendah” atau “tinggi” , sebab anda tidak ada “satu harga” benchmark untuk anda bandingkan. Jadi, beli sikit-sikit dahulu, malahan ada sesetengah penjual emas yang mengalakkan anda membeli 1 dinar 1 bulan. Cukup 12 bulan, sudah ada 12 dinar.. “Bagaimana pula jika pada waktu harga emas jatuh itu, saya sudah tidak ada duit untuk membeli emas lagi?” Ada 2 pilihan disini!.. Pertama, anda boleh pajak emas yang anda sedia ada itu, kemudian, wang hasil pajakan itu anda gunakan untuk beli emas lagi! Kos upah simpan adalah 0.75% sebulan, bersamaan dengan 9% setahun (lebih kurang interest pinjaman bank). Untuk memastikan teknik ini berjaya, anda perlu pastikan, harga emas yang baru anda beli itu meningkat lebih dari 15% dalam masa setahun ( untuk cover semula kos 9% upah pajak + 6% spread emas). Jika tidak, anda mungkin akan sedikit rugi. Dan ya! Teknik ini hanya boleh dilakukan jika emas tersebut ada di tangan anda! Emas yg dibeli secara “buku akaun simpanan”, tidak boleh melakukan teknik ini.Pilihan Kedua, rileks saja(COOL) jangan takut emas akan naik kerana peningkatan manusia dan penggunaan emas dalam elektronik dan sebagainya akan meningkatkan permintaan emas seterusnya akan meningkat harga emas. Insyallah harga emas akan naik semula dalam masa 1-2 bulan kemudian. Itu adalah perkara normal, harga emas memang akan sentiasa turun dan naik, tetapi dalam jangka masa panjang, ianya pasti akan meningkat. Jadi, jangan terlalu gabra / cemas setiap kali melihat harga emas turun. Itu adalah perkara normal.

Jangan “saja-saja” pajak emas anda!
Ya! Walaupun emas anda boleh dipajak, tetapi, anda janganlah secara “suka-suka sebab takde kerja” memajak emas anda. Memajak emas, sebenarnya, membawa erti/maksud “anda membuat pinjaman”. Jadi, nak buat apa anda mahu buat pinjaman jika tiada apa-apa sebab! Tak pasal-pasal membazir duit bayar kadar faedah / upah simpan.Jika anda ingin pajak emas anda, pastikan anda mempunyai tujuan yang khusus dan kukuh,antara tujuan yang saya fikir sesuai untuk anda memajakkan emas anda, adalah :
1. Ingin mendapatkan modal permulaan/pusingan perniagaan anda
2. Ingin membeli lebih banyak emas
3. Memang sebab terdesak nak pakai duit sebab nak bayar hutang, kereta rosak atau hal-hal kecemasan yang lain.
Itulah sahaja 3 sebab yang saya rasa sesuai untuk anda memajakkan emas anda. Sebab sebab lain seperti,nak pakai duit sebab nak beli handphone baru, nak beli TV besar dan lain lain perkara didalam kategori liabiliti, adalah tidak digalakkan.

KESIMPULANItulah antara beberapa tips tentang pelaburan emas yang utama,betul, sebenarnya dan selamat. Jika anda ingin membeli dan melabur di dalam emas, belilah emas fizikal, dan belilah apabila anda sudah cukup duit! Tak perlu nak tunggu harga terendah baru mahu beli, kemungkinan besar anda tidak akan menjumpai waktu itu dan akhirnya semakin kurang mampu untuk membeli emas. Sebenarnya rugi jika membiarkan sahaja wang tunai itu terperap di dalam bank. Nilainya akan menjadi semakin susut akibat inflasi. Dan akhir sekali, apabila sudah memiliki emas, jangan terlalu mudah menjualnya atau secara suka-suka memajaknya. Pastikan anda mempunyai tujuan yang kukuh jika anda mahu menjual atau memajaknya.

No comments:

Post a Comment