MENJUAL DAN MEMBELI JONGKONG EMAS 99.9, JONGKONG PERAK 99.9, DINAR EMAS DAN EMAS PERHIASAN DENGAN HARGA PASARAN SEMASA, PRODUK DIJAMIN 100% TULIN DAN MURAH.
1432 Tahun yang berlalu Rasullullah S.A.W mengigatkan kita...
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasullullah S.A.W telah bersabda: Akan tiba suatu zaman dimana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah DINAR (emas) dan DIRHAM (perak)untuk digunakan.....Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.
Jual Beli Simpan Emas merupakan suatu aktiviti yang mampu meningkatkan kekayaan yang kita miliki.Saya adalah DEALER Public Gold JOHOR BAHRU . Jika anda ingin membeli atau menjual emas Public Gold. Sila hubungi saya, HJ. MOHAMMAD NICK :019-7244777 @ eMail : mohdnick.gmail.com MEMBANTU DAN MENYIMPAN NILAI ESET KEKAYAAN SEBENAR…. SIMPANLAH EMAS..
Wednesday, August 28, 2024
MENGENALI APA ITU HADIS
ULUM HADITH
Pengertian ilmu hadith / ulum hadith
Ilmu hadis bermaksud: Kaedah-kaedah yang diguna pakai untuk mengetahui dan menilai kedudukan seorang perawi (sanad) dan lafaz (matan) hadis.
Melalui kaedah ini seseorang itu dapat mengetahui kedudukan atau martabat sesebuah hadis dengan mengkaji sifat-sifat perawi dan jumlah mereka serta kesahihan matan hadis yang diriwayatkan menjurus kepada kedudukan sesebuah riwayat sebagai dalil atau hujah baik di dalam akidah mahupun syariat.
PENGERTIAN AL-HADIS :
Bahasa: maksud baharu, perkhabaran, yang dekat atau yang lama.manakala
Istilah: pula ialah perkataan, percakapan, perbuatan, taqrir (pengakuan) dan sifat yang disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW..
Maksud perkataan yg terdapat dalam definisi hadis.
Bahagian ilmu al-hadith terbahagi kepada 2 iaitu:
1).Hadith riwayah
Pengertian: Suatu pengetahuan yang disandarkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w secara khusus sama ada perkataan, perbuatan, takhrir, sifat, dan juga tingkah laku.
2).Hadith Dirayah
Pengertian: Suatu ilmu untuk mengetahui keadaan sanad dan juga matan sama ada diterima atau ditolak serta perkara yang berhubung kait dengannya.
- Nama lain bagi hadis ini :
Ulum al-Hadis
Usul al-Hadis
Mustalah al-Hadis
RINGKASAN PERBEZAAN ANTARA ILMU HADITS RIWAYAH DAN DIRAYAH
Tinjauan Ilmu Hadits Riwayah Ilmu Hadits Dirayah
Objek pembahasan Segala perkataan, perbuatan dan persetujuan Nabi saw. Hakikat, sifat-sifat dan kaedah-kaedah dalam periwayatan
Pendiri Muhammad bin Syihab Az-Zuhri (w. 124 H) Abu Muhammad Al-Hasan bin Abdurrahman bin Khalad Ar-Ramahurmuzi (w. 360 H)
Tujuan Memelihara syari’ah Islam dan kepentinganSunnah Meneliti hadis berdasarkan kaedah-kaedah atau persyaratan dalam periwayatan.
Faedah Menjauhi kesalahan dalam periwayatan Mengetahui periwayatan yang diterima (maqbul) dan yang tertolak (mardud)
PENJELASAN ISTILAH:
PENGERTIAN AL-SUNNAH :
Pengertian al- sunnah dari segi bahasa adalah perjalanan, haluan, peraturan, gaya dan tingkah laku dalam kehidupan . sebagaimana firman Allah SWT : Surah al-anfaal ;38
Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang Yang kafir itu, jika mereka berhenti (dari kekufurannya), nescaya akan diampunkan dosa mereka Yang telah lalu, dan jika mereka kembali lagi (ingkar maka Kami akan menyeksa mereka), kerana Sesungguhnya telah berlakulah kebinasaan orang-orang (yang kufur ingkar) dahulu kala.
Pengertian al-Sunnah dari segi istilah adalah sama dengan pengertian al-Hadis iaitu perkataan, percakapan, perbuatan, taqrir (pengakuan) dan sifat yang disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW.
Pada dasarnya, al Khabar dan al Athar diterima oleh jumhur ulama hadis sebagai membawa maksud yang sama dengan hadis. Namun begitu ada yang membuat sedikit perbezaan dari sudut istilah terhadap kedua-dua perkataan ini
AL KHABAR DARI SEGI BAHASA:
• Sesuatu berita yang disampaikan daripada seseorang kepada seorang yang lain
AL KHABAR DARI SEGI ISTILAH:
Ia dapat dibahagikan kepada beberapa pendapat antaranya ialah sebagaimana berikut iaitu:
PENDAPAT PERTAMA:
Al khabar ialah berita yang bersumberkan daripada Rasulullah SAW atau sahabat r.a atau tabi’in (membawa makna al khabar itu meliputi hadis marfu’,hadis mawquf dan hadis maqtu’)
• Lebih umum daripada as sunnah dan al hadis
• Merangkumi apa sahaja yang diriwayatkan dari rasulullah saw atau selain daripada baginda SAW
AL ATHAR DARI SEGI BAHASA:
• Kesan atau bekas daripada sesuatu
AL ATHAR DARI SEGI ISTILAH:
PENDAPAT PERTAMA:
• Al athar membawa maksud sama dengan al hadis
PENDAPAT KEDUA:
• Menurut Imam Nawawi-al athar ialah hadis mauquf (sesuatu yang diriwayatkan daripada sahabat)
PENDAPAT KETIGA:
• Menurut ahli hadis - Al athar khusus untuk kata-kata tabi’in sahaja.
PERSAMAAN DAN PERBEZAAN AL KHABAR DAN AL ATHAR
PERSAMAAN AL KHABAR DAN AL ATHAR
Majoriti ahli hadis bersetuju al khabar dan al athar adalah sama maknanya dengan al hadis
PERBEZAAN AL KHABAR DAN AL ATHAR
AL KHABAR PENDAPAT AL ATHAR
Makna al Khabar lebih umum dan merangkumi al Athar
ULAMA HADIS Makna al Athar tidak merangkumi al khabar
Sama makna Al Khabar dengan hadis
ULAMA HADIS DI KHURASAN Al Athar hanya terhad hanya untuk kata-kata sahabat serta keputusan yang dilakukan oleh mereka
Digunakan kepada apa yang datang daripada Nabi SAW.Justeru, makna al Khabar lebih khusus daripada al athar PENDAPAT AHLI HADIS Al Athar ialah apa yang dinisbahkan kepada nabi SAW(lebih umum daripada al khabar )
Sebagai rumusannya, walaupun pada zahirnya antara pengertian Al Khabar dan Al Athar ada perbezaannya,tetapi hanya yang berbeza ialah dari segi lafaz dan takrifnya sahaja.
Pada hakikatnya semua itu tiada perbezaan dan disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW. Seandainya al Athar itu adalah kata atau keputusan para sahabat, tetapi mereka tidak mengatakan sesuatu mengikut nafsu semata-mata melainkan semuanya disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW.
PERBEZAAN ANTARA HADIS NABAWI DAN HADIS QUDSI
PERBEZAAN
HADIS NABAWI
HADIS QUDSI
Pengertian
Hadis Nabawi mengikut istilah ulama ialah segala yang disandarkan kepada Nabi baik berupa perkataa, perbuatan, sifat tubuh badan/ kelakuan, ketetapan dan perjalanan hidup Rasulullah s.aw.
Hadis Qudsi ialah percakapan Allah s.w.t yang diriwayatkan oleh Rasulullah.
Ini bermaksud, Rasulullah bertindak memindahkan firman Allah s.w.t dengan bahasa baginda tersendiri.
Isnad / sanad
Hadis Nabawi secara langsungnya dinisbahkan kepada Nabi sebagai orang yang bersabda.
Hadis Qudsi hanyalah dinisbahkan kepada Rasulullah s.a.w sebagai pencerita dan ia dinisbahkan kepada Allh s.w.t sebagai yang berfirman.
Makna
Hadis Nabawi sebahagian besar daripadanya merupakan wahyu dan sebahagian besar yang lain merupakan ijtihad daripada Baginda Rasulullah s.a.w sendiri.Sekiranya terdapat mana-mana ijtihad Baginda tidak tepat,/ tersalah, akan diperbetulkan oleh wahyu.
Hadis Qudsi merupakan sebahagian daripada wahyu Allah s.w.t
Isi
Hadis Nabawi membicarakan perkara-perkara yang bersangkutan : Keperluan hidup manusia, kepentingan manusia dan negara, menerangkan hukum halal haram serta perkhabaran baik dan buruk yang akan diterima oleh manusia yang melakukan kebajikan dan maksiat.
Hadis Qudsi membicarakan hal-hal yang berkaitan : Zat Allah, sifat-sifat –Nya, kebesaran-Nya, luas rahmat beserta nikmat-Nya dan kekuasaan-Nya.
KEDUDUKAN DAN KEHUJAHAN HADIS QUDSI
Mengenai kedudukan Hadis Qudsi sama ada ia sebagai kalam Allah semata-mata atau ianya sabda Nabi yang maan membawa kepada kedudukannya yang istimewa seperti al-Quran atau tidak, ulama berselisih pendapat,iaitu:
1. Ianya adalah kalam Allah sendiri berdasarkan beberapa hujah, iaitu:
Ø Nabi s.aw. telah menyatakan secara khusus dan jelas bahawa ianya menunjukkan kalam Allah berbanding hadis-hadis Baginda yang lain.
Ø Penggunaan kata ganti nama pertama Allah nisbahkan kepada Zat-Nya menunjukkan bukan gaya percakapan Rasulullah. Contohnya:
( عبادي ان حرمت الظلم على نفسي)
Ø Perawinya Nabi sendiri terhadap lafaz Hadis Qudsi itu menunjukkan perbezaan lafaz dengan hadis-hadis Baginda yang lain. Contohnya:
(قال رسول الله فيما يرويه عن ربه)
Namun begitu, walaupun ianya merupakan kalam Allah yang diriwayatkan Rasulullah, kedudukannya tidak menyamai al-Quran yang dipindahkan secara Mutawatir dan beberapa ciri dan peraturan yang wajar dipatuhi.
Hadis Qudsi tidak menduduki tempat yang sama dengan al-Quran. Ini kerana ia diriwayatkan melalui jalan Ahad yang bersifat zann. Ia hanya merupakan anugerah dan rahmat Allah ke atas hambanya.
Hadis Qudsi tidak tertakluk kepada metodologi hadis untuk menentukan kedudukanya sebagaimana yang telah digariskan. Ulama hadis meletakkan dan mencampuradukkanya bersama hadis-hadis yang lain di dalam karangan mereka. Mereka sepakat mengatakan ianya bukan bersifat mukjizat dan tidak dikira ibadat bagi mereka yang membacanya tidak seperti al-Quran.
Pendapat kedua pula mengatakan ianya adalah sabda Nabi sendiri seperti hadis-hadis Baginda yang lain. Menurut Abu al-Baqa’ dan al-Tibbiy ketika menjelaskan perbezaanya dengan al-Quran menyatakan bahawa lafaz Hadis Qudsi adalah daripada Rasulullah dan maknanya daripada Allah s.a.w. melalui ilham atau semasa tidur. Tujuan Nabi s.a.w. menyandarkannya kepada Allah ialah untuk menambahkan perhatian dan ambil berat umatnya dengan kandungan adan adab-adab terhadap hadis tersebut.
SEJARAH AL-HADITH
PENGUMPULAN & PENULISAN HADITH
Sesungguhnya ilmu hadis merupakan salah satu cabang ilmu yang diwarisi daripada ulama-ulama silam.
Ilmu hadis yang tersedia ada sekarang sebenarnya telah melalui beberapa peringkat sehinggalah ianya menjadi satu cabang ilmu yang unik dalam Islam.
Jika diperhatikan dengan teliti, sejarah perkembangan ilmu Hadis merupakan satu gambaran praktikal bagaimana Allah SWT menjaga kalam suci Nabi Muhammad saw. sehingga sekarang dan menjaganya daripada ditokok tambah sebagaimana DIA memelihara kesucian al-Quran.
Penjagaan ini jelas kita perhatikan melalui para muhaddis dalam meriwayatkan hadis dengan mementingkan kepada persoalan sanad atau jalan hadis sehinggakan Ibn Salam pernah berkata "Sesungguhnya sanad itu sebahagian daripada agama, kalaulah tidak kerana adanya sanad nescaya mudahlah orang bercakap apa saja yang dia suka".
PERINGKAT PERTAMA : PERINGKAT PERTUMBUHAN
Peringkat ini bermula daripada zaman sahabat sehinggalah ke akhir kurun pertama hijrah atau lebih jelas lagi ianya bermula selepas daripada kewafatan baginda Rasulullah saw.
Pada zaman Rasulullah saw masih hidup, sudah ada usaha-usaha untuk mengumpul dan menulis hadis sebagaimana yang dilakukan oleh Abdullah bin Amru. Perkara ini diakui oleh Abu Hurairah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari.
Beliau mengakui Abdullah bin Amru lebih banyak meriwayatkan hadis daripada Rasulullah hanya disebabkan beliau menulis hadis dan Abu Hurairah tidak menulis. Namun begitu ada hadis yang melarang sahabat-sahabat baginda daripada mencatit apa-apa yang berkaitan dengan Rasulullah kerana takut ianya boleh melalaikan mereka daripada al-Quran.
Tetapi ulama telah memberi pandangan bahawa ada hadis yang dibenarkan untuk mereka mencatit dan menulis, secara langsung ia telah memansuhkan hadis yang melarang.
Selain itu Khalifah Umar pernah menyarankan proses pengumpulan hadis, tetapi setelah beliau beristikharah selama sebulan maka natijahnya, beliau menolak cadangan mengumpul hadis dalam bentuk penulisan ekoran daripada sikap ambil beratnya terhadap Sunnah, yakni takut ianya bercampur aduk dengan kalam Allah.
Percubaan Saidina Umar ini menunjukkan kepada kita bahawa pengumpulan hadis dari sudut hukum adalah harus dan beliau tidak berbuat demikian adalah kerana dikhuatiri sahabat pada waktu itu lebih tertumpu kepada Sunnah dan tidak kepada kitab Allah.
Sikap ambil berat sahabat terhadap sunnah juga dapat kita perhatikan melalui usaha mengumpul dan memastikan kesahihan hadis sehinggakan mereka sanggup bermusafir beribu batu dengan hanya menaiki unta semata-mata untuk mencari hadis sahih.
Contohnya sebagaimana yang berlaku ke atas Jabir bin Abdullah yang bermusafir selama sebulan ke negeri Syam, mencari dengan Abdullah bin Unais al-Ansari bagi mendapatkan hadis daripada Rasulullah saw.
Begitu juga sebelum berakhirnya zaman sahabat telah terdapat Sunnah dalam bentuk pengumpulan dan pembukuan antaranya " as-Sahiifah as-Saadiqah" oleh Abdullah bin Amru, " as-Sahiifah" oleh Jabir bin Abdullah al-Ansaari, " as-Sahiifah as-Sahiihah" oleh Hamam bin Munabbih dan " sahiifah Ali" oleh Saidina Ali.
Begitulah perjalanan Sunnah pada kurun pertama.
PERINGKAT KEDUA : PERINGKAT PENGUMPULAN
Peringkat ini bermula dari awal kurun ke dua hingga ke awal kurun ketiga hijrah. Pada peringkat ini boleh dikatakan ilmu hadis telah sempurna dikumpul dan dibukukan.
Hal demikian memandangkan kepada beberapa faktor yang mendorong ulama supaya membukukan sunnah.
Antara faktor-faktor tersebut, kurangnya daya ingatan manusia pada zaman itu tidak sebagaimana yang zaman sahabat dan taabi’iin. Ianya telah diakui oleh Imam az-Zahabi dalam kitabnya "Tazkiratul Huffaz".
Begitu juga telah lahirnya ajaran sesat serta kumpulan yang telah terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar seperti Mutazilah, Khawarij dan lain-lain. Faktor tersebut telah mendorong Kalifah Umar bin Abdul Aziz selaku pelopor kepada pembukuan Sunnah ini, mengarahkan ulama untuk mengumpul segala hadis dengan tujuan untuk menyelamatkan Sunnah daripada penyelewengan dan hadis-hadis Maudhu (hadis yang direka dan dinisbahkan kepada Rasul).
Begitu juga pada waktu itu telah timbulnya cabang ilmu hadis iaitu ilmu " al-Jarh wa at-Tadiil" bagi mengkritik periwayat hadis.
Hal ini penting untuk menyelamatkan Sunnah daripada tujuan buruk mereka mencipta hadis semata-mata untuk kepentingan kumpulan-kumpulan tertentu.
Ulama telah mula berhati-hati dalam mengambil hadis daripada periwayat hadis dan tidak meriwayatkan hadis daripada periwayat hadis yang tidak dikenali peribadinya. Ulama hadis telah memberikan perhatian khusus pada isi hadis dan sanadnya.
Begitulah berakhirnya peringkat kedua
PERINGKAT KETIGA: PEMBUKUAN SECARA SPESIFIK
Peringkat ini bermula dari kurun ketiga sehingga pertengahan kurun keempat Hijrah. Kurun ketiga merupakan kurun keemasan bagi Sunnah Nabawiyyah kerana jika dilihat daripada sudut perkembangan ilmu Hadis, kita nampak pada kurun ini Sunnah telah dibukukan secara keseluruhan.
Ulama Hadis telah mempelbagaikan pembukuaan Sunnah dan ini menunjukkan kepada kita bahawa seninya Ulamak Hadis dalam membukukan Ilmu Hadis.
Sebagai contoh: ada Ulama membukukan hadis dalam bentuk Masaanid yang membawa maksud, kumpulan hadis-hadis Nabi yang diriwayatkan oleh para sahabat, seperti " Musnad Imam Ahmad".
Manakala Imam Bukhari dan Muslim pula mengumpul hadis dalam bentuk " al-Jaamias-Sahiih" yang bermaksud, kumpulan hadis-hadis yang meliputi sebahagian besar perkara-perkara penting dalam agama termasuklah feqah, Hari Kiamat, Adab, Sirah dan lain-lain.
PERINGKAT KEEMPAT: ZAMAN PENULISAN SENI-SENI ILMU HADIS
Bermula dari pertengahan kurun ke empat hingga permulaan kurun ke tujuh, ulama pada waktu ini dengan bantuan daripada apa yang telah ditinggalkan oleh ulama-ulama sebelum ini telah mengembangkan lagi ilmu hadis kepada keadaan yang lebih baik. Maka kita dapat lihat hasil yang dicurahkan oleh generasi ini alam buku-buku seperti:
1. al-Muhdis al-Faasil bayna ar-Raawi wal al-waâyii - al-Qadhi Abu Muhammad al-Waamahramzi
2. al-Kifaayah fii iâ lmi il-Riwaayah -al-Khatiib al-Baghdaadi
3. al-Ilmaaâ fii Usuul il-Riwaayah wa as-Samaaâ -al-Qaadhi Iâ yaadh
Buku-buku yang dihasilkan pada zaman ini boleh dianggap sebagai sumber utama ( al-Masaadir al-Asliyyah) dalam ilmu ini. Antara ulamak yang memainkan peranan utama pada zaman ini ialah al-Khatiib al-Baghdaadi dan al-Haakim an-Niisaabuuri.
PERINGKAT KELIMA: PERINGKAT KEMATANGAN
Bermula dari kurun ketujuh hingga kurun kesepuluh. Pada waktu ini setiap cabang ilmu hadis telah siap dibukukan.
Antara ulama yang mengepalai perkembangan pada masa ini ialah Ibnu Solaah yang telah mengarang kitabnya yang masyhur "uluum ul-Hadiis" Buku ini adalah yang terbaik kerana mempunyai ciri-ciri :
I. Mempunyai Istinbat yang mendalam tentang pendapat ulama dan kaedah-kaedah mereka
ii. menyusun takrif-takrif dan istilah ilmu hadis berdasarkan kepada pandangan ulama terdahulu.
iii. Menyelidiki sendiri pandangan ulama terdahulu.
Kitab Ibnu Solaah ini menjadi panduan kepada mereka yang datang selepasnya dan ada yang meringkas semula kitab tersebut dan ada juga yang mensyarah semula dalam bentuk yang lebih terperinci.
Antara kitab yang dihasilkan pada masa itu selain daripada kitab " uluum ul-Hadiis" ialah :
1. al-Irsyaad oleh Imam Nawawi
2. al-Tabjirah wa at-Tazkirah oleh Haafiz ul-Iraaqi
PERINGKAT KEENAM: PERINGKAT TERBANTUTNYA ILMU HADIS
Bermula dari kurun ke sepuluh hingga ke awal kurun ke dua puluh. Pada waktu ini telah terhentinya zaman perkembangan ilmu hadis di mana ilmu hadis telah sempurna sebagaimana diperingkat yang sebelumnya.
Begitu juga kita lihat, pada waktu ini telah terhenti ijtihad dalam aspek keilmuan memandangkan kepada kurangnya ulama yang berwibawa serta tersebarnya fitnah akhir zaman.
Manusia pada waktu itu hanya mengikut apa yang telah dihasilkan oleh ulama terdahulu. Pada waktu ini ulama hadis hanya meringkaskan dalam bentuk baru kitab-kitab lama supaya ianya mudah difahami samaada dalam bentuk Syair ataupun al-Manzuumah (prosa) " al-Manzuumah al-Baiquuniyyah".
PERINGKAT KETUJUH: PERINGKAT KEMBALI
Bermula dari awal kurun ke dua puluh hingga sekarang. Pada masa ini, ulama mula menyedari bahaya yang dihadapi oleh Sunnah yang mana terdedah kepada ancaman orientalis yang cuba sedaya upaya untuk mengelirukan mata masyarakat tentang Sunnah Nabawiyyah.
Oleh itu ulama telah bangkit dengan penulisan serta buku-buku untuk menangkis semula pemikiran-pemikiran yang merbahaya tentang Sunnah. Antara kitab-kitab yang dihasilkan ialah:
I. Qawaaidu ut-Tahdiith oleh Syeikh Jamaluddin al-Qaasimi
II. al-Hadiith wa al-Muhaddithuun oleh Syikh al-Duktuur Muhammad Abu Zahrah.
III. Lain-lain
\
Peranan ilmu hadis.
Rasulullah Shallallahualaihi wasallam pernah bersabda dalam satu Hadis Mutawatir yang bermaksud,
"Barangsiapa berdusta atas namaku dengan sengaja, maka tempatnya dalam neraka. "
(H.R Bukhari, Muslim, Ad Darimi, Abu Daud, Ibnu Majah, Tirmizi,. Abu Ha'nifah, Tabrani, dan Hakim).
KEPENTINGAN ILMU HADIS
Ilmu hadis merupakan salah satu ilmu syariat yang wajib dipelajari. Semua hukum- hukum syarak berpandukan hadis. Sesiapa yang tidak mempelajari ilmu hadis, dia akan terjerumus dalam kesilapan. Antara kepentingannya:
1. Bagi ulama-ulama tafsir, mereka mampu mentafsirkan ayat-ayat al-Quran berpandukan hadis. Apa yang jelas daripada al-Quran, umat Islam wajib beramal terus tanpa sebarang takwil. Apa yang kurang jelas, para ulama hadis akan berusaha keras mencari hadis untuk
mentafsirkannya.
2. Bukti seorang yang fakih (mendalam) ilmu pengetahuan agamanya dalam bidang fikah, ialah orang yang paling banyak menghafaz hadis dan memahami selok belok ilmu hadis seperti naskah dan mansukh, jarh dan ta'dil, sahih, daif atau palsu sesebuah hadis.
3. Bagi ulama usul pula, mereka mampu mencipta kaedah-kaedah usul bagi menetapkan sesuatu hukum. Timbullah bermacam kaedah seperti semua benda yang memabukkan haram, sesuatu yang boleh menyebabkan kebinasaan haram dan banyak lagi. Kaedah-kaedah inilah yang menjadi asas dalam pelabagai masalah agama.
4. Dengan mengagungkan hadis daif (lemah) atau palsu menyebabkan umat Islam jauh terpesong dari landaan syarak sebenar. Dengan mempelajari ilmu hadis, akal yang waras akan menolak sebarang pemalsuan dan fakta daif yang tidak boleh dijadikan sandaran hukum.
5. Golongan yang mempelajari ilmu hadis sama sekali tidak akan memperkatakan tentang hukum-hakam syarak tanpa ilmu pengetahuan yang sahih. Apa yang tidak sampai kepada mereka, mereka berdiam diri. Mereka sanggup meninggalkan amalan yang bercanggah dengan hadis sahih setelah menemuinya. Malah, mereka sanggup membatalkan segala pendapat mereka sama ada ketika hidup atau selepas mati jika menyanggahi hadis sahih.
TOKOH-TOKOH HADIS DI ZAMAN SAHABAT DAN TABIIN.
ZAMAN SAHABAT.
IMAM BUKHARI :
-Tokoh Islam, penghimpun dan penyusun hadith yang terbanyak, dan yang lebih terkenal. Adapun urutan pertama yang paling terkenal diantara enam tokoh tersebut di atas adalah Amirul-Mu'minin fil-Hadith (pemimpin orang mukmin dalam hadith), suatu gelaran ahli hadith tertinggi. Nama lengkapnya adalah Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Bardizbah. Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail, terkenal sebagai Imam Bukhari, lahir di Bukhara pada 13 Syawal 194 H (21 Julai 810 M), cucu seorang Parsi bernama Bardizbah. Abangnya, Bardizbah, adalah pemeluk Majusi, agama kaumnya. Kemudian puteranya, al-Mughirah, memeluk Islam di bawah bimbingan al-Yaman al Ja'fi, gubernur Bukhara. Pada masa itu Wala dinisbahkan kepadanya. Kerana itulah ia dikatakan "al-Mughirah al-Jafi."
Keunggulan dan kehebatan Bukhari sudah nampak semenjak masih kecil. Allah menganugerahkan kepadanya hati yang cerdas, fikiran yang tajam dan daya hafalan yang sangat kuat, teristimewa dalam menghafal hadith.
Ketika berusia 10 tahun, ia sudah banyak menghafal hadith. Pada usia 16 tahun ia bersama ibu dan abang sulungnya mengunjungi berbagai kota suci.
Kemudian ia banyak menemui para ulama dan tokoh-tokoh negerinya untuk memperoleh dan belajar hadith, bertukar fikiran dan berbincang dengan mereka.
Dalam usia 16 tahun, ia sudah hafal kitab sunan Ibn Mubarak dan Waki, juga mengetahui pendapat-pendapat ahli ra'yi (penganut faham rasional), dasar-dasar dan mazhabnya.
Guru-gurunya
Pengembaraannya ke berbagai negeri telah mempertemukan Imam Bukhari dengan guru-guru yang ramai dan dapat dipercaya, yang mencapai jumlah sangat banyak.
Diceritakan bahawa dia menyatakan: "Aku menulis hadith yang diterima dari 1080 orang guru, yang semuanya adalah ahli hadith dan berpendirian bahawa iman adalah ucapan dan perbuatan." Di antara guru-guru besar itu adalah Ali ibn al-Madini, Ahmad ibn Hanbal, Yahya ibn Ma'in, Muhammad ibn Yusuf al-Faryabi, Maki ibn Ibrahim al-Bakhi, Muhammad ibn Yusuf al-Baykandi dan Ibn Rahawaih. Guru-guru yang hadithnya diriwayatkan dalam kitab Shahih-nya sebanyak 289 orang guru.
Karya-karya Imam Bukhari
Di antara hasil karya Imam Bukhari adalah sebagai berikut :
• (Shahih Bukhari)
• At-Tarikh al-Awsat.
• At-Tarikh al-Kabir.
• Al-Musnad al-Kabir
Kewafatannya
Beliau wafat pada malam Idul Fitri tahun 256 H. (31 Ogos 870 M), dalam usia 62 tahun kurang 13 hari.
Sebelum meninggal dunia, ia berpesan bahawa jika meninggal nanti jenazahnya agar dikafani tiga helai kain, tanpa baju dalam dan tidak memakai sorban.
Pesan itu dilaksanakan dengan baik oleh masyarakat setempat. Jenazahnya dikebumikan lepas dzuhur, hari raya Idul Fitri, sesudah ia melewati perjalanan hidup panjang yang penuh dengan berbagai amal yang mulia.
IMAM MUSLIM :
- Nama lengkap beliau ialah Imam Abdul Husain bin al-Hajjaj bin Muslim bin Kausyaz al-Qusyairi an-Naisaburi. Beliau dilahirkan di Naisabur tahun 206 H. Sebagaimana dikatakan oleh al-Hakim Abu Abdullah dalam kitabnya "Ulama'ul Amsar. Imam Muslim adalah penulis kitab syahih dan kitab ilmu hadits. Beliau adalah ulama terkemuka yang namanya tetap dikenal sampai kini. Di Khurasan, beliau berguru kepada Yahya bin Yahya dan Ishak bin Rahawaih. Di Ray, beliau berguru kepada Muhammad bin Mahran dan Abu Ansan. Di Irak, beliau belajar kepada Ahmad bin Hanbal dan Abdullah bin Maslamah. Di Hijaz, berguru kepada Sa'id bin Mansur dan Abu Mas'ab. Di Mesir, belajar kepada 'Amar bin Sawad dan Harmalah bin Yahya dan berguru kepada ulama hadits lainnya.
Para Gurunya
Imam Muslim mempunyai guru hadits sangat banyak sekali, diantaranya adalah: Usman bin Abi Syaibah, Abu Bakar bin Syaibah, Syaiban bin Farukh, Abu Kamil al-Juri, Zuhair bin Harab, 'Amar an-Naqid, Muhammad bin Musanna, Muhammad bin Yasar, Harun bin Sa'id al-Aili, Qutaibah bin sa'id dan lain sebagainya.
Imam Muslim pun tak segan-segan bertanya kepada banyak ulama di berbagai tempat dan negara.
Berpetualang menjadi aktivitas rutin bagi dirinya untuk mencari silsilah dan urutan yang benar sebuah hadits.
Beliau, misalnya pergi ke Hijaz, Irak, Syam, Mesir dan negara-negara lainnya. Dalam lawatannya itu, Imam Muslim banyak bertemu dan mengunjungi ulama-ulama kenamaan untuk berguru hadits kepada mereka.
Di Khurasan, beliau berguru kepada Yahya bin Yahya dan Ishak bin Rahawaih; di Ray beliau berguru kepada Muhammad bin Mahran dan Abu 'Ansan.
Di Irak beliau belajar hadits kepada Ahmad bin Hanbal dan Abdullah bin Maslamah
Kitab tulisan Imam Muslim
Imam muslim mempunyai kitab hasil tulisannya yang jumlahnya cukup banyak.
Kitabnya yang paling terkenal sampai kini ialah Al-Jamius Syahih atau Syahih Muslim.
Wafatnya
Setelah mengarungi kehidupan yang penuh berkah, Muslim wafat pada hari Ahad di waktu petang, dan di makamkan di kampung Nasr Abad daerah Naisabur pada hari Senin, 25 Rajab 261 H. dalam usia 55 tahun.
Selama hidupnya, Muslim menulis beberapa kitab yang sangat bermanfaat.
PANDANGAN ORIENTALIS TERHADAP HADIS.
Ada tiga hal yang sering dikemukakan orientalis dalam penelitian mereka terhadap al Hadits, yaitu tentang para perawi hadits, kepribadian Nabi Muhammad SAW, metode pengklasifikasian hadits.
• Aspek perawi hadits.
Para orientalis sering mempertanyakan tentang para perawi yang banyak meriwayatkan hadits dari rasulullah. seperti yang kita ketahui bersama para sahabat yang terkenal sebagai perawi bukanlah para sahabat yang yang banyak menghabiskan waktunya bersama rasullah seperti Abu bakar, Umar, Usman dan Ali. Namun yang banyak meriwayatkan hadits adalah sahabat-sahabat junior dalam artian karena mereka adalah orang “baru” dalam kehidupan rasulullah. Dalam daftar sahabat yang banyak meriwayatkan hadits tempat teratas diduduki oleh sahabat yang hanya paling lama 10 tahun berkumpul dengan Nabi, seperti Abu hurairah, Sayyidah Aisyah, Anas bin malik, Abdullah ibn Umar dll. Abu hurairah selama masa 3 tahun dia berkumpul dengan Nabi telah berhasil meriwayatkan lebih dari 5800 hadits, Sayyidah Aisyah mengumpulkan lebih dari 3000 hadits dan demikian juga dengan Abdullah ibn Umar, Anas. Suatu jumlah yang fantastis yang sangat jauh dengan jumlah hadits yang diriwayatkan oleh para khulafaur rasyidin yang kalau digabung bahkan tak mencapai 3500 hadits.
Kritikan para orientalis banyak ditujukan kepada Abu hurairah dan Sayyidah Aisyah, dua sahabat periwayat hadits paling banyak. Abu hurairah dikecam karena pertentangannya dengan para sahabat mengenai kesalahannya dalam periwayatan hadits, seperti yang diutarakan oleh Abu bakar :
Kalau saja saya mau, saya bisa menceritakan semua hal yang pernah saya ketahui bersumber dari rasulullah dan berita dari sahabat yang lain tentang diri beliau, mungkin ini akan menghabiskan waktu berhari-hari, namun saya takut apa-apa yang saya sampaikan nantinya tidak sesuai dengan apa yang sebenarnya terjadi, tapi entah kenapa orang itu (Abu hurairah) tiada berhenti bercerita tentang nabi seakan-akan dia mengetahui segala hal tentang Nabi.
Riwayat lain juga menyebutkan komentar Sayyidina Umar ibn khatab tentang Abu hurairah, pembohong terbesar diantara perawi hadits adalah Abu hurairah dan aku akan memenjarakannya bila dia tidak berhenti meriwayatkan hadits.
Kritikan tidak kalah tajamnya juga diterima oleh Sayyidah Aisyah, pertempurannya dengan Sayyidina Ali dalam perang jamal, adalah sebuah bukti nyata bagi umat islam untuk mempertanyakan sifat adil adalah yang dimiliki beliau, karena bagaimana mungkin seseorang yang melakukan tindakan bughat terhadap khalifah yang terpilih secara sah masih bisa disebut dengan adil, dan kalau sudah tidak adil apakah hadits-haditsnya masih layak pakai.
• Aspek kepribadian Nabi Muhammad SAW.
Tidak cukup dengan menyerang para perawi hadits, kepribadian Nabi Muhammad juga perlu dipertanyakan.mereka membagi status nabi menjadi tiga sebagai rasul, kepala negara, dan pribadi biasa sebagaimana orang kebanyakan. Bahwa selama ini hadits dikenal sebagai segala sesuatu yang dinisbatkan kepada Nabi Muhammad baik perbuatan, perkataan dan ketetapan beliau juga perlu direkontruksi ulang. Sesuatu yang berdasarkan dari Nabi baru disebut hadits jika sesuatu tersebut berkaitan dengan hal-hal praktis keagamaan, karena jika tidak hal itu tidak layak untuk disebut dengan hadits, karena bisa saja hal itu hanya timbul dari status lain seorang Muhammad.
• Aspek pengklasifikasian hadis.
Sejarah penulisan hadits juga tidak lepas dari kritikan mereka. Penulisan hadits yang baru dilakukan beberapa dekade setelah Nabi Muhammad wafat juga perlu mendapat perhatian khusus. Hal itu, lanjut mereka, membuka peluang terhadap kesalahan dalam penyampaian hadits secara verbal, sebagaimana yang dikatakan oleh Montgomery watt, salah seorang orientalis ternama saat ini
Semua perkataan dan perbuatan Muhammad tidak pernah terdokumentasikan dalam bentuk tulisan semasa Ia hidup atau sepeninggalnya. Pastinya hal tersebut disampaikan secara lisan ke lisan, setidak-tidaknya pada awal mulanya. Hal itu diakui ataupun tidak sedikit banyak akan mengakibatkan distorsi makna, seperti halnya dalam permainan telpon-telponan anak kecil.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment